Sunday, March 31, 2013

Tiada sebab untuk kita tidak bersyukur.. Alhamdulillah!

Posted by annazanariah at 3/31/2013 01:04:00 AM 0 comments


Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..

Bernafas. Berjalan. Makan. Minum. Tidur. Melihat. Mendengar. Merasa. Menyentuh. Menghidu. Bercakap. Ketawa. Menangis... Subhanallah... Banyak sangat nikmat yang Allah bagi kepada kita, sampaikan tidak terhitung banyaknya. Tiada sebab untuk kita tidak bersyukur. Janji Allah, jika kita bersyukur dengan nikmatNya, maka Allah akan tambahkan lagi. Itu satu KEPASTIAN... Allah Maha Pemurah..

Zat Allah adalah Agung. Jika kita mendekatkan diri denganNya tidak akan menambahkan kehebatanNya, dan jika kita menjauhkan diri dengan Allah (nauzubillah) tidak akan mengurangkan sifatnya.. Ini kerana Allah sendiri adalah MAHA HEBAT!.. Mengatasi segalanya.

Kenal Erti Syukur

Percaya atau tidak, dengan bersyukur hati akan menjadi tenang, jiwa akan menjadi tenteram. Ucapkanlah kesyukuran tanpa lelah kepada Allah. Berdoa bersungguh-sungguh kepadaNya kerana Dia menyukai hamba-hambaNya merintih dan mengadu kepadaNya. Kembali kepada fitrah dengan beribadah dan berdoa. 




Melakukan suruhanNya bukan semata-mata kerana takutkan azabnya, tetapi sebagai tanda TERIMA KASIH di atas setiap kurniaanNya kepada alam semesta, termasuklah kita. Tidak salah jika kita mengharapkan pembalasan nikmatnya, kerana itu adalah JANJINYA.. PASTI! Tapi, jika kita melakukan suruhanNya sebagai tanda TERIMA KASIH, bukankah lebih tinggi nilaiannya... :)

Fitrah dari mana kita datang dan ke mana kita akan kembali itu akan menyedarkan kita, fitrah asal yang sudah sedia ada pada manusia cuma kadang kala terlupa dan alpa. Bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun sedikit. Orang lain tidak semestinya bertuah dapat apa yang kita ada. Kebijaksanaan, kebahagiaan, ilmu, harta, tidak semua orang ada. Walaupun kita ada sedikit cuma, hargailah sepenuhnya sebelum kita tiada apa-apa nanti. Tapi cuba juga untuk mempertingkatkan lagi apa yang kita ada... Ini pun satu nilai yang memerlukan jati diri yang tinggi serta keazaman yang hakiki.

Teringat sepotong ayat kata-kata motivasi.. "Jangan mengeluh kerana tiada kasut, sebelum melihat insan tiada kaki..". Keluhan akan membawa kepada fikiran yang tidak tenang.. Sering berasa tidak cukup..

Bersyukur... Bersyukur... Bersyukur...

Sunday, March 24, 2013

Anakku Sayang~

Posted by annazanariah at 3/24/2013 01:56:00 PM 3 comments
Hari minggu merupakan waktu terbaik untuk bersama keluarga, melakukan aktiviti kekeluargaan di samping dapat merehatkan diri setelah penat bekerja 5 hari.. Luangkan waktu bersama yang tersayang dengan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan..

Mengimbau kembali zaman kanak-kanak.. sekitar 20 tahun lepas..

Saya tidaklah dilahirkan di dalam keluarga yang mewah, yang serba ada.. tetapi saya akui nilai kasih sayang yang dicurahkan oleh keluarga terutamanya ibu bapa saya banyak mencorakkan diri saya sekarang. Saya tidak diajar bagaimana menjadi orang kaya, tetapi saya diajar bagaimana untuk berusaha supaya terus berjaya. Saya tidak dimarah jika gagal dalam subjek peperiksaan, tetapi saya dimarah jika malas untuk mengulangkaji atau belajar dari kesalahan. Itulah peranan ibu bapa saya yang saya sangat kagumi..

Dewasa ini, saya selalu terfikir, bagaimana ibu bapa mengharungi dugaan dan cabaran dalam membesarkan, mendidik dan membimbing anak-anak mereka. Saya 'tabik' kepada ibu bapa yang berjaya membentuk anak mereka menjadi insan kamil sedangkan mereka sibuk bekerja. 




Anak-anak adalah anugerah dari Allah. Janganlah merungut jika anak nakal, janganlah marah jika anak tidak menjadi seperti yang kita harapkan, sebaliknya muhasabah diri... Allah telah memilih kita untuk melalui ujian. Bukan manusia, tetapi ALLAH. Pilihan Allah adalah pilihan yang terbaik..

Saya seringkali sedih bila mendengar ada rakan-rakan yang sering merungut kerana kepenatan menjaga anak, geram bila anak nakal, marah bila anak tidak mahu mengikut setiap kata ibu ayah.. Saya berpesan sekeras-kerasnya di dalam hati, anak kecil masih dalam proses belajar. Ajarkan mereka apa yang salah, apa yang betul. Terangkan kepada mereka proses-proses kehidupan, bukan merungut dan kesal dengan kelakuan anak-anak..

Ya, saya berkecil hati bila ada yang menempelak, "kau takpelah, belum ada anak.. nanti dah ada anak, tahulah..." Rezeki ditangan Allah, namun saya akui saya sendiri belum 100% menjemput rezeki itu daripadaNya. Setiap pasangan inginkan anak. Setiap ibu bapa inginkan anak yang sempurna supaya menjadi kebanggaan. Allah juga sudah menyatakan tentang janjiNya:

Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya.. (Al-Imran 3:37)

Jadi, kita yang memilih, untuk bahagia atau sebaliknya.. Syukur dengan rezeki yang dilimpahkanNya.. Rezeki masing-masing tidak sama atas usaha dan keyakinan kita kepada pemberianNya.. namun jangan ada sedetik pun tidak bersyukur.. Tidak terhitung banyaknya rahmat yang diberikan Allah..

Jom semak KPI diri.. Adakah kita layak digelar ibu bapa mithali, sebelum menyalahkan anak-anak sebagai anak tidak mendengar kata!



Bahagia membahagiakan... Tetap tersenyum~~ (^_^)





Tuesday, March 19, 2013

Training: Succession Planning

Posted by annazanariah at 3/19/2013 11:35:00 PM 1 comments
Lama saya tidak update blog tersayang ni.. Kekangan masa dan kemalasan sama banyak.. 

Malam ni sambil menonton TV, saya ambil peluang untuk update sikit.

Actually saya telah menghadiri dua hari Training on Succession Planning anjuran MIHRM pada 18 & 19 Mac 2013. Lokasi strategiknya adalah Armada Hotel. Saya tak sure berapa 'star', tapi facilities memang patut dipuji. Bilik Conference yg selesa, makanan sedap, layanan yang mesra dan banyak lagi.. Trainer juga best.. Dr Balan Dass..




Sedikit perkongsian tentang succession planning. Saya yakin, banyak syarikat atau organisasi telah mengambil berat tentang SP ni. Namun bagi Agrobank, inisiatif ini baru bermula pada pengakhiran tahun 2011 setelah menyedari betapa pentingnya SP terhadap organisasi.

Untuk memastikan proses SP ni berjalan lancar, organisasi perlulah menyediakan keperluan yang seiring dengan proses ni. Pelaburan juga agak 'besar'.

SP ni penting untuk memastikan operasi syarikat atau organisasi berjalan lancar sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada 'key position'. SP bukanlah sekadar perancangan penggantian, tetapi perancangan startegik bagi 'key position' yang mana proses ini perlu dilaksanakan secara berterusan tanpa gagal.

Anda boleh rujuk beberapa laman web bagi mengetahui apakah SP yang sebenarnya. Tapi percayalah, kalau kita faham tentang SP ni, memang seronok. 


Berdiri dari kiri: Mr Ho (Proton), Dr Balan (MIHRM), Mr Venka (MIHRM), Mr Zamri (Aviation College)
Duduk dari kiri: Ms Zuhaili (PuncakNiaga), Pn Zanariah (Agrobank), Mdm Melissa (Proton)

Terima kasih Allah kerana Engkau meletakkan aku pada tempat yang Engkau tahu terbaik bagi diriku. Namun, Engkau bantulah aku untuk menghadapi cabaran dan dugaan dengan tabah dan cekal. Amin..


 

! Blue Crystal ! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal