Thursday, May 05, 2011

Wanita | Kerana Dirimu Begitu Berharga

Salam ceria buat semua..

Tak mau sedih2 ok.. Memandangkan entri semalam agak menyentuh emosi, so pagi ni Anna nak berkongsi sedikit pendapat tentang WANITA. Semua ni hanya pendapat peribadi, so sebarang komen amat dialu2kan..





Wanita sinonim dengan apa? Bunga? Matahari? Emas? Awan? Apa sahaja definisi perempuan atau wanita tentu ada sebabnya. Betul tak? OK lah, ambil satu contoh. Ada yang mengatakan wanita itu ibarat bunga. Cantik dan wangi. Semakin matang, semakin berkembang mekar... Cantik kan? Sesetengah bunga berduri, wangi dan mempunyai warna yang menarik. So, gurls... Anda mewakili bunga apa? Cepat fikir..

Kalau Anna suruh pilih antara bunga mawar atau tahi ayam, yang mana u all pilih untuk mewakili diri u all? Apa reasonnya? OK, yg ni Anna tak nak jawab.. Masin-masing ada jawapannya yang tersendiri.. =)


CANTIK... Apa definisi cantiknya wanita? Kecantikan itu satu perkara yang SUBJEKTIF. Ianya terletak pada mata yang memandang, namun jangan dilupa, kecantikan dalaman (akhlak) akan menjadikan sesorang itu bertambah cantik. Contohnya, pada pandangan mata Anna, Lisa Surihani tu cantik, tapi tidak semua orang cakap Lisa Surihani tu cantik.. hehehe.. Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza, penilaian yang berbeza. So, dari mana pulak datangnya pandangan tentang wanita itu cantik?

Peribadi?

Percakapan dan pergaulan?

Penampilan?

Penguasaan ilmu?

Wajah yang bersih dari jerawat?

Dahi licin?

Kulit kemerah-merahan?


Atau memang parents dia namakan dirinya CANTIK Binti ____. Hehehehe.. Bagi Anna, kecantikan wanita ni terletak pada cara mereka membawa diri samada di kalangan teman-teman rapat atau di khalayak ramai. Termasuklah cara bercakap, cara bergurau, cara bertegur sapa, cara senyum, cara gelak dan cara memberi pendapat. 



Setiap wanita adalah cantik sekiranya dia boleh menerima diri sendiri. Tidak berpura-pura semata-mata mahu menarik perhatian orang lain. Pernah dengar ---> "Ala, muka I ada jerawat lah.. Runsing ni dah tak cantek!" Padahal jerawat secalit je, tu pun celah tepi hidung. Tak perasan pun. Ngeee... Jadilah wanita yang menerima diri sendiri, tapi dalam masa yang sama berusaha untuk memperbaiki penampilan demi meningkatkan keyakinan diri. 

Menerima keadaan diri sendiri dan juga menjaga pembawakan diri (persona) penting untuk disenangi oleh orang disekeliling. Perlu kesesuaian cara membawa diri samaada: bersama rakan, di tempat awam, bersama keluarga, bersama orang yang lebih tua, bersama majikan dan sebagainya.....

Mmm.. dah panjang lak berceloteh. Dah la tak reti nak mengarang ayat. Takpe, asah lagi pasni.. hehe.. Hope U all sudi baca dan respon la ea..



p/s: saya rasa saya cantik sebab saya sayang diri saya.. Duh! Confident you~~ Hihi.. Syukur.. Allah dah jadikan kita semua cantik.. ^____^  









6 comments:

Abu Zafran said...

yup..btoi tu...sangat berharga...hargailah dirimu wahai nwanita

jom join
Segmen " Ucapan Buat Ibu Tercinta"

annazanariah said...

@ Chegu Zubir--- Tq~ =)

Kasih Suci - Mama Damia said...

suke dgn topik ini...saya setuju...setiap makhluk yang diciptakan Allah semuanya cantik dan sempurna...cuma bagaimana seseorang individu itu untuk membentuk diri masing2 dengan akhlak yang baik serta disulamkan dengan nilai2 murni..barulah cantik bukan sekadar luaran tp juga cantik dari sudut dalaman...

annazanariah said...

@kasih suci--- ye.. betul3.. cantik luaran sahaja tak cukup tanpa cantik dalaman (akhlak), tapi kalau dalaman cantik, insyaAllah keseluruhan akan cantik... =)

lissaliyya said...

pembawakan/ cara mengawal diri samada bersama rakan, di khalayak ramai amat penting.... sekiranya ingin mjadi spontaneous person, jgnlah smpai melakukan sesuatu yg mjatuhkan air muka sendiri & mereka yg bersama anda pada wktu itu.... kerana kita berada di kalangan teman2 yg blainan cara, pemikiran, persepsi etc...

annazanariah said...

@lissaliyya--- totally agree with u.. kadang2 kalau diri sendiri tak terasa malu (sorry to say) org di sekeliling pulak yg rasa malu.. ingatan untuk diri sendiri jugak ni sebenarnye.. ngeee~~~