Thursday, February 03, 2011

Khurafat... Apa kata anda??




Khurafat adalah salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam.Amalan khurafat mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan.

Amalan khurafat yang telah berlaku sejak zaman jahiliyyah sehinggalah kini. Pada zaman Jahiliyah, mereka yang hendak bermusafir akan melepaskan seekor burung. Apabila burung itu terbang ke atas atau ke kanan, maka ia akan membawa alamat baik,tetapi jika ia terbang ke kiri atau ke bawah, maka mereka akan menangguhkan pemergian, kerana di takuti bala akan turun. Pada zaman kita ini, ada juga bermacam khurafat antara amalan memuja dan meminta sesuatu dari kuburan atau keramat (amalan ini berlaku dengan hebatnya di sebuah pulau di Melaka), percaya kepada batu, kayu, tangkal dan sebagainya jika digunakan akan mendatangkan sesuatu yang baik dan menghindarkan yang buruk dan banyak lagi contoh yang telah dinyatakan sebelum ini dalam banyak penulisan,ceramah dan sebagainya.

Kita, sebagai seorang Muslim yang sentiasa mengharapkan kebaikan dan berada dalam keredhaan Allah mestilah menjauhi perkara-perkara khurafat, kerana amalan khurafat adalah syirik dan merosakkan iman serta dosanya tidak diampunkan. . Firman Allah yang bermaksud :

...Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya) dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar... Al-Nisa 48.


Anna pasti ramai antara U all yang dah ke panggung untuk menonton filem Khurafat arahan Syamsul Yusof. So, apa pendapat U all? Anna baru berkesempatan menonton bersama adik-adik beberapa hari yang lepas. Pada pendapat Anna usaha saudara Syamsul patut dibanggakan kerana ni adalah filem pertama yang diarahkannya berunsur seram. Elemen pengajaran turut diselitkan dan seram yang dipaparkan tidak keterlaluan. Jelmaan jin juga tidaklah terlalu takut sampaikan nak ter........ hehehhe..Cuma ada part2 yang terkejut terutamanya part b4 van terjun gaung tu. Keseluruhannya Anna bagi 3.5 dari 5 bintang. 


Anna ditemani dua orang 'body guard' yang baik. kehkehkeh.. Adik Anna yang sek rendah ni pun rileks je tengok cite ni sambil makan popcorn. Sedar2 dah habiskan popcorn tu tak bagi kakak n abg dia. hohoho~~~


Bagi U all yang masih belum menonton dan rasa berminat, sila cepat2 ke panggung berdekatan sebab tayangan filem ni dah hampir sebulan, nanti tak sempat pulak....

nota-cinta-Anna: Dengar cite Paranormal Activity 2 lagi takottt.. Hmmm.. Tunggu CD je la.. Anna tak sabar tunggu cite Hikayat Merong Mahawangsa nih... =)

4 comments:

Judiene said...

Hey, thanks for stopping by at my blog.
Kalo rajin singgah la lagi.
Hehehe.

:)

Belalang hijau Perisik said...

paranormal activity 2 belalang dah download...seram?ntah,tengok sendiri la...hehehe

annazanariah said...

@judiene-- insyaAllah, later singgah lagi..

@belalang hijau-- tak seram ke? huhu.. advance dah siap donlod.. nak cari n donlod jgk la.. hehehe..

ninazarina said...

hi anna!

wah dh tgk khurafat yek? dr respon org2 yg dh tgk, mcm best.. tp anna bg 3.5/5 star jek.. x tgk lagi ni, teringin nk tgk kat cinema, tp takut! hahaha...