Hari ni tinggal beberapa destinasi sahaja untuk melengkapkan percutian kami di Sabah Negeri di bawah Bayu.
Api-api Centre - 8.30 AM
Hari ni kami keluar awal sikit. Perkara utama adalah mencari sarapan dan Self-Service Laundry. Baju-baju perlu di packing elok-elok supaya beg tak 'beranak'. Hihihi.. So jom mendobi di CleanPro di Api-Api Centre. Bayaran parking RM2.00 dikenakan.
Sarapan @ mamak. Roti canai dan teh tarik sementara menunggu proses mendobi.
Seusai mendobi, kami ke pasar besar meneruskan misi mencari ikan bilis yang tergendala sebelum ini. Pasar ini telah dibuka seawal jam 5 pagi setiap hari. Kedai yang dicari telah dikenalpasti. Sesi tawar menawar berjalan dengan baik. Alhamdulillah, kami membeli 11 kilo ikan bilis mata bulat sedang dengan harga RM15 sekilo. Kalau di Semenanjung sure harganya dah RM20++ sekilo. Ikan bilis ni untuk projek bisnes Sambal Hitam Pahang. Nyummy... Kalau guna ikan bilis sedap dan berkualiti, cara memasak pula tepat, masukkan lagi kasih sayang, memang the umpphh lah sambalnya... ok ok.. cerita sambal lain kali ye.. jom sambung cerita Sabah dulu..
Goreng Pisang Cheese, Anjung Senja - 11.00 AM
Jam-jam begini mana ada Goreng Pisang Cheese.. :)
Warungnya ada, tapi belum dibuka. Dah nama pun Anjung Senja, sure lah waktu yang kami pilih ni salah! OK Fine..! Gorpis Cheese takde, jom kita bergambar kenangan dulu~
Disebabkan tidak ramai pengunjung waktu-waktu begini, sempat kami membuat rakaman dokumentari 10 minit. Hahahaha.. Dokumentari gitu.. Sesiapa berminat boleh PM cepat. :P
Cuaca semakin panas, dah puas lepak, kami bergerak menuju ke destinasi pilihan hari ini iaitu Rumah Terbalik atau dikenali sebagai The Upside Down House of Borneo. Ianya terletak di Tamparuli.
Rumah Terbalik, Tamparuli - 11.30 AM
Bergambar terbalik.. Dah macam ape daaaa... Cuma boleh bergambar di luar.
Tidak dibenarkan bergambar di dalam rumah tersebut.
Bayaran masuk adalah RM10.60 seorang. Actually ada pakej dengan 3D Art Muzeum. Harga mahal lah pulak kan. So, we decided, masuk rumah terbalik sahaja lah. Rumah tersebut tak lah terlalu besar, namun cukup memadai untuk disenaraikan di dalam The Malaysia Book of Record. Sebelum masuk, petugas akan meminta untuk kita mengetuk pintu. Ianya sebagai simbol pengunjung menghormati budaya menziarahi rumah orang. Pintu akan dibuka dan tetamu akan dijemput untuk masuk.
Di dalam rumah tu nanti, korang akan dapat melihat dapur, bilik kanak-kanak, bilik utama, tandas, ruang tamu dan juga balkoni. Benda paling berat yang ada di dalam rumah tersebut adalah Mesin Jahit dan Peti Sejuk. Susun atur kemas dan menarik. Ada duit syiling berteraburan di lantai ruang tamu. Konon-konon ada kanak-kanak bermain di situ lah kan.. Hmm.. menarik~
Pekan Nabalu - 1.00 PM
Antara tempat yang korang boleh consider untuk beli cenderahati. Harganya lebih murah berbanding yang ditawarkan di Pasar Filipina. Terdapat pelbagai jenis hasil kraf, key chain, fridge magnet, tshirt, beg dsb~
Pekan Nabalu ni tidak lah besar seperti namanya 'pekan'. Tapi bolehlah setakat nak cuci mata beli souviner.. Oh ya, lupe nak bagi tahu, Pekan Nabalu ni terkenal dengan nenas tau. Dan nenas dia sangatlah manis. Saiz comel-comel je, tapi sedap dia tu... hmmm.. tak terkata~ Selesai membeli cenderamata lebih kurang, kami bergerak ke Ranau (rumah abg ipar).
Kami sampai di Ranau jam 4.30 PM. Selesai solat dan minum petang, kami bergerak semula ke KK. Kali ini berempat - Saya dan MH, Abg ipar dan isterinya, Kak Syumai. Kami akan bermalam di Apartment.
Pemandangan di Pekan Kundasang jam 5.30 PM. Baru lepas hujan. Siap berkabus lagi.
Sejuk dan nyaman~
Kepak ayam madu terbaik!!! Hanya di Pekan Kundasang..
Bau dia sahaja dah buatkan kami tak sabar nak makan. hihi..
Kalau korang nak cari, sila cari area KFC Kundasang, tapi di sebalik belakang bangunan tu ye.
Dah senja. Subhanallah. Cantik!
Jom ke Masjid Kundasang bersolat Maghrib dulu. After solat, kami menikmati kepak ayam madu di pondok di tepi masjid tu. Sambil menikmati keindahan alam, menghayati suasana nyaman dan kesedapan kepak ayam. hehehe..
Kami sampai di KK lebih kurang jam 8.30 PM. Mata pun dah kuyu. mengantuk dan penat, tapi seronok! Sebelum tido, packing barang dulu sebab esok dah nak fly back to KL.. Pheww.. Tak cukup seminggu rupanya ke Sabah ni. Banyak lagi tempat yang tidak sempat kami 'jajahi'. :)
Ok, time to sleep.. pen off. xoxo~
2 comments:
amik gmbr pemandangan di kundasang tu xcukup2 rasanya
best belaka....
Pasni repeat ke sabah. Explore tempat lain plak.. maybe naik keretapi antik tu.
Post a Comment