Sunday, October 31, 2021

Kami Diuji Dengan Virus Covid 19 (Part 1)


Tak tahu nak bermula dari mana. Semuanya berlaku tanpa disangka. Siapa boleh sangka kan, selama ini kita sentiasa diingatkan untuk berwaspada dengan Virus Covid-19. 

Coretan ini sebagai kenangan pernah duji dengan Covid-19. Kenangan yang sebolehnya tidak mahu diulang lagi. Cukuplah sekali ini sahaja. Sekali seumur hidup.

Kami berdua (saya dan husband) memang mengamalkan penjagaan SOP dengan baik. Kami bekerja dari rumah sejak PKP dilaksanakan, menghadkan aktiviti shopping di mall dan juga hadkan aktiviti berkumpul beramai-ramai.  Namun, perancangan Allah Maha Hebat. Dia uji kami kerana Dia sayang kami. 

14 Oktober 2021 kami ke Utara memandangkan sempadan negeri telah di buka. Disebabkan lama tak balik berjumpa keluarga di Penang, kami ambik kesempatan ini untuk balik kampung. Dan kebetulan, pada tarikh 16 Oktober kami mengambil peluang untuk menghadiri company event secara fizikal. Tetap menjaga SOP dengan baik, memakai mask setiap masa, tidak makan dan minum beramai-ramai. 

Seusai event, kami balik berehat sebentar di rumah parents saya sebelum meneruskan agenda seterusnya iaitu ke Alor Setar. Seingat saya memang saya peluk cium parents saya, bersalaman dengan adik-adik sebelum bergerak ke Alor Setar. 


Niat asalnya hanya dua atau tiga malam di Kedah. Berziarah dan bersilaturahim. Namun, pada 18 Oktober (Isnin petang) saya tiba-tiba sakit kepala. Bukan migrain, tetapi sakit kepala yang kuat, sehinggakan saya terpaksa menelan sebiji panadol dan hanya berehat. Keadaan berlarutan sehingga Selasa pagi. Kepala masih berdenyut-denyut. Badan start panas, tapi on
dan off. Pada fikiran saya mungkin kerana terkena hujan pada hari sebelumnya. 

Pagi Rabu 20 Oktober kami dikejutkan dengan berita yang rakan kami yang bersama pada event Sabtu lepas diuji Covid. Haaa sudah! Saya tak sedap hati dah. Sebab kebiasaaannya kalau saya demam paling lama pun dua hari. Tapi kali ni takda tanda demam nak kebah. 

Tanpa berlengah lagi, kami berlima buat Ujian Kendiri Covid19. Dan nasib tak menyebelahi rakan kami. 3 orang positive. Saya dan husband negative. Alhamdulillah. Syukur. Sebab teringatkan bersalaman dengan parents sebelum datang Kedah. Terus call mereka, dan alhamdulillah, mereka sihat tiada apa-apa simptom.

Khamis, 21 Oktober, saya masih demam. Kami decide balik Kajang tengahari tu jugak memandangkan husband masih sihat. Sepanjang perjalanan, saya batuk dan deria bau saya hilang! Ni satu petanda yang tidak baik. Bayangkan saya hidu YLEO Thieves, takda bau! 

Husband masih steady. Saya je yang dah tak larat sangat sebab demam masih belum kebah. Dah hilang selera nak makan sebab deria bau dan deria rasa out! Ya Allah, ni rasanya bila salah satu nikmat ditarik sementara...

Jumaat, 22 Oktober husband pulak start ada simptom. Badan panas, batuk-batuk, sakit kepala, tidak selera makan. Kami berdua down. Rasa tak percaya kami diuji. Kalau ikutkan plan nak pergi jemput anak-anak bulus kami Jumaat petang. Memandangkan kami demam, mungkin berisiko untuk menjangkiti orang lain. Jadi kami sambung boarding Olive & Popoy sehingga kami betul-betul sihat. Ahhh rindunya...


Maka, bermulalah episod kami care for each other. Barang-barang yang bawa balik dari Utara pun masih belum unloading. Betul-betul tak larat. Kami order barangan basah dari Tesco Online. Tapi, saya sendiri akui, bukan mudah dealing dengan Covid. Badan jadi lemah, dengan saya batuk-batuk, sudahnya tak larat nak masak. Husband pulak demam dia makin teruk. Walaupun on-off, tapi badan dia lagi lemah. Allahu.. Dugaan buat kami. Seingat saya, dua hari kami tak makan nasi atau apa-apa solid food. Saya hanya mampu buatkn Shake F1 untuk alas perut. Masa tu nak order Grab Food pun tak larat. Kami betul-betul down for at least two days

Sambung Part 2 pulak..


0 comments: