Monday, September 13, 2010

Raya Kedua : Kebun Sireh, BM

Masih dalam MOOD RAYA!

Hari raya ke-2, kami sekeluarga beraya di Kebun Sireh, Bukit Mertajam. Kampung sebelah ayah pulak. Walaupun hidangan utama takda, tapi kuih raya masih banyak atas rak tu. Pagi2 lagi makan ketupat pulut dengan gulai daging. 

Masih ada sedara yang datang menziarah. Even tak kenal, tapi tetap meriah berborak. Mengeratkan silaturrahim lah kata kan..  Actually, keluarga sebelah ayah sangat besar. Sampaikan ada yang tak kenal. Time raya ni la nak kenal2 dengan sedara. Kalau tak, nak balik kampung susah jgk sebab tak dapat cuti lama2. Semoga budaya ziarah menziarahi ni berterusan sampai bila2.

Actually, dalam kesibukan beraya hari ke-2 ni, terlupa nak ambil gambar. Heheheh.. 

Pelita raya rumah Tok Su. Gambar raya pertama


Lepas makan tengahari, family Anna pula siap2 nak gi beraya rumah sepupu ayah yang juga merupakan kawan sekolah mak. Biasalah, mak dgn ayah kampung sebelah menyebelah je.. Masa ni dah jam 4 pm. Setelah menjamu selera dan soat asar, kami bertolak pulang ke Alor Setar. Jalan dah mula jammed balik sebab masing2 nak balik rumah berikutan keesokan harinya dah bekerja.

Tak sabar esok nak gi beraya di Arau, Perlis lak. Dapat duit raya tak nanti?? Oppsss.. Tak baik.. Tujuan berkunjung nak mengeratkan silaturahim sesama keluarga.. Hihihi.. Tapi, kalau dapat Alhamdulillah, rezeki.. :)

2 comments:

belalang hijau said...

belalang ade jugak kawan yang tggl kat area kebun sireh...

tp thn nih belalang xberaya umah kwn2 pun lg...bz meronda umah saudara mara belah mrs.belalang ngan belalang jer...

annazanariah said...

la.. ye ke belalang.. entah2 kenal kot.. kebun sireh tak la besar sgt..

wahhh.. bz meronda, angpau kena banyak la kan.. hehehe..

belalang, nak duit raya. hehehehe..