
Bismillah.. Dengan nama Allah yang Maha Agung. Telah lama kiranya saya tidak menulis di Blog kesayangan ini. Setahun -- Bukanlah satu tempoh yang singkat. 2023 merupakan satu perjalanan kehidupan saya yang boleh dikatakan berada pada roda di bawah. Pelbagai sudut diuji -- Kewangan, perniagaan, kesihatan dan semestinya ada naik dan turun emosi.Namun, saya sedar saya hanyalah seorang 'pelakon' di pentas...