Monday, January 28, 2013

3H2M Melaka: Menara Taming Sari

Hari Kedua (25 Jan 2013-Jumaat) di Melaka, sebuah bandaraya yang cantik dan penuh dengan sejarahnya. Tidak sabar lagi untuk meneroka Melaka!

Entri semalam menceritakan tentang kecantikan Best Western, tapi entri kali ni saya akan berkongsi tentang MELAKA. Macam biasa, sebelum memulakan perjalanan, sarapan pagi adalah satu kemestian. Lagipun memang telah disediakan secara percuma oleh pihak hotel. Menunya adalah terdiri dari 'wide selection of Asian and Continental Cuisine'.. Macam-macam ada, yang pastinya sedap. Antara hidangan yang saya ambil adalah Nasi Lemak with Rendang Ayam, Baked Bread Pudding, Yogurt, Black Coffee, dan buah-buahan. 

Selesai menikmati sarapan, kami mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan pada waktu pagi pula.. Entri sebelum ni ada saya ceritakan tentang pemandangan indah pada waktu malam. Rupanya pemandangan pada waktu pagi juga tidak kalah. Subhanallah, cantik.. Dengan aliran sungai yang tenang, angin bertiup nyaman, lanskap yang menarik dan juga menumen-monumen sejarah yang disediakan khas untuk maklumat pengunjung.


Setelah puas bersiar-siar, kami kembali ke bilik untuk merancang perjalanan pada hari kedua kami di Melaka. Banyak juga tempat yang pernah saya lawati, namun kali ini saya ditemani suami tercinta. Pasti akan memberikan suatu kenangan yang terindah..

*****

Jam menunjukkan pukul 3 petang. Kami memulakan destinasi pertama pada hari ini dengan mengunjungi Klebang Original Cocunut Shake memndangkan cuaca pun agak panas. Ini merupakan hari kedua kami menikmati Cocunut Shake yang begitu sedap. Harga pun berbaloi. Pengunjung boleh memilih samada ingin menikmati coconut shake di dalam restoran ataupun membungkus. Bagi pengunjung yang ingin membungkus, warung kecil tepi jalan memang disediakan khas untuk tujuan tersebut. Bagi yang ingin lepak santai, bolehlah terus masuk ke dalam, di mana restoran tersebut beroperasi bersebelahan dengan rumah owner Klebang Original Cocunut Shake. Senang nak cari, kerana lokasinya di tepi jalan, bersebelahan dengan Stesen Minyak Caltex.


Coconut Shake telah berada ditangan, destinasi seterusnya mengisi perut. Kami hanya singgah di gerai tepi jalan sekitar Pantai Klebang. Kali terakhir saya datang ke sini adalah tiga atau empat tahun lepas. Keadaan sangat berbeza. Dulu, sambil makan di sini dapat menghirup udara dari laut. Tapi kini, laut pun sudah tidak kelihatan. Yang nampak hanyalah tanah yang telah ditambak bagi tujuan pembinaan dan pembangunan.

Usai makan tengahari, kami bergerak ke Banda Hilir di mana ianya menjadi lokasi utama bagi pengunjung dari dalam mahupun luar negara. Disebabkan cuaca yang begitu panas, kami membuat keputusna untuk berlegar-legar dahulu di dalam Dataran Pahlawan. Sambil-sambil tu sempat juga saya membeli cenderahati sebagai kenangan.

Puas sudah berjalan di dalam Dataran Pahlawan, kami menuju pula ke Menara Taming Sari. Walaupun banyak kali berniat untuk naik ke atas sana, namun baru kali ini hajat tercapai. Memandangkan Jumaat masih hari bekerja, jadi tidak perlu beratur panjang untuk membeli tiket dan menaiki menara.

Harga tiket adalah RM10 bagi dewasa yang memiliki MyCard. Tempoh berada di dalam menara ini adalah lebih kurang 7 minit sahaja. Alhamdulillah, rezeki kami dapat melihat suasana peralihan siang ke malam. pada waktu itu jam menunjukkan pukul 7.15pm. Cantik dan indah panorama sekitar Melaka jika dilihat dari atas. 


Sesampainya kami di platform menara, hari dah beransur malam. Destinasi seterusnya adalah Jonker Street. Tempat ni adalahpertama kali untuk saya dan hubby jejak. Apa agaknya yang ada di sana?


Agak susah nak dapatkan parking memandangkan Jonker Street juga adalah salah satu tarikan pelancong. Majoriti penjual di sini adalah berketurunan Cina. Suasana tidak ubah seperti di Petaling Street, cuma apa yang membezakannya adalah produk yang dijual. Kebanyakannya adalah cenderahati yang membawa ciri dan identiti Melaka.

Hampir dua jam kami di sini, kaki pun dah letih, badan pun dah penat. Masa untuk berehat dan kumpul tenaga untuk berjalan esok pula.

Ke mana destinasi kami esok? Baca next entri.. InsyaAllah~

Pen Off, Selamat Malam semua.. :)




0 comments: