Tuesday, February 22, 2011

Ekspedisi Gunung Muntahak | Hari Kedua | 19 Feb 2011

Hari kedua memang hari yang sangat teruja. Hari ni kami akan memanjat Gunung Muntahak. Anna memang berazam untuk sampai ke puncak gunung. InsyaAllah..

Pagi ni kami hanya bersarapan roti dan sardin. Semua diwajibkan makan supaya mendapat bekalan tenaga yang secukupnya. Selepas bersarapan, kami diminta untuk berkumpul pada jam 8.30 pagi untuk taklimat pendakian. Segala pantang larang perlu dipandang serius..



Sebelum mendaki, pendaki perlu melakukan stretching bagi mengelakkan kekejangan otot. Ni merupakan tapak khemah kami. Yang kanvas kat belakang tu tempat kami lepak, makan n solat. Boleh panggil dewan la kot kan.. hehe.. Pendakian bermula jam 9.00 pagi.


Subhanallah.. Cantiknya pemandangan sepanjang pendakian. Dengan air terjun yang sejuk, deras dan jernih. Bunyi deruan air terjun pun dah macam satu alunan muzik yang indah.. Nyaman... Tapi perlu berhati-hati semasa mendaki sebab keadaan yang lembab dan batuan yang licin dan berlumut. Make sure kasut yang dipakai bersesuaian tau. Takut tergelincir. Sepanjang perjalanan juga sentiasa mendaki tepi air terjun, jadinya pantang sampai satu tingkat air terjun, sure nak berendam sekejap. Hehe.. Syiokkk..



Hutan Gunung Muntahak ni boleh la dikatakan masih baru dan masih dalam proses penerokaan, jadinya hutannya masih pure. Kalau u all datang, sure kagum sebab bersih, cantik dan kesan kayu balak tumbang pun belum dialihkan.



Antara cabaran yang dihadapi pendaki adalah seperti rock climbing (ada yang hampir 90 darjah), merentas sungai yang berarus deras dan mengharungi sungai separas pinggang.. Tapi semua tu tak menghalang kami meneruskan perjalanan menuju ke puncak..



Yang ni tak sure air terjun tingkat berapa.. Masing2 puas mandi even dah kesejukkan.. grrrr...



Finally!!! Gunung Muntahak berjaya ditawan. Alhamdulillah.. walaupun pemandangan tidak secantik gunung2 lain kat atas ni tapi kami puas sebab sepanjang pendakian kami dah disajikan dengan pemandangan yang cukup2 indah.. Actually ada satu puncak lagi yang betul2 puncak, tapi kami tidak dibenarkan untuk ke sana sebab belum selamat untuk pendaki. Jabatan Perhutanan masih mengkaji tentang puncak tertinggi tersebut.



Dah sampai, apa lagi... Makanan la.. Huhu. Masing2 dah kepenatan dan kelaparan. Kami hanya makan roti dan sardin.. Best.. Masa ni jam dah menunjukkan kul11.15 am. Kami dinasihatkan untuk turun sebelum jam 12pm. Dikhuatiri hujan dan arus deras yang mungkin membahayakan pendaki..



Ni air terjun tingkat tiga kalau tak salah. Masa ni dah separuh perjalanan turun. Apa lagi, mandi puas2 lah.. Hampir sejam juga kami bermandi-manda di situ. Jam pun dna menunjukkan kul 2.30. Perjalanan turun agak lambat sebab dah jumpa air, masing2 excited, pastu dah basah, berat lak nak jalan laju. kuikuikui... Adeh! masa ni perut dah berkeroncong... =)




Gambar ni pas dah siap2 mandi. Sampai camp site kul3.30. Sambung mandi air terjun kat camp site, pastu solat n rest menunggu makanan. Gambar yang bawah tu hari ketiga (maaf ye sebab tercampur plk). Disebabkan nasi mmg takde, ramai yang mengadu lapar tahap kapal selam. Jadinya guiders kami (Alip n Ayiem) pun gi la kuar dari hutan membeli bihun goreng kat pekan Kota Tinggi. Diorang cakap ni la 1st time camping diorg makan makanan catering. hehehe.. Apa boleh buat..

Malam tu, pas isyak kami menjamu selera dengan BBQ ayam dan sosej, plus milo tarik. Heheh. Pas makan ada sedikit pengisian tentang 'siapakah diri kita yang sebenarnya'.. Ada yang turut mengalirkan air mata...


Selepas tu,lebih kurang jam 10.30 malam, bermulalah aktiviti yang mendebarkan... Solo Night! Anna ingat nak ngelat la taknak jalan sorang2 masuk hutan, tapi last2 jadi urusetia lagi la berdebar. Tunggu kat check point sorang2 setiap check point dalam kegelapan malam. huhu.. Tapi baru je separuh peserta yang masuk, hujan turun lebat. Alhamdulillah, rezeki. Hehe. Aktiviti dihentikan dan masing2 balik khemah dan tido. Huarghhh.. Best!

OK lah, sambung next entri lak untuk hari ke-3.. Daaa...

1 comments:

nilam said...

salam..saya tertarik dengan ekspedisi gunung muntahak ni...tapi saya takde no contact, jika kamu ada boleh beri kepada saya kah..saya pelajar utm juga..ini email saya ..nilam_1401@yahoo.com.my..saya merancang untuk buat kem di sana