Disebabkan Covid-19, kami terpaksa berpisah sementara. Hampir sebulan, satu tempoh yang panjang. To be exact 23 hari. Pertama kali. Sebelum ni paling lama pun seminggu sahaja.
Eh jap, biar saya clarify. Cerita ni sebenarnya tentang furbabies kesayangan kami. Si Popoy dan Si Olive. Berpisah dengan mereka memang mendatangkan kerinduan. Mana tidaknya, memang rutin setiap hari pagi-pagi akan jenguk mereka di bilik atas, bersihkan litter box, bagi makan, bagi suppliment, main-main sekejap sebelum kami masuk SOHO. So, bila rutin ni takde, rasa tak lengkap pulak.
Seperti yang saya share sebelum ni, kami berdua diuji dengan Covid-19. Jadinya plan asal nak boarding dua ketoi ni 10 hari, bertukar menjadi 23 hari. Alhamdulillah, tempat kami boarding ni memang dah biasa berurusan dan owner dia memang sangat baik dan prihatin. Mana tak nya siap nak tolong hantarkan Apple Cider untuk kami supaya lekas sembuh. Terima kasih Kak Salina. Dulu masa Popoy didiagnose dengan FIV pun Kak Salina lah yang banyak guide kami apa nak buat. Alhamdulillah, dipertemukan dengan orang baik.
Namun, berbeza dengan husband, virus ni melemahkan badan dia. Simptom yang kami alami sama. Cuma husband ada cirit birit. Kalau ikutkan saya dah hari ke-7 demam, husband hari ke-3 dapat simptom. Alhamdulillah, panas badan saya berkurang, cuma sesekali sakit kepala, badan panas tiba-tiba dan batuk-batuk masih ada. Batuk yang saya kira seperti saya batuk Asthmatic. Maybe sejarah lama saya dengan Asthmatic buatkan saya mudah semput. Naik tangga sikit pun mengah dan semput!
26 Oktober, Selasa. Kami terpaksa akur untuk buat sekali lagi Covid-19 Self Test. Dan yang mengejutkan, keputusan test saya negative. Alhamdulillah. Recovery Stage dah agaknya. Tapi, husband punya test positive (jalur sama-samar je). Jadi, kami terpaksa ke CAC Kajang Utama untuk buat laporan.
Alhamdulillah, Allah beri pinjam kekuatan kepada saya untuk diberikan kesembuhan awal. Walaupun masih demam dan batuk, tapi saya rasa saya beransur baik. Dah boleh sediakan makanan walaupun simple cukuplah boleh mengenyangkan. Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...
Maybe saya boleh share sedikit pengalaman menyesuaikan diri dengan virus ni.
SATU : Bila dua-dua down, masing-masing menjadi lemah apabila tiada sumber makanan protein dan karbo. Memandangkan kami baru balik dari outstation, memang stok makanan ready-to-eat tak ada. Kebetulan stok kurma dah habis dan madu juga tinggal sikit. Masa tu nak tengok phone pun tak larat nak scroll cari makanan apa yang nak di order. Kepala pening, jadi berpusing-pusing. Serius ni.
DUA : Sepanjang kami demam, kami amalkan makan Vitamin C Forever Living setiap 4 jam. Minum Lemon dan madu suam untuk dapatkan tenaga. Pagi-pagi ambik Minyak Habbatussauda. Actually Black Seed Oil ni memang jadi amalan kami sejak beberapa bulan lalu. Alhamdulillah..
TIGA : Bila dah ramai tahu korang kena Covid, masa ni macam-macam petua akan sampai. Pandai-pandai lah urus timing untuk korang makan semua ni. Segala saranan kami patuh. Sampai nak muntah telan itu ini. Ye lah, ikhtiar lah kan. Mana tahu ada yang berjaya kurangkan rasa sakit badan dan melawan covid ni. Masuk seminggu, rasa macam 'muak gila' nak telan semua tu lagi.
EMPAT : Emosi memang down. Saya beberapa kali menangis sebab badan jadi letih. Rasa kosong sebab terbaring tak boleh buat apa-apa. Dengar alunan bacaan Al Quran pun syahdu je. Ada insiden yang saya menangis masa baca Yasin online beramai-ramai. Tah kenapa, jadi sebak. Biarlah saya sahaja tahu kenapa..
LIMA : Standby Panadol Active Fast banyak-banyak. Saya memang dah lama cuba elakkan makan pil-pil ni. Seingat saya sepanjang dua minggu ni, tiga kali saya tewas sebab badan terlalu panas. Jadi terpaksa makan Active Fast. Selebihnya saya lawan dengan banyakkan minum air suam dengan Lemon sahaja. Lain pula dengan husband, saya tak berani nak suruh dia fight untuk tak ambil pil-pil ni. Jadinya berpapan-papan Active Fast terpaksa dia telan untuk surutkan panas badan tu. Lepas dah sihat ni, kita buat amalan Detox ya!
ENAM : Perut kena jaga semasa sakit. Percayalah, time demam ni memang tak selera nak makan. Tapi, bila saya gagahkan juga menelan makanan, alhamdulillah dapat sumber tenaga untuk saya lawan Virus Jahat ni! Telan je, jangan fikir-fikir. Saya dah tak boleh dah biar virus ni menang!
TUJUH : Air sinki awal pagi memang jadi sangat sejuk. Sumpah boleh bawak gaduh nak ambik wuduk pun. Padahal boleh je guna air dari shower yang ada water heater kan? Haaa otak pagi-pagi tak leh digest. Saya akan mandi jam 9.00 AM. awal-awal dulu memang mandi air suam. Tapi sehari dua ni bila dah dalam proses sembuh, saya kembali mandi air sejuk biasa. Semasa mandi tu, nak berdiri pun tak larat lama-lama. Dah lah shower gel dan syampu takde bau. Tak feel betul mandi. Masa mandi, saya akan batuk-batuk-batuk.. Keluarkan kahak dan muntah. Memang menangis terseksa. Tapi, itulah hakikatnya...
Pendapat saya, Covid 19 ni adalah seperti virus flu. Ia akan serang pada paru-paru dan sistem immunisasi kita. Macam saya, ada history Asthmatic, sampai sekarang nafas belum lancar. Bagi yang tiada sejarah sakit apa-apa, insyaAllah anda mampu lawan je virus tu. Amalkan pemakanan yang sihat, yang penting amalkan makanan yang boleh naikkan imunisasi semulajadi.
Terima kasih buat adik ipar, abang ipar dan keluarga yang bertanya khabar. Dan ada yang tolong belikan kelapa sebagai penawar, hantarkan buah-buahan untuk kami alas perut, belikan panadol dan Covid-19 Self Test Kit. Really appreciate it!
Anda juga ada pengalaman yang nak dikongsi? Share di ruangan komen ya. Dan sama-sama kita doakan agar sentiasa diberikan keselamatan dan perlindungan oleh Allah. Aaamiin..
Yang benar,
Anna - Pernah terkena Virus Covid-19
Tak tahu nak bermula dari mana. Semuanya berlaku tanpa disangka. Siapa boleh sangka kan, selama ini kita sentiasa diingatkan untuk berwaspada dengan Virus Covid-19.
Coretan ini sebagai kenangan pernah duji dengan Covid-19. Kenangan yang sebolehnya tidak mahu diulang lagi. Cukuplah sekali ini sahaja. Sekali seumur hidup.
Kami berdua (saya dan husband) memang mengamalkan penjagaan SOP dengan baik. Kami bekerja dari rumah sejak PKP dilaksanakan, menghadkan aktiviti shopping di mall dan juga hadkan aktiviti berkumpul beramai-ramai. Namun, perancangan Allah Maha Hebat. Dia uji kami kerana Dia sayang kami.
14 Oktober 2021 kami ke Utara memandangkan sempadan negeri telah di buka. Disebabkan lama tak balik berjumpa keluarga di Penang, kami ambik kesempatan ini untuk balik kampung. Dan kebetulan, pada tarikh 16 Oktober kami mengambil peluang untuk menghadiri company event secara fizikal. Tetap menjaga SOP dengan baik, memakai mask setiap masa, tidak makan dan minum beramai-ramai.
Seusai event, kami balik berehat sebentar di rumah parents saya sebelum meneruskan agenda seterusnya iaitu ke Alor Setar. Seingat saya memang saya peluk cium parents saya, bersalaman dengan adik-adik sebelum bergerak ke Alor Setar.
Pagi Rabu 20 Oktober kami dikejutkan dengan berita yang rakan kami yang bersama pada event Sabtu lepas diuji Covid. Haaa sudah! Saya tak sedap hati dah. Sebab kebiasaaannya kalau saya demam paling lama pun dua hari. Tapi kali ni takda tanda demam nak kebah.
Tanpa berlengah lagi, kami berlima buat Ujian Kendiri Covid19. Dan nasib tak menyebelahi rakan kami. 3 orang positive. Saya dan husband negative. Alhamdulillah. Syukur. Sebab teringatkan bersalaman dengan parents sebelum datang Kedah. Terus call mereka, dan alhamdulillah, mereka sihat tiada apa-apa simptom.
Khamis, 21 Oktober, saya masih demam. Kami decide balik Kajang tengahari tu jugak memandangkan husband masih sihat. Sepanjang perjalanan, saya batuk dan deria bau saya hilang! Ni satu petanda yang tidak baik. Bayangkan saya hidu YLEO Thieves, takda bau!
Husband masih steady. Saya je yang dah tak larat sangat sebab demam masih belum kebah. Dah hilang selera nak makan sebab deria bau dan deria rasa out! Ya Allah, ni rasanya bila salah satu nikmat ditarik sementara...
Jumaat, 22 Oktober husband pulak start ada simptom. Badan panas, batuk-batuk, sakit kepala, tidak selera makan. Kami berdua down. Rasa tak percaya kami diuji. Kalau ikutkan plan nak pergi jemput anak-anak bulus kami Jumaat petang. Memandangkan kami demam, mungkin berisiko untuk menjangkiti orang lain. Jadi kami sambung boarding Olive & Popoy sehingga kami betul-betul sihat. Ahhh rindunya...
Sambung Part 2 pulak..