Baru-baru ini (sabtu lepas), saya dan suami mendapat
jemputan menghadiri Jamuan Rumah Terbuka. Saya isytiharkan hari ‘Dapur Tak
Berasap’ kepada suami. Dia hanya tersenyum. Mana tidaknya, kami mendapat
jemputan daripada 3 orang rakan. Seorang di Saujana Putra, seorang di Jenaris
dan seorang di Sentul. Rakan-rakan saya adalah rakan suami, begitu juga
rakan-rakan suami, saya akan anggap sebagai rakan-rakan saya juga. Kenapa perlu
berkira kan?
Bila dah berkumpul, timbullah pelbagai cerita untuk
dibualkan. Tak kurang juga usikan-usikan nakal dari rakan-rakan kepada
pengantin baru.. Namun apa yang saya tertarik untuk berkongsi adalah ‘ramai golongan
yang ambil berat’ di sekeliling kita. Untunglah ada yang ambil berat dan sayang
kepada diri kita.. Iya kan?
Dalam bercerita, ada jugalah timbul isu ‘bila nak kahwin?’
kepada rakan yang masih bujang (maaf andai ada yang tidak senang dengan coretan
ini). Wanita sekarang tidak mahu kalah dalam mengejar kejayaan dan kebahagiaan
hidup. Cita-cita dan perancangan hidup dirancang dengan sebaiknya, namun masih
belum dapat rezeki untuk mendirikan rumah tangga. Seperti biasa, orang yang
paling mengambil berat adalah orang luar. Ahli keluarganya sedikit pun tidak
bising. Tapi makcik-makcik, jiran tetangga, sepupu, rakan-rakan yang tak penat
keluarkan soalan cepu emas.. Menakjubkan bukan?
Memang sakit hati, saya sendiri pernah melaluinya. Bila
balik ke kampung, soalan cepu emas itu juga yang ditanya. Namun saya sudah
biasa, senyum dan berlagak selamba. Ingin menjawab takut ada yang tersinggung
terutamanya jiran-jiran yang ‘muda’ sebaya ibu saya. =)
Memang tidak disangkal, ada segelintir masyarakat kita ni
gemar ‘ambil berat’. Baguslah ambil berat, tetapi kalau pertanyaan tersebut
tidak disenangi, membuatkan empunya diri tidak selesa tak syok juga! Kalau
boleh terima, OK lah (walau kadang-kadang geram juga). Contoh soalan cepu emas
yang biasa kita dengar:-
- Kelau belum kahwin – bila nak kahwin?
- Kalau sudah bertunang – bila nak langsung?
- Kalau sudah berkahwin – bila nak dapat anak?
- Dah dapat anak – bila pulak nak tambah?
- Bila anak dah berderat cukup sepasukan bola sepak – Mak aih.. ramainya anak..
Begitulah betapa ambil beratnya masyarakat kita. Teringat
lagi kenangan waktu majlis persandingan saya dengan suami beberapa bulan lepas.
Kami merancang untuk tidak bersanding, namun diadakan juga mini pelamin (itupun
last minit kat serambi rumah arwah nenek- atas sebab tertentu, adakan juga).
Bila tetamu yg datang tak nampak bersanding, adalah bisik-bisik kedengaran, tak
bersanding ke pengantin ni? Bilik pengantin juga dilawati mereka. Maklumlah nak
kira berapa dulang hantaran, berjenamakah, tanyakan berapa ribu hantaran..
Bagaimana saya ingin memilih untuk tidak menjawab, sedangkan yang bertanya
adalah kaum keluarga. Jadinya asal seorang tahu, sekampung malah semukim akan
tahu. Itulah menunjukkan betapa masyarakat kita ‘mengambil berat’…
Semasa menjadi raja sehari
Perihal barang hantaran juga tidak terlepas dari menjadi
bahan bualan. Saya dan suami memilih barangan mengikut keperluan dan kemampuan
sahaja. Alhamdulillah, ada yang turut menyumbang juadah/ manisan sebagai
hantaran kepada bakal suami ketika itu.
Apa nasihat yang boleh saya sampaikan, biarlah majlis
mengikut syariat bukan mengikut adat secara total. Ikutlah kemampuan bukan
untuk berbangga-bangga. Yang nak tanggung siapa? Pasangan yang berkahwin itu
juga.
Ayah juga berpesan, tak perlulah nak nampak cantik lah,
hadiah macam-macam (doorgift), mahal pulak tu. Lebih baik banyakkan
perbelanjaan untuk menjamu tetamu dengan hidangan yang mencukupi dan pastinya
sedap.. InsyaAllah~
Memadailah majlis sederhana, namun penuh keberkatan. Amin…
Ini hanyalah coretan peribadi. Maaf andai ada terkena dengan individu / pembaca blog ni. Semuanya hanya kebetulan..
4 comments:
lepas ni giliran wa pulak berumah tangga... Huwaa... x sabaq oh.. Akhz!
Tahniah bro crew fathi.. :)
Tahniah bro crew fathi.. :)
ehmm sokong sgt2 entry nie hehe=p
Post a Comment