Thursday, September 02, 2010

Kisah Kapal TITANIC

Assalamualaikum.. 
Semoga kita semua beroleh keberkatan di bulan yang mulia ini~~~

Sekadar berkongsi ilmu..

Tadi antara rakaat solat terawih, Anna dengar tazkirah ringkas yang disampaikan oleh seorang pelajar muslimin (Anna gelar ustaz la ye). Walaupun simple, tapi sangat menarik dan berinformasi. Cara penyampaian yg bersahaja, berjenaka tetapi ilmu yg disampaikan tepat!


Bukan cerita tentang kapal TITANIC, tetapi kapal. Ye, kapal. Sure U all terbayang kapal yang besar2, canggih2, ala2 STAR CRUISE tu kan? Hehhe..

Suatu masa dahulu, TITANIC gah di lautan!


Ceritanya berkaitan orang2 atau pekerja2 yang berada di dalam kapal. Masing2 memainkan peranan masing2 dalam memastikan kapal belayar dengan sempurna dan selamat tiba di destinasi. Dalam tazkirah tersebut, ustaz membahagikan kepada dua golongan yang bertanggungjawab memastikan pelayaran kapal yg sempurna. Pertama golongan cerdik pandai yg mana memegang title nakhoda kapal, arkitek dan sebagainya. Manakala golongan kedua adalah golongan yang agak kurang pendidikan yang mana menjadi buruh kasar di bahagian bawah kapal. Yang bekerja di bahagian enjin.

Pada suatu malam, kelasi kapal ni sedang bertugas seperti biasa, tiba2 dia rasa haus.. Dan didapati air dalam gelasnya dah habis. Disebabkan kebetulan seorang pekerja dari bahagian enjin ada di situ, disuruhnya pekerja tersebut mengambil air. Pekerja yang agak 'kurang pendidikan' yang mungkin membaca dan menulis pun tidak tahu, pun pergilah ke bawah tempatnya bekerja untuk mencari air (sebab tak pernah menikmati keadaan di atas kapal, dia ambil keputusan cari air di bawah je). Sampainya dia di bawah, terus ditebuknya sedikit dinding kapal bagi membolehkan air mengalir. Mula2, mmg sedikit, tapi lama kelamaan semakin banyak air yg masuk.


U all agak kan....., ape yg berlaku lepas tu? 


Haaa... Lama-kelamaan, kapal semakin banyak dimasuki air. Makin lama, makin tenggelam dan terus tenggelam.. U all boleh bayangkan TITANIC tenggelam sekarang ok..  So, akhirnya kapal yang dinaiki oleh golongan cerdik pandai, elit dan 'kurang pendidikan' ni pun tenggelam tanpa memilih siapa yang ada di dalamnya. Punca asalnya kenapa??? Salah siapa???

Salahkah pekerja yang 'kurang pendidikan' tu sebab ambil air dengan menebuk dinding kapal, sedangkan dia tak tau akibat daripada perbuatannya? Atau boleh kita salahkan kelasi tadi kerana tidak menyatakan dengan jelas di mana air yang perlu diambil oleh pekerja tersebut? Hmmm.. fikir.. fikir..

Pengajaran yang dapat kita perolehi:

Kelasi kapal dan org elit : golongan berilmu
Pekerja 'kurang pengetahuan' : golongan yang tidak mencari ilmu

Sebenarnya kita perlu sama2 menegur dan memberi nasihat kepada rakan2 dan sesiapa shja yg melakukan kesalahan. Sebab kita sayangkan mereka. Manakala yang kurang berilmu tu, lebih baiklah mencari ilmu sebelum terlambat. Dalam cerita di atas tu, disebabkan kurang pengetahuan dan tidak diberi tahu, semua menanggung akibat dan kemusnahan. U all tentu faham apa yg nak disampaikan....? Betul tak? Cerita ni simple je, walaupun agak kurang logik, tapi ada motif dan pengajaran yang kita boleh dapat.

Ada juga ustaz selitkan bagaimana yang dimaksudkan sebagai teguran berhikmah.. Mungkin next time Anna akan berkongsi ye. Kalau U all ada pendapat tentang TEGURAN BERHIKMAH ni, boleh la kongsi ye..


Walau gah macam mana pun, 
ianya hanya tinggal kenangan apabila dah tenggelam. 



Pendakwah itu ibarat pokok berbuah~~
"Pendakwah di jalan Allah itu ibarat sepohon pokok yang lebat dan ranum buahnya. Orang ramai melontarkannya dengan batu dan kayu (untuk mendapatkan buah), tetapi mereka melontarkan (memberikan) buah-buahan yang ranum dan manis kepada mereka." ~~Al-Syahid Hassan Al-Banna











17 comments:

Ellen said...

hehhehe..teringat ellen cerita titanic...
susah utk nak tau sapa salah kan anna dlm soal ni sbb ...hmmm..sendiri mo fikirlah..ahaks!!

annazanariah said...

@ ellen.. ya ellen.. sendiri kena tau la. kalau takde info, tanye.. yg tau and dan pelajaran, jgn sombong and kedekut ilmu. betul tak? hehe.. thanks ellen sudi komen.. :)

Encik MamaT said...

ada hadis kan mengenai perkara tersebut...:)

CIK TOM said...

cik tom xpernah tengok cerita titanic..hehe...nice info anna..suka baca..santapan rohani :)

cikpia said...

nice story..... ada mesej yang sangat jelas...... sangat bersetuju. =)

annazanariah said...

@ encik mamat... kalau sudi, marilah berkongsi.. anna pun masih mencari2 ilmu.. :)

annazanariah said...

@ cik tom... seyes, tak penah tgk lagi ke? hmm.. takpe.. nnt tayang lagi kat tV tgk la ea. hehe.. insyaAllah, apa yg Anna tahu, cuba dikongsi dan disampaikan.. =)

annazanariah said...

@ sofia.. ye cik pia.. "sampaikanlah ilmu itu walau sekadar satu ayat..." selamat beramal... ~~~ :)

Nurul Izzati Atan said...

alhamdulillah,..teringat kat ustaz semlm hehe...sgt bersahaja menyampaiannya,..TEGURAN YANG BERHIKMAH....seingat zati smlm ustaz kta menegur seseorg dgn cara berhikmah bukan hanya cakap dgn nada lembut atau bersopan santun....kte sering tersalah akan makna menegur cara berhikmah ,..b'dasarkan ustaz ckp smlm,..sebenarnya cara berhikmah untk menegur adalah mengikut situasi,..iaitu keadaan atau sifat individu yg hendak ditegur,..sekiranya individu itu seorg yang sopan,,..tegur dgn nada yg sopan dan lemah lembut,..sekiranya seseorg itu ganas,..mudah terasa...gunakanlah cara/gaya bahasa yg sewajarnya,...mudah-mudahkan org yang ditegur sedar...itulah serba sedikit yg zati faham,,,..hehe...moga-moga kte dpt memprktikannya,...tol tak k.anna?..hehe...anyone yg rasa ade pndangan lain,..meh kte kongsi2 ya,..=)

annazanariah said...

@ NIA... thanks for ur respond.. ye, betul tu.. Jgn salah faham dengan TEGURAN BERHIKMAH MESTI BERLEMAH LEMBUT. Kena sesuaikan dengan individu, situasi dan sebagainya..

P/S: Teringat ustaz tu cite yg isteri nak kejutkan suami sebab rumah terbakar. hehehe.. mmg stail la ustaz tu bercerita. semoga ilmu yg kita ada dapat dikongsi bersama.~~~~

pensel kayu said...

teringat pepatah org tua,
yang pekak membakar meriam,yg bisu menyimpan rahsia.

annazanariah said...

@ muhammad zahrawi... =)

Mario said...

thanks tuk pengajran ni..citer titanic pun bole jadi pengajaran ek..tak terfikir pulak...hehe

annazanariah said...

@mario... tu la rio.. kadang2 idea menulis ni dtg dalam pelbagai cara kan? hehehe..

ASSOYFINGER67 said...

salam...buat annazanariah yang dihormati..T/K atas perkenalan kita selama ini..aku sungguh selesa denagn ako..terimakasih juga sebab selalu menziarahi aku...lagi 2 hari nak balik kampung yea...Dengan ini aku nak ambik kesempatan mengucapkan:SELAMAT MENINGGALKAN RAMADHAN (dgn sedihnya)DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI (dgn gembira)>MAAF ZAHIR BATIN<andai ada apa2 yang aku tulis menyinggungmu..selamat pulang ke kg halaman...take care...selamat berjumpa lagi diarena BW nnt..(takut lupa nak ucap nnt)apapun doa agar segalanya lancar..InsyaALLAH!SELAMAT HARI RAYA ANNA..(Sebuak komen tanpa mengulas tajuk..huhu)

ASSOYFINGER67 said...

salam...buat annazanariah yang dihormati..T/K atas perkenalan kita selama ini..aku sungguh selesa denagn ako..terimakasih juga sebab selalu menziarahi aku...lagi 2 hari nak balik kampung yea...Dengan ini aku nak ambik kesempatan mengucapkan:SELAMAT MENINGGALKAN RAMADHAN (dgn sedihnya)DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI (dgn gembira)>MAAF ZAHIR BATIN<andai ada apa2 yang aku tulis menyinggungmu..selamat pulang ke kg halaman...take care...selamat berjumpa lagi diarena BW nnt..(takut lupa nak ucap nnt)apapun doa agar segalanya lancar..InsyaALLAH!SELAMAT HARI RAYA ANNA..(Sebuah komen tanpa mengulas tajuk..huhu)

annazanariah said...

thanks bro Assoy.. anna pun memohon maaf andai ada salah silap tau. semoga dapat merasai kemeriahan berhari raya dengan penuh kesyukuran. Hati2 balik beraya tu.. Jangan lupa pada yg tiada.. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN...~~