.. Selamat Hari Malaysia! ..
Esok cuti lagi, 16 September merupakan hari Malaysia. Bulan ni memang banyak betul cuti kan? So esok planya hanya keluar cari barang sikit, dan ber 'me time' sorang-sorang. Buat facial routine sebulan sekali.
Hujung minggu depan ada job pulak, so ke Terengganu lah kite.. Lama dah tak ke Terengganu. Teringat pulak kenangan belajar di sana 3 tahun, dan di sana juga lah berjumpa jodoh. Hihi, tak sangka pulak. :P
Baiklah, malam ni saya sambung sikit lagi perkongsian saya tentang sweet escape kami berdua hubby-wifey ke Singapore.
4 September 2019, Rabu - Sentosa Island & Universal Studio Singapore
Seusai bersarapan (makan roti + sambal hitam pahang, sup cendawan dan minum milo), kami memulakan eksplorasi kami tepat jam 8.30 pagi. Bersama-sama warga SG tunggu bas tepi jalan untuk ke Stesyen MRT Kallang. Sebenarnya dekat je. Tapi sebab penat berjalan semalam pun belum hilang, dan nak save tenaga untuk aktiviti hari ini, jadinya kami naik bas lah.
Perjalanan Kallang Stn - Outram Park - Harbour Front (Vivo City Mall) mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Masa kami sampai tu, kedai-kedai di dalam mall tu baru nak buka. Asalnya plan nak naik Sentosa Express ke Sentosa Island, tetapi last minute tukar plan sebab nak menikmati pemandangan pagi-pagi kan. Untuk ke Sentosa Island ada 4 kaedah. Jadinya kami pilih untuk berjalan melalui Sentosa Board Walk (Exit di Level 3 Mall). Sepanjang perjalanan tu berbumbung dan ada beberapa bahagian yang ada Travelator. Tak lah penat sangat kalau nak berjalan kan?
Travelator Sentosa Board Walk
Jalan-jalan dengan yang tersayang
Trick Eye Museum. Memang Best!
Perjalanan kami dari VivoCity Mall ke Sentosa Islang mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja. Berjalan santai-santai sambil ambil gambar. Tempat tarikan pertama yang kami nampak adalah Trick Eye Museum ni lah.
Plan untuk masuk USS adalah jam 11.00 am, jadinya kami meneroka Pulau Sentosa dulu. Oh ya, tiket masuk USS seperti yang saya maklumkan dalam entri sebelum ni, saya beli di website Klook. Ada diskaun kalau beli guna Mobile Phone.
Ambik gambar banyak-banyak di Imbiah
Semasa kami sampai di sini, belum ramai pengunjung. Ada aktiviti percuma disediakan. Kumpul sticker di setiap check point, dan dapat cenderahati percuma! Best juga ni. Enjoy saje. Kami spend masa kat sini lebih kurang sejam lebih. Naik tram di Beach Station, dan enjoy the view along the Siloso Beach.
Oh ya, kami bawa sandwich buat bekal untuk alas perut merangkap lunch, memandangkan kami tak sure macam mana gerai jualan makanan di dalam USS tu. Dan makanan pulak tidak dibenarkan untuk di bawa masuk ya. Hanya sebotol air minuman sahaja yang dibenarkan.
Wajib bergambar di depan Globe ni
Alhamdulillah, kami melepasi entrace gate USS dengan mudahnya. Hanya scan tiket yang dah print siap-siap tu, staff USS pulak akan minta kita buka beg untuk dia check.
Aim kami, nak enjoy semua rides yang ada dalam ni. Kalau tak salah, hampir 10 rides ada dalam USS ni, dan yang paling femes adalah Transformers. So jom kita tengok.
Rides pertama yang kami naik adalah BATTLESTAR GALACTICA. Ada dua tau, Cyclone dan Human. First kami naik Cyclone sebab tak ramai orang yang beratur lagi.. Beg perlu di simpan di dalam locker yang disediakan. 60 minit pertama percuma saja.
Fuhhhh... Seram, extreme, berdebar.. itu yang saya boleh katakan. Cyclone lebih seram dari Human. Korang kena try okey, tapi bagi yang ada masalah back pain atau cepat pitam, tak digalakkan. Memang betul-betul Adrenalin rush ni.. Sumpah!
Settle kedua-dua tu, kami try REVENGE OF THE MUMMY pulak. Cuak jugak sebabnya jantung berdegup tadi pun tak habis lagi. Sebelum dapat naik ride tu, korang akan masuk dalam satu gua atau tempat sumpahan. Seram juga lah kan.. Daaaaannnn.. ride ni memang best terok! Masa keluar tu macam nak repeat lagi kalau ada masa.
MH extra satu aktiviti - Rock Climbing. Saya tengok je lah. Hehe..
Antara rides yang kami naik: Transformers The Ride 3D, Sesame Street Spaghetti, Puss in Boots, Canopy Flyer, Treasure Hunters. Semua best, cuma ada beberapa station yang terpaksa beratur agak panjang. Make sure tengok Board Estimated Waiting Time tu. Kalau estimate 20 minit, baru Q. Kalau korang yang tak berapa nak boleh bersabar untuk Q, sila beli Express Pass. So boleh Q di Express Line.
Kami repeat ride Transformers dua kali, dan Mummy tu dua kali. Hahaha.. Baru berbaloi.
Repeat Transformers Ride. Saya rank rides No.1
Negara Far-far Away
Depan The Egypt
Rides Puss in Boots' Giant Journey
Rides Transformers The Ride 3D
Settle beberapa rides, kaki pun dah penat, tekak pun dah kering, perut pun dah lapar. So rest sekejap untuk minum dan solat. Alhamdulillah, surau disediakan, siap asing surau lelaki dan perempuan, dan ada telekung disediakan. Boleh lah meluruskan urat pinggang sekejap.
Surau sebelah Rollor coaster Human vs Cyclone tu. Selesa berhawa dingin
Seusai solat, kami beli ice blended. Dan yang bestnya boleh refill (so bayar pada harga yang lebih murah sebab dah ada cup). Fuhhh lega tekak. niat di hati, nak repeat juga rides Human tu, tapi waiting time 30 minit. So kami masuk rides Sesame Street. Comel je naik tren. Kihkihkih. Sebab ni rides kanak-kanak. Layankan aje..
Saya yang over excited! Actually banyak sangat video. Malas nak upload. Kah!
Sedar tak sedar, dah hampir jam 6 petang. Last but not least sebelum keluar dari USS (tutup jam 7 petang), kami masuk dalam Light! Camera! Action!. Boleh experience sendiri macam mana Steven Spielberg buat set penggambaran filem-filem aksi. Memang terbaik siap ada angin, api, ribut, gegar semua lah. Rasa macam seolah-olah ada di tempat lain.
Actually ada beberapa station dan rides yang kami tak sempat masuk. Yang paling ralat sekali ialah rides Madagascar. Q punya panjang, estimate time sejam. Aduduhhh memang tak nak lah beratur lama sangat kan. Last-last tak menyempat. Takpe lah.. huhu.
Bergambar sebelum keluar
Lebih kurang jam 6.45 petang, kami keluar dari USS. Perut dah lapar sangat ni. Plan sepatutnya nak cari makanan di Bugis Night Market, lepas tengok persembahan Crane Dance, tapi dah macam-macam lagu keluar ni... So jom cari nasi. Dinner terus lah.
Happy tummy, happy me
Kami singgah makan di Malaysian Food Hall. Make sure tengok betul-betul ye kedai yang anda nak makan. Make sure ada HALAL. Alhamdulillah, kami pilih Nasi Beriyani dengan Kari Ayam. Harga berbaloi dengan rasa dan portion.
Selesai makan, kami berkejar ke Dataran untuk tunggu persembahan Crane Dance. Persembahan ni di adakan setiap hari bermula jam 8 malam tepat.
Suatu kelainan. Crane diceritakan menjadi burung yang bercinta. So sweet~
Persembahan tu hanya 10 minit, tapi penuh penghayatan dan keterujaan. Berbaloi tunggu tengok. Dengan muzik, jalan cerita, limpahan lampu dan spot light, memang terbaik. Ramai juga penonton, mujur cepat. Kami dapat tempat strategik. tengah-tengah dan paling atas.
Selesai show, kami bergerak balik ke Vivo City Mall menaiki Sentosa Express. Nak balik ke Vivo free je naik tren tu. Hanya mengambil masa 15 minit, sampai lah.
Sesampainya di mall, singgah minum dulu. Basahkan tekak, dan tiba-tiba plan bertukar. Tak jadi nak pegi pasar malam Bugis, walaupun memang dalam perjalanan balik sahaja. Sebabnya kaki dah sakit sangat, banyak berjalan. Sama seperti semalamnya, kami dah kumpul lebih 20,000 steps masing-masing. Woahh..
Perjalanan balik: Harbour Front - Outram Park - Aljunied - Bus No 80. Sampai di hotel lebih kurang jam 10 malam. Hari yang sangat panjang dan bermakna. Rest untuk esok, dah nak balik. Alaaa....
K Bye!
0 comments:
Post a Comment