Sunday, February 13, 2011

Seminar Sehari Bersama Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah | Alhamdulillah Berjalan Lancar...

Assalamualaikum dan salam perpaduan~

Dah lama Anna tak update blog. Hampir seminggu. Seminggu yang lepas Anna and team bz dengan pengurusan Seminar Sehari Bersama Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Seminar ni berlangsung pada 12 Februari 2011 yang bertempat di Dewan Sri Alam, Kolej Tun Fatimah, UTM. 

Kalau nak tau details, boleh klik SINI, sebab b4 ni Anna dah share tentang serba sedikit info seminar ni...


Ni antara AJK yang terlibat. Last touch up before hari Seminar. Penat tapi best sebab teruja nak tunggu keesokkan harinya nak jumpa Dato'... 



Rasa bertuah sangat dapat makan semeja dengan Dato'



 Dapat banyak tip yang berguna sepanjang seminar ni.. "Dunia ini tidak sempurna tanpa anda!!" Jadi bagaimana anda memberi sumbangan kepada dunia? Transformmmm!!... Begitu bersemangat Dato' menyampaikan seminar beliau...


Kenapa Anna cakap seminar ni lain daripada yang lain? Sebabnya pengisian yang Dato' sampaikan adalah daripada hasil kajian yang dilakukannya sendiri yang mengambil masa beberapa tahun untuk mengesahkan kesahihan dan ketepatan. Penyampaian yang bersahaja namun penuh bersemangat memberikan kami semua satu perasaan 'terpukau' dan tidak sedar masa berlalu dengan begitu pantas!




Setelah mengenali diri, lakukan transformasi. Memang bukan senang, tapi kesungguhan dalam menjaga elemen penting dalam diri akan membantu kita mencapai apa yang kita inginkan dalam hidup. "Orang yang hatinya kotor, tidak mungkin menjadi orang yang terbilang...".. Itu antara isi kandungan seminar yang mana menceritakan peranan hati, minda, akal dan tindakan yang sesuai untuk diamalkan bagi menjadikan diri TERBILANG bukan TENGGELAM!!!..





"Barangsiapa yang tidak berterima kasih sesama manusia, sebenarnya tidak tahu bersyukur kepada Tuhan. " (H.R Tirmidzi)... Terima kasih kawan kerana sudi berkawan dengan Anna.. (My classmate @ office mate: Anis)..


Semoga ada rezeki untuk berjumpa Dato' lagi di lain masa. =)

3 comments:

.:QiLaH:. said...

best nyer!!!
rugi x dpt join...

Anonymous said...

saya punminat dgn dato fadzilah..bile dgr dia bercakap...mmg bersahaja dan menusuk ke minda dan kalbu isi penyampaiannya
by the way..salam kenal ye..jemputla ke blog..sejuk mata saya baca isi2 dlm blog awk ni

annazanariah said...

@Qilah--- best sgt... takpe, ada rezeki next time leh la join ye... =)

@Cery--- betul, dari saya kecik lagi dah minat dgn DMFK ni.. mmg teruja sgt dapat jumpa dan borak2 live dgn beliau... thanks sudi baca blog saya.. =)