Assalamualaikum.. Selamat pagi..
Boring jugak bersantai je di rumah weekdays ni.. heheh.. sukacita dimaklumkan Anna dah mula bercuti.. Menghitung hari bahagia.. *senyum-senyum sorang2*
Sambil tengok TV, jom la layan baca info ni. Saling memperingati itu kan bagus.. =)
******************************************
Kepada semua WANITA, jauhi larangan-larangan di bawah ok,,,
1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan (bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama Muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami bernikah lagi
Ha... mungkin ada di antara 30 perkara ni kita anggap remeh, tepuk dada tanya IMAN. Tapi ingat, ni hanya secebis perkara yang perlu dijauhi, banyak lagi yg perlu diketahui. Rajin2lah membaca dan mengikuti majlis ilmu..
Anna sendiri pun dah lama tak ke majlis ilmu. Semoga dengan kedatangan my 'new life', Anna lebih mendekatkan diri dengan Pencipta.. (Tak baik kan bertangguh utk buat baik.. huhu).. Jom kita berazam bersama.. InsyaAllah~~
1 comments:
cumil.. dah selamat kawen dah pun.. Congratz sis
Post a Comment