Friday, September 14, 2012

Ramai yang ambil berat

Baru-baru ini (sabtu lepas), saya dan suami mendapat jemputan menghadiri Jamuan Rumah Terbuka. Saya isytiharkan hari ‘Dapur Tak Berasap’ kepada suami. Dia hanya tersenyum. Mana tidaknya, kami mendapat jemputan daripada 3 orang rakan. Seorang di Saujana Putra, seorang di Jenaris dan seorang di Sentul. Rakan-rakan saya adalah rakan suami, begitu juga rakan-rakan suami, saya akan anggap sebagai rakan-rakan saya juga. Kenapa perlu berkira kan?


Bila dah berkumpul, timbullah pelbagai cerita untuk dibualkan. Tak kurang juga usikan-usikan nakal dari rakan-rakan kepada pengantin baru.. Namun apa yang saya tertarik untuk berkongsi adalah ‘ramai golongan yang ambil berat’ di sekeliling kita. Untunglah ada yang ambil berat dan sayang kepada diri kita.. Iya kan?

Dalam bercerita, ada jugalah timbul isu ‘bila nak kahwin?’ kepada rakan yang masih bujang (maaf andai ada yang tidak senang dengan coretan ini). Wanita sekarang tidak mahu kalah dalam mengejar kejayaan dan kebahagiaan hidup. Cita-cita dan perancangan hidup dirancang dengan sebaiknya, namun masih belum dapat rezeki untuk mendirikan rumah tangga. Seperti biasa, orang yang paling mengambil berat adalah orang luar. Ahli keluarganya sedikit pun tidak bising. Tapi makcik-makcik, jiran tetangga, sepupu, rakan-rakan yang tak penat keluarkan soalan cepu emas.. Menakjubkan bukan?

Memang sakit hati, saya sendiri pernah melaluinya. Bila balik ke kampung, soalan cepu emas itu juga yang ditanya. Namun saya sudah biasa, senyum dan berlagak selamba. Ingin menjawab takut ada yang tersinggung terutamanya jiran-jiran yang ‘muda’ sebaya ibu saya. =)

Memang tidak disangkal, ada segelintir masyarakat kita ni gemar ‘ambil berat’. Baguslah ambil berat, tetapi kalau pertanyaan tersebut tidak disenangi, membuatkan empunya diri tidak selesa tak syok juga! Kalau boleh terima, OK lah (walau kadang-kadang geram juga). Contoh soalan cepu emas yang biasa kita dengar:-
  1. Kelau belum kahwin – bila nak kahwin?
  2. Kalau sudah bertunang – bila nak langsung?
  3. Kalau sudah berkahwin – bila nak dapat anak?
  4. Dah dapat anak – bila pulak nak tambah?
  5. Bila anak dah berderat cukup sepasukan bola sepak – Mak aih.. ramainya anak..
Begitulah betapa ambil beratnya masyarakat kita. Teringat lagi kenangan waktu majlis persandingan saya dengan suami beberapa bulan lepas. Kami merancang untuk tidak bersanding, namun diadakan juga mini pelamin (itupun last minit kat serambi rumah arwah nenek- atas sebab tertentu, adakan juga). Bila tetamu yg datang tak nampak bersanding, adalah bisik-bisik kedengaran, tak bersanding ke pengantin ni? Bilik pengantin juga dilawati mereka. Maklumlah nak kira berapa dulang hantaran, berjenamakah, tanyakan berapa ribu hantaran.. Bagaimana saya ingin memilih untuk tidak menjawab, sedangkan yang bertanya adalah kaum keluarga. Jadinya asal seorang tahu, sekampung malah semukim akan tahu. Itulah menunjukkan betapa masyarakat kita ‘mengambil berat’…


Semasa menjadi raja sehari

Perihal barang hantaran juga tidak terlepas dari menjadi bahan bualan. Saya dan suami memilih barangan mengikut keperluan dan kemampuan sahaja. Alhamdulillah, ada yang turut menyumbang juadah/ manisan sebagai hantaran kepada bakal suami ketika itu.

Apa nasihat yang boleh saya sampaikan, biarlah majlis mengikut syariat bukan mengikut adat secara total. Ikutlah kemampuan bukan untuk berbangga-bangga. Yang nak tanggung siapa? Pasangan yang berkahwin itu juga.

Ayah juga berpesan, tak perlulah nak nampak cantik lah, hadiah macam-macam (doorgift), mahal pulak tu. Lebih baik banyakkan perbelanjaan untuk menjamu tetamu dengan hidangan yang mencukupi dan pastinya sedap.. InsyaAllah~

Memadailah majlis sederhana, namun penuh keberkatan. Amin…

Ini hanyalah coretan peribadi. Maaf andai ada terkena dengan individu / pembaca blog ni. Semuanya hanya kebetulan..

4 comments:

Mohamad Fathi said...

lepas ni giliran wa pulak berumah tangga... Huwaa... x sabaq oh.. Akhz!

annazanariah said...

Tahniah bro crew fathi.. :)

annazanariah said...

Tahniah bro crew fathi.. :)

::Misz sunsWeetz:: said...

ehmm sokong sgt2 entry nie hehe=p