Tuesday, November 16, 2021

Migraine Saya Beransur Hilang Selepas Amalkan 5 Step Ini

 

Klik gambar untuk lebih jelas. Sumber = Google

Sakit kepala ada pelbagai tahap dan punca termasuk symptom. Selalu kita dengar iklan "Anda rasa, saya ada masa untuk sakit kepala...". Haaa, yang ni kalau orang yang diserang Migraine memang tak ada masa untuk bawak berbincang. 

Mula-mula doktor diagnose saya ada migraine semasa saya berumur 21 tahun. Masa tu bergelar pelajar Undergrad di UTM. Macam mana ianya bermula? Saya mula dengan sakit kepala seharian. Sakit kepala tu biasa lah. Banyak faktor. Tidur tak cukup, last minute assignment, dan banyak lagi lah. Tetapi, lama kelamaan sakit di kepala tu beralih ke sebelah kepala sahaja, dan saya jadi sensitif kepada cahaya. Akibatnya, saya muntah-muntah dan hampir pitam. Sakit tu sehingga buatkan saya tarik rambut kuat-kuat tanpa sedar, dan rasa seperti nak hantuk kepala ke dinding. 

Pernah sekali terpaksa ambik Aspirin

Yang ni selalu


Mujur rakan sebilik ada dan cepat-cepat ajak ke Klinik. Masa tu klinik kesihatan UTM tak jauh dari kolej. Selepas doktor diagnos, saya disahkan kena migraine. Makanya terpaksalah makan ubat drug-based yang mana saya dah lama tinggalkan. Bermulalah rutin saya sentiasa standby Milidon 650, Ibuprofen dan Paracetamol sentiasa. Nak kata kerap tu, tak jugak, tapi kalau time kena tu memang ubat-ubat ni lah penyelesaiannya.

Dipendekkan cerita, migraine saya ni berlarutan sehingga zaman saya bekerja. Di awal saya climb up the corporate ladder, memang saya kurang rehat. Dan masa tu juga adalah permulaan hidup saya berumah tangga. Siang kerja di pejabat, malam buat business online, weekend ambil upah dari pelajar-pelajar research untuk SPSS. 

Kerana kurang rehat dan kadang-kadang terlalu overthinking dan over expectation, saya cepat stres dan leads to migraine!

After sometimes, saya rasa macam penat dah makan ubat. Saya mula cari dan kaji, macam mana nak survive tanpa ubat semasa kena migraine. Saya cari juga kaedah-kaedah alami yang boleh bantu untuk kurangkan migraine ni at least

Jadi, ini 5 step yang saya experience sendiri.

STEP 1 : Makan Paracetamol dan Rehat

Jika mula diserang sakit kepala, terus makan Paracetemol tetapi sebiji sahaja. Jangan biarkan sakit kepala melarat kepada migraine. Minum air suam banyak, dan terus rehat di dalam bilik yang gelap, sunyi dan suhu yang sesuai. Suhu bilik jangan panas, tapi tidak pula terlalu sejuk. Memang agak lama terpaksa tahan kepala berdenyut-denyut, tapi percayalah jika anda boleh set mindset yang anda akan okey, insyaAllah okey. Lepas dah rest lebih kurang 4-5 jam, anda paksa diri untuk bangun dan mandi. Saya prefer mandi air sejuk dan dicampurkan dengan larutan Garam Bukit (saya guna Garam Aura Rezki).

Tapi, kalau migraine serang tiba-tiba, jangan lah ambik dos yang tinggi. Biasa doktor suruh makan dua biji, cukup ambil sebiji. 

STEP 2 : Jangan makan Paracetamol - Hanya Rehat

Saya bukan anti-ubat ye kawan. Cuma saya dah bosan makan ubat. So kali ni bila badan dah terbiasa rawat Migraine bukan dengan Milidon atau Ibuprofen, maknanya anda dah berjaya kurangkan dos ubat, tetapi tambahkan kekuatan dalaman untuk melawan sakit. Saya tak pasti consider lawan dengan imunisasi lah kot. Sebagai support, sapu lah minyak angin yang berangin tu di tepi dahi, belakang tengkuk, tapak kaki dan bahu. Picit-picit sikit, supaya rasa lega.

STEP 3 : Amalkan Supplement & Makanan Sunnah

Saya akui, sebelum-sebelum tu saya culas. Atas sebab faktor kewangan juga tak boleh nak beli suppliment secara konsisten. So lepas bertekad tak mahu lagi ubat migraine, saya mula amalkan multi-vitamin. Beli dari Farmasi.  Selain tu, saya mula konsisten makan kurma. Cuma jumlah je belum konsisten. Kadang sebiji, kadang lebih, ikut mood. 

STEP 4 : Jaga pemakanan 

Yang ni penting. Saya pernah berpantang bertahun lamanya untuk fight against Asthmatic. Takkan kali ni tak boleh kan. So makanan yang berjeruk, ada MSG, ada belacan, makanan yang dipanaskan berkali-kali memang saya elakkan sebaiknya. Paling ketara kalau lepas saya makan belacan. Sekejap sahaja saya akan mula sakit kepala. Ada satu benda lagi yang terpaksa saya korbankan adalah DURIAN. Ni lah antara buah kegemaran. Saya tak boleh makan durian selain durian fresh dari pokok atau durian kampung. Pernah sekali tu makan durian di Mantin, on the way balik terus dah start sakit kepala. Makanan yang menyebabkan badan berangin pun saya cuba elakkan.

Alhamdulillah, semakin lama, migraine beransur hilang. Jarang-jarang sekali berlaku. Kalau sakit kepala tu masih kerap. Tapi biasanya tak lama. Kalau pagi sakit kepala. Rest sekejap, insyaAllah hilanglah sakit kepala tu.

STEP 5 : Amalkan Essential Oil

Yang ni masih baru lagi. Disamping saya menambahkan senarai amalan makanan sunnah (madu, habbatussauda dan kurma), saya juga mula belajar tentang kelebihan EO bagi orang migraine. Antara EO yang sangat membantu adalah Cedarwood, Peppermint, Thieves, Lavender dan Lemon. Lepas dah kenal khasiat EO ni, pergi ke mana-mana tak fikir nak bawa ubat dah. Tapi wajibkan bawa EO.


Last ambik ubat Pain Killer untuk Migraine adalah bulan Feb 2020. Tapi ni dos kecik je

Ha, macam mana? Senang tak tips? Tips ni saya experiment sendiri dan Alhamdulillah seingat saya last sekali saya makan Pain Killer adalah bulan Februari 2020. Itu pun sebab saya travel, di sebabkan memikirkan masa yang terhad untuk saya berehat jika migraine, standby jugalah. Dan memang betul, masa tu di Philipines, saya demam dan terpaksa makan Safrosyn S 275mg. 

Kenali sakit di bahagian kepala

Sampailah ke hari ini, saya tidak lagi diserang migraine. Hanya sesekali sakit kepala. Tu pun tak teruk. Hanya perlu berehat, gunakan EO, insyaAllah sekejap sahaja lega.

Saya berazam untuk belajar lagi rawatan secara alami untuk penyakit-penyakit lain. Mana tahu dikemudian hari, kalau bukan saya yang perlukan, mungkin orang-orang terdekat atau orang-orang yang kita sayang perlukannya.

Anda ada petua-petua rawatan alami? Sharelah dengan saya.

Bye... Pen off~

0 comments: