Saturday, June 07, 2014

Pulau Langkawi: Airport - Laksa Kaw - Cable Car - Landcons Hotel - Pantai Chenang


Entri sebelum: 3H2M di Pulau Langkawi

>> Airport - Laksa Kaw - Cable Car - Landcons Hotel - Pantai Chenang <<

Patutlah ramai orang suka bercuti ke Langkawi.. Udara nyaman, laut yang cantik dan bersih dan juga pemandangan sangat indah! Kalau nak bersantai-santai tu, eloklah datang ke Langkawi. Selain tarikan pantai dan pulau-pulau, barangan yang dijual di sini juga adalah merupakan salah satu tarikan pelancong. Dengan harga 'duty free', penggemar-penggemar coklat, barangan hiasan dan keperluan rumah, serta pakaian juga dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding harga biasa.

4 Jun 2014 (Rabu), hari pertama saya dan MH di Pulau Lagenda ini. Setibanya di Airport, En Ridhuan telah menanti untuk menyerahkan kunci kereta sewa (Toyota Vios). Kami dapat contact ni daripada Travel Agency sebenarnya. En Ridhuan ni memang punctual orangnya. Senang berurusan dengan beliau. Kereta sewa yang diberikan juga dalam keadaan yang baik. Sekiranya anda memerlukan kereta sewa, bolehlah contact beliau di talian 017-4225489 (En Ridhuan, Teluk Yu Holidays Sdn Bhd). Kadar sewaan RM170 sehari memandangkan sekarang ini musim cuti sekolah, mahal sikit lah ye.

Destinasi pertama kami sudah tentulah Kereta Kabel yang terletak di Gunung Mat Chincang. Tapi sebelum ke sana, perut perlu diisi dulu. Kami singgah makan di restoran tepi jalan sahaja berhampiran Padang Mat Sirat. MH pekena laksa kaw, saya pula memilih bihun sup utara. Rasanya boleh tahan, tapi kami masih mencari-cari laksa yang betul-betul kaw, citarasa UTARA!

Setelah perut diisi, kami memulakan perjalanan menuju ke Gunung Mat Chincang untuk menaiki Kereta Kabel a.k.a SkyCab/Cable Car. Untuk ke sana, anda boleh mengikut sign board 'Oriental Village'. Kami tiba di sana jam 12.50 pm. Hujan renyai-renyai tidak menghalang untuk kami meneruskan hasrat naik ke puncak gunung!. Harga tiket adalah RM30 untuk dewasa, namun bagi yang memiliki MyKad, hanya perlu membayar RM15 seorang.

'Rezeki' kami, elok je nak naik tu, hujan dah mula turun. Mungkin sebab tu jugak lah tak ramai yang nak naik ke atas. Apa-apa pun, layankan jugak sebab tentatif untuk 3 hari ni dah penuh. Hehehe..


Tak banyak gambar yang dapat di ambil memandangkan pemandangan agak terhad (dah ditutup dengan kabus yang sangat tebal). Tengok belakang saya tu, putih je.. sejuk sangat. Saya dan MH tak lama di situ, tidak sampai dua jam rasanya. 

Alhamdulillah, masa turun tu, hujan dah berhenti.. Dapat juga lah melihat-lihat pemandangan yang sangat cantik. Subhanallah!! Dari atas ni nampak Telaga Tujuh, hutan-hutan yang masih tebal, dan juga Jambatan Gantung (kami tak berpeluang naik Jambatan Gantung sebab dalam proses penambahbaikan).

Sesampainya di bawah, kami bersiar-siar di kawasan sekitar. Banyak juga cenderahati d jual di sini, tapi bila tengok harga, sendiri mau ingat lah. Agak mahal!. Saya belum bercadang untuk membeli apa-apa cenderahati pada hari pertama (aktiviti membeli belah ada dalam tentatif - hari kedua).

Dah penat berjalan, saya mengajak MH check in. Kami telah booking Landcons Hotel yang terletak di Pantai Chenang. Jarak antara Oriental Village ke Pantai Chenang hanyalah lebih kurang 15 minit sahaja. 

Petang itu, kami tidak ke mana-mana, hanya rehat di hotel dan menyemak semula aktiviti yang bakal dilakukan pada keesokkan hari..

**********

Pada sebelah malam, kami keluar untuk makan malam. Suasana malam di Pantai Chenang agak happening! Kami memilih untuk berjalan kaki sahaja sambil menghayati keindahan malam.. :)

Sambil meronda-ronda, kami juga survey pakej untuk Island Hopping (tentatif hari kedua). Semua travel agensi menawarkan pakej 3 pulau iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan juga Pulau Dayang Bunting. Harga pula dalam lingkungan RM30-35 seorang. Menarik juga ni.

Selain itu, terdapat juga pakej Mangrove Tour/Sightseeing, Snoorkeling, Diving, Fishing Trip, Jet Ski, dan pelbagai lagi lah dengan harga yang sangat competetive.. Setelah berbincang dengan MH, akhirnya kami memilih untuk aktiviti MANGROVE SIGHTSEEING. Kami memilih De Baron Holidays sebagai tour guide kami. Harga yang ditawarkan adalah RM90 seorang (jam 9.30 - 3.30). 

*************

Dah puas meronda-ronda, akhirnya kami memilih untuk makan di Restoran Ikan Bakar Langguna. Saya memilih Sup Ayam Tomyam + Jus Tembikai, MH pula Sup Sotong Tomyam bersama nasi putih + Jus Oren. Hidangan boleh tahan sedap, namun harga bagi saya agak mahal. 

Perut dah kenyang, masa untuk berehat. Dapatkan rehat secukupnya untuk aktiviti esok> MANGROVE SIGHTSEEING! Nantikan entri saya yang seterusnya!


Perbelanjaan Hari Pertama:
1. Petrol : RM30.00
2. Makan Tengahari : RM9.00
3. Kereta Kabel : RM15x2 = RM30.00
4. Makan Malam : RM25.00
5. Mangrove Sightseeing : RM90 x 2 = RM180
6. Barang runcit : RM13.50

JUMLAH: RM287.50

----------------------------------------------

Entri seterusnya: 
1. Mangrove Sightseeing

0 comments: