21 Ogos 2016 - Bye Bye Vietnam.. Till we meet again ya!
Rasa sekejap sangat ada kat Vietnam. Hehe. Bunyi macam tak puas shopping lagi.. Memandangkan flight kami jam 1.30 PM, ada masa lagi nak round-round sekitar bandar HCM. Mujur ada superhero yang tolong bawakan beg. Love you so much! No bilik 307! Ada significant value sebab date 30 Julai adalah date yang sangat bermakna.
Kitorang check out tepat kul 9.00 am. Make sure korang jangan lupa ambil balik passport ye.
Tudia beg-beg yang nak kena bawa sejauh 600 meter. Hehehe..
Wefie dulu~ Jalan slow-slow sampailah ke Bus Stand depan Ben Thant Market. Masa ada sikit lagi, so masuk pasar balik usya2 Ray Ban. Finally, dapat jugak MR Handsome sorang ni beli Ray Ban Diamond Hard. Harga boleh tahan lah. Murah sikit daripada harga di Malaysia. Cool~
Ni lah rupa Bus Stand tu. Nampak kat depan tu? Bangunan tu macam Bangunan Menara Rebung TM kan? Make sure korang naik bas yang betul tau. Untuk ke Airport, kena beratur line yang diseberang sana. Disebabkan kami bawa beg macam banyak kan, so kena charge untuk 3 seat (5000Dong x 3). Tapi still berbaloi kan. Penat sikit takpe, buat kata MH, "Barulah adventure!" :)
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sampai di airport, kami terus beratur untuk masuk bahagian Departure..
Sementara menunggu untuk terbang, perut pun lapar. Mujur bawa bekalan secukupnya. Roti dah disapu tuna siap-siap, dengan air kopi ais Vietnam yang dah siap-siap bancuh semalam dan bekukan. Wallah! Sedap weih..
Untunglah orang tu.... Dapat Ray Ban.
Biarkan dia selfie puas-puas. Kui kui kui~
Flight delay 15 minit. Mari kita berhuhu..
HELLO MALAYSIA! Alhamdulillah, selamat mendarat setelah lebih kurang dua jam di udara.
InsyaAllah, ada rezeki kami akan kembali lagi untuk jalan-jalan pulak. Sape nak join kami next year? Bagi tau awal2, senang nak plan. :)
Bereh! Daa...
3 comments:
ok dah terer naik bas tu hebat la .. jimat pun jimat kan duit lebih tu boleh shopping
hi,saya singgah sini sambil follow and klik nuffnang :)
menanam padi
menanam jagung
menanam rumput gajah mini
menanam seledri
bawang merah
Post a Comment