Sunday, December 05, 2010

Diam bukan bererti kalah




Bagaimana kita berhadapan dengan suasana tegang atau panas dengan kawan-kawan, jiran-jiran, majikan dan sebagainya? Islam menyukai jika seseorang itu mengambil langkah untuk berdiam. DIAM BUKAN ERTINYA KALAH. Mengalah atau mengelak terjadinya pergaduhan itu lebih baik, walaupun kita dalam keadaan benar.

Allah melarang kita menggunakan kata-kata berunsur menghina atau mengejek kepada orang lain. Misalnya "pengecut" atau "bodoh". Istilah sedemikian boleh membangkitkan kemarahan orang lain. 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah Taala adalah orang yang paling degil dan suka bertelingkah".

Banyak lagi perkara yang kita perlu tahu tentang soal menjaga lidah ini. Menurut Imam al-Ghazali, tanda-tanda lidah yang KOTOR adalah:

1) Berkata-kata yang tidak berfaedah
2) Berlebih-lebihan apabila bercakap
3) Suka bercakap yang batil
4) Banyak memaki hamun
5) Suka bertengkar/ bertikam lidah
6) Mencari-cari kesalahan orang lain
7) Suka mengumpat
8) Bergurau secara berlebihan
9) Suka mengejek atau menghina orang lain, membuka aib orang
10) Bersumpah palsu
11) Memuji bukan pada tempatnya atau mengampu

Oleh sebab itu, menjaga lidah akan mempamerkan peribadi dan maruah diri. Peribadi seseorang boleh dilihat daripada kata-katanya. Jika baik butir percakapannya, maka baiklah budi pekertinya. Jika kasar kata-katanya, maka kasarlah keperibadiannya.

U all pernah dengar tak orang cakap "Mulut je laser takde insuran, tapi hati baik...". Haaa.. apa komen?? Berbalik kepada Imam al-Ghazali kata, itu tanda-tanda lidah yang kotor. Jadi, patut tak kalau lidah yang kotor dihubungkan dengan hati yang baik? Kalau dah kata-kata je dah menyakitkan hati orang lain, camne orang nak anggap mereka yang bermulut "gitu" baik? Ye tak...? =)


Ya Allah, jagalah akhlakku dan tutur kataku~


3 comments:

padin said...

betul anna, kadang2 lebih baik berdiam diri daripada mungkin menimbulkan lebih byk masalah ehee

annazanariah said...

@ padin... ye.. setuju.. setuju.. ekekeke...

Anonymous said...

suke ngan tulisan nih..nak share ea..tq.. (: