Tuesday, February 22, 2011

Ekspedisi Gunung Muntahak | Hari Ketiga | 20 Feb 2011


Setelah tido dengan nyenyaknya semalam, tibalah hari terakhir kami berkhemah kat Gunung Muntahak. Aktiviti hari ni merupakan aktiviti yang sepenuhnya dirancang oleh guiders. Pagi ni kami bersarapan roti, biskut lemak, sup Campbell dan sardin. Best tak? best tak? Hehe.. Air ada dua pilihan, mango perisa air terjun atau teh. Hehe.. Sedap tau..

Dah siap sarapan, bermulalah aktiviti merentasi halangan! Ada empat halangan yang telah disediakan oleh guiders kami yang sangatttttt baik hati. Hahaha.. Anna, ain, pae (pengarah program), mira dan aren jadi urusetia jaga setiap check point.


Yang si baju merah Aren ni mmg suka membuli. Habis disuruhnya budak2 ni berjalan itik sambil nyanyi lagu. Dah mula la kuar lagu Geylang si paku gelang, negaraku, dan Barisan telur.. Lumpur kat check point 1st ni memang sangat 'wangi'.. ewww.. hahaha.. Pastu peserta akan ke check point 2nd yang Anna jaga. Kira macam spa la kot.. Nampak adek comel yang terbaring tu? Haa yg tu dah kena buli ngan Anna. kehkeh.. Ampunnn... Tapi diorang sporting habes.. Pastu check point ke-3 spider web. Yang ni camne diorang nak lepaskan diri yang berat ngan lumpur tu dengan melalui tala rafia. Last check point, pembersihan! Masuk sungai, kasi cuci-cuci dan nyanyi dalam air. Pastu melalui halangan dalam sungai sampai la ke tempat perkhemahan.. Best gelakkan diorang.. Tapi.....

Tanpa diketahui, guiders ni kenakan urusetia balik. Disuruhnya peserta2 yang kena buli ni 'buli balik'. Apa lagi, kaw2 punye la.. Yang kena buli balik hanyalah urusetia perempuan and guiders perempuan dua orang. Ceh! Sampai turn diorang (guiders lelaki n urusetia lelaki) nak kena buli leh lak gi menyorok. Hahaha..


Kami hepi and sporting! Ni muka comot2 ala askar berperang dalam lumpur.. Lebih kurang jam 12pm, kami pun mandi-manda, solat and berkemas untuk balik UTM. Make sure tidak tinggal apa2 pun kat camp site. Sampah dibakar secara terkawal dan kebersihan perlu dijaga dengan baik.

Jam 2.00pm - Perjalanan balik sangat memenatkan sebab beg bertambah berat dengan pakaian2 basah. Alhamdulillah, kami sampai di tempat parking lebih kurang jam 3.30. Bas dah sedia menunggu. Sebelum kami semua sampai di UTM, kami singgah untuk mengisi perut di Restoran Nasi Ayam Basher, Kota Tinggi..


Semuanya heaven dapat makan nasi, dengan air sirap ais lagi tu. Sekejap je ho liao!.. Perut dah kenyang, badan dah penat, mata pun ngantuk. Sekejap je bas sunyi sebab masing2 melayan mimpi (kalau sempat mimpi la)..

Finally, kami sampai UTM kul 5.30 pm. Alhamdulillah..

Program ni akhirnya berjaya mengajar peserta memahami erti persahabatan, bantu-membantu, dna mengambil berat tentang rakan-rakan yang lain ketika menghadapi situasi yang sukar. Perkhemahan ni juga melatih peserta berdikari dengan aktiviti yang bercorak sara diri agar menjadi seorang remaja yang berfikiran matang dan pandai membuat keputusan. Diharapkan kepada Pa'e, selaku pengarah program, teruskan usaha sebegini lagi pada masa akan datang.. InsyaAllah... =)

5 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

bestnye naek gunung...mesti mencbr.. =)


yang comel,
khumaera ismail

hoyahadis said...

bila agaknya dapat naek gunung camni..naek bukit dah selalu.
tu pun bukit Kapar kt Klang je..(",)

jom polo me..
dah polo blognie..hu..hu..
-petua dan ubat untuk sakit perut"

zahidah dihaz said...

wah!! bestnya....


New Entry: Keputusan SPM 2010

annazanariah said...

@Khumaera Ismail aka Habibi Hamid-- mencabar dan best! jom la join next time.. hehehe..

@hoyahadis-- kalau ada kesempatan dan peluang, join la.. melihat alam semulajadi ni mmg baik untuk mendidik kita..

@zahidah dihaz-- mmg best sgt... kenangan yg tak dapat dibeli...

Anonymous said...

Anna,,maSe first smpai tu jumpe air terjuN kota tinggi Dulu ke??or Kene laLu Jalan LaiN Nak ke MuntahaK??