Monday, March 18, 2019

Pemberian Yang Istimewa

Perkongsian dari hati.. Ilham dari Allah..


Alhamdulillah.. itulah perkataan yang seringkali saya ungkapkan kerana terlalu banyak nikmat yang Allah Taala bagi kepada kami berdua (saya dan suami).. Sehingga tidak terhitung banyaknya.. Syukur, Alhamdulillah..

Pada mulanya saya tiada idea, apa bentuk penulisan untuk malam ni, tetapi memandangkan saya dah tulis dalam azam 2019, untuk capai sekurang-kurangnya 20 penulisan yang bermanfaat, jadinya malam ni, saya spend time sikit untuk mencoretkan ilham yang datang.. insyaAllah dari hati..

Dan mungkin, lebih senang saya tukarkan perkataan 'SAYA', kepada 'AKU'.. Kerana lebih berkesan dan dekat di hati.. Kita juga berdoa dan menyebut 'AKU' dengan ALLAH. Betul tak?

Bismillah..

Kadang-kadang, kita rasa letih, terlalu letih dengan semua perkara yang datang dalam kehidupan kita. Letih yang kadang kita sendiri tak tahu bagaimana untuk diungkapkan. Letih emosi, letih fizikal, letih fikiran dan letih segalanya..

When you feel down, just pause from anything that makes you feel tired.. Yes, For a while.. Tak salah and it's helps a lot!

Letih mengemas rumah, cuba sesekali meditate atau yoga..
Letih dengan karenah rakan sekerja, sibukkan diri dengan membaca bahan-bahan motivasi atau jenaka..
Letih dengan masalah kejiranan, cuba ambil masa short gateway..
Ingat, letih yang kita rasa bukan bermakna ianya suatu yang buruk buat kita. Kita masih punyai pilihan untuk menoleh ke arah lain yang lebih membuatkan kita tenang dan selesa. Alihkan perhatian daripada apa sahaja yang buatkan kita tertekan, asalkan ianya masih lagi dilandasan Islam dan Iman.

KENAPA MENGELUH?

Saat Allah latih kita dengan sesuatu ujian dan latihan, mengapa kita cepat mengeluh? Sedangkan kita masih punya 1001 hal yang perlu disyukuri. Pejamkan mata.. Hapuskan rasa yang menyakitkan hati satu demi satu.

ALLAHU AKBAR!! Sungguh... tiada nikmat-Nya yang mampu kudustakan saat ini. Hilang satu, aku masih ada 1000 lagi nikmat yang perlu disyukuri.. 

Kau GAGAL, Allah hantarkan bantuan,
Kau LUKA, Allah hantarkan kesembuhan,
Kau SEDIH, Allah hantarkan berita kebaikan,
Kau KEHILANGAN, Allah gantikan yang lebih baik..
Kau takut apa, kalau kau ada TUHAN??!

ALLAH BAGI SEMUANYA YANG BAIK

Dengan lebihku yang Allah bagi, dengan kurangku yang Allah tentukan, aku akan terus berani menjadi AKU!. Aku akan terus melangkah membina diri. Aku akan terus berjalan mencari kasih sayang Allah tanpa lelah..

Yang baik semuanya dari ALLAH, tetapi yang buruk adalah asalnya BAIK dari ALLAH, tetapi kerana kekhilafan aku, kekurangan dan kealpaan aku, maka menjadikannya kelihatan BURUK.

PERJALANAN MASIH PANJANG

Maaf...! Aku ada perjalanan yang masi panjang. Usaha dakwah takkan pernah terhenti. Perjalanan ini akan harus ku teruskan jua walau beribu halangan datang di hadapan. Kerana aku percaya --- ALLAH telah atur yang terbaik untukku!

Jika semalam aku lumpuh, tetapi hari ini aku kembali bangun demi menggapai Rahmat dan Kasih Sayang Allah.

Disebalik ujian yang Engkau beri, aku begitu yakin bahawa Engkau telah aturkan sesuatu. Engkau hantarkan ujian agar tidak mahu ingatanku terhadapMu berkubur. 

Aku tidak kisah apa pandangan manusia kepadaku. Apalagi jika yang memandang itu bukan daripada yang berada pada sisi terdekat denganku. Mereka tidak faham jatuh bangunku. Mereka tidak merasai apakah tanggungjawab yang aku pikul.

Apatah lagi kalau tuduhan yang datang dari emosi manusia yang lemas dalam lautan cemburu. Tidak! Biarkan sahaja walau beribu alasan, seisi dunia tahu betapa manusia yang sedang cemburu memang hilang pertimbangan. Aku akan terus bersabar. Laungan kebencian mereka tidak akan mempu meraih simpati bahkan memalukan diri sendiri. Semoga Allah tidak menghina mereka seburuk-buruk penghinaan.

Biarkan mereka memasang jerat sehingga penat. Biarkan mereka terus menyindir dan memfitnah sehingga mereka puas. Biar sahaja suara-suara itu terus memberontak lagak manusia yang cukup terdesak. Kerana aku tahu, Allah ada!

MENTOR KEHIDUPAN

Panjang pula coretan rasa yang kukongsikan malam ini. Mungkin telah lama ianya terpendam di sudut hati, tanpa ada yang peduli. Bersyukur lah saat diuji. Aku mula kenal warna sebenar siapa sahabat, siapa pengkhianat.


Inilah hadiah yang istimewa buatku.. Dihadirkan insan-insan yang cukup memahami hati dan perasaan. Disaat aku diuji, merekalah yang menghulurkan kasih dan pautan. Terima kasih buat sang Suami, selalu menyokong ketika ku kuat, selalu mendorong ketika ku dipijak. Terima kasih buat mentor kesayangan ku juga, Kak Ina.. Mentor dalam perjalanan kehidupanku.

Setiap bait bicaranya penuh makna, setiap nasihatnya penuh berhikmah. Betapa khilafnya dan ruginya kita sekiranya kita masih lalai dalam mencari Allah. Kita masih mencari redha manusia yang tiada berkesudahan. Hidup di dunia hanyalah sebagai jambatan ke Sana. Kadang-kadang kita lupa, dan beranggapan dunialah tempat yang kekal abadi.

ZALIM

Jangan melakukan kezaliman terhadap hak milik orang lain kerana tubuh yang terbina daripada makanan yang haram akan dihisab dan menjadi bahan bakar di neraka.

Dalamilah ilmu akhlak serta manfaatnya di dalam kehidupan seharian. Manusia mudah lupa, adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim itu untuk saling ingat mengingati. Tidak perlu tunggu title 'Ustaz/Ustazah' baru rasa sesuai untuk memberi nasihat. Jangan pandang rendah kepada orang lain, kerana setiap orang Allah telah jadikan dengan pelbagai kelebihan dan kelemahan masing-masing supaya kita semua saling melengkapi.

Kezaliman juga boleh jadi kepada diri sendiri. Di mana sifat ignorance dan ego yang menebal dalam diri. Tidak mahu mengakui kesalahan dan sentiasa mencari kesalahan orang lain, bahkan lebih teruk jika mereka cerita semata-mata untuk memburukkan orang lain.

MUDAHKAN.. JANGAN SUSAHKAN

Bukan mudah menjadi seorang pemimpin. Pemimpin bagaikan sebelah kaki di Syurga, sebelah kaki di Neraka. Baik kepimpinannya, maka yakin dengan janji Allah, dimasukkan ke syurga kekal abadi. Jika buruk kepimpinannya, tunggulah balasan Allah di dunia dan azab Allah di akhirat.

Pemimpin yang baik, adalah pemimpin yang menyenangkan orang yang dipimpin. Bertolak ansur, mendengar dan memahami serta mengikut landasan kepimpinan Rasulullah. 

Semoga aku, kau dan kita semua menjadi pemimpin yang baik. Bermula dengan memimpin diri sendiri, memimpin pasangan, memimpin keluarga, memimpin organisasi, memimpin negara dan seterusnya memimpin umat manusia secara keseluruhannya.. Allahu Akbar!

NUKILAN DAN ILHAM DARI ALLAH

Agak panjang juga penulisan malam ini. Rancangan awalnya hanya sebuah ilham yang pendek dan ringkas, namun Allah jua yang berkehendak untuk meluahkan rasa ini. Maaf andai ada yang tersinggung, dan syukur sekiranya tersinggung.. Itu menandakan hati kita masih boleh menerima teguran. Ambillah yang baik, tinggalkan yang kurang baik ye..

Sekian, sebuah nukilan Anna Suhaimi. Semoga bermanfaat.. :)

7 comments:

Hai saya Adibah! said...

Thank you ana. Pagi-pagi baca tulisan ana, a very good thoughts. Keep on writing ok ❤️

annazanariah said...

Alhamdulillah terima kasih diba sudi singgah sini.. Baca dan komen.. InsyaAllah ana akan trs menulis. Ini sebahagian drp harta yg kita tinggalkan utk bekalan di sana. Mudah-mudahan..

Unknown said...

Sgt bermanfaat ..dimulakan hari dgn yg positif. .tq

Aineen said...

Alhamdulillah satu peringatan juga untuk kita yg lalai. Terima kasih kak ana untuk penulisan yg bermanfaat ni.

annazanariah said...

Alhamdulillah thanks.. Jom jd super positif..

annazanariah said...

Yeay aineen pon dh baca.. Tq dear.. Glad to hear that.. 😘

Unknown said...

Alhamdulillah, semoga peringatan kecil ini menjadi sumber ilmu yg hebat. Hati bergetar dek ketukan penulisan ana ini tandanya Allah masih memeliharanya.