"...Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan..."
Assalamualaikum..~~
*Amaran: entri agak panjang dan mungkin akan membosankan U all*
Semoga kalian semua berada dalam lindungan Taufik dan HidayahNya. InsyaAllah. Pagi Ahad. Kebiasaannya akan bermalas2an setelah usai mengemas bilik dan membasuh pakaian. Tapi hari ni, mood nak menulis berkobar2. Kebiasaannya Anna akan menulis waktu malam. Hmm.. Tapi memandangkan ada perkara yang memberat di dalam fikiran ni, Anna bercadang untuk berkongsi dengan U all.
Perkahwinan. Apa yang U all faham tentang perkahwinan. Maaf seandainya ada yg tidak senang apabila isu ni disentuh. Sensitif? Terasa? Tak senang? Harap abaikan dulu semua negative tu. Penulisan pagi ni hanyalah untuk perkongsian ilmu. Lapangkan minda, tenangkan hati, fikir dengan akal, bukan emosi.
Berbalik kepada tajuk. AKU TERIMA NIKAHNYA. Actually Anna baru beli buku ni kat MPH semalam. Dah lama mencari buku ni tapi cepat sangat SOLD OUT! Buku yang bagus, mmg la begitu kan? :) Perkahwinan bagaimana yg kita idamkan? Grand? Glamour? Ada artis jemputan? Bersederhana? Kecil2an? Atau bagaimana? Ada juga antara kita yang mengatakan "...Ala, kawin sekali seumur hidup, apa salahnya buat grand? berhabis sekali je pun..".. Hmmm... Dan tak dinafikan, yg grand2 tu pun akan ada perkahwinan ke-2. Mula la ada alasan lain pulak.. "... Nak buat macam mana, jodoh tak panjang..."
Isu perkahwinan dan perceraian seringkali dibincangkan oleh kami (bakal kaunselor, insyaAllah..). Kadangkala, takut dan resah memikirkan diri ni yang masih belum berkahwin. Bagaimana perjalanan bahtera perkahwinan kelak? Dan, timbul pula isu persediaan. Persediaan bagaimana? Duit, perasaan, tanggungjawab atau ada perkara lain? Haih! Banyak pula nak kena fikir ni. Macam mana nak kahwin?
Janganlah disebabkan tidak cukup belanja maka perkahwinan jadi terhalang. Walhal nafsu syahwat sudah tidak terkendalikan dan bila-bila masa sahaja boleh mendorong tuannya kepada maksiat. Mengenakan hantaran atau belanja beribu-ribu ringgit sehingga membantut atau melambatkan saat perkahwinan adalah hal yang sangat tidak patut. Kerana sikap yang begini boleh menyebabkan ada yang nanti sanggup hidup bersekedudukan lelaki perempuan tanpa nikah.
Sesungguhnya ISLAM ITU INDAH. THE WAY OF LIFE. Apabila kita mengikut garis panduan, InsyaAllah..~~ Anna nak memetik kata-kata dari satu artikel / penulisan :
Berkahwin boleh mengatasi masalah itu. Sebelum berkahwin pilihlah pasangan yang mempunyai pendidikan agama, yakni bukan setakat memiliki ilmu agama bahkan ilmu itu boleh lahir dalam akhlak dan perbuatannya. Wanita-wanita yang beragama sahaja yang boleh sabar dengan ujian hidup berumah tangga. Mampu hidup susah, sanggup menjaga maruah diri dan suami. Akan meletakkan suami orang yang mulia dalam rumah tangga. Klik SINI untuk full version.
"... Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai..."
Berkahwin boleh mengatasi masalah itu. Sebelum berkahwin pilihlah pasangan yang mempunyai pendidikan agama, yakni bukan setakat memiliki ilmu agama bahkan ilmu itu boleh lahir dalam akhlak dan perbuatannya. Wanita-wanita yang beragama sahaja yang boleh sabar dengan ujian hidup berumah tangga. Mampu hidup susah, sanggup menjaga maruah diri dan suami. Akan meletakkan suami orang yang mulia dalam rumah tangga.
Sebagaimana sabda Rasulullah Salallahu Allaihi wa Sallam:
“Perolehilah olehmu wanita yang memiliki agama, nescaya engkau berbahagia.”
Hanya 'Beragama'? Cukup kah??
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumah tangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta dan keturunan dan paras rupa tidak punya sebarang makna. Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumah tangganya. Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadkan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama!. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertempek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar...
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelikat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena-mengena dengan agama. Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumah tangga itu menjadi rumah tangga terhodoh, terburuk dan terselekeh atas nama berkahwin kerana beragama...
Masyallah.. Bagaimana pendapat U all? Bersediakah untuk kita melangkah selangkah lagi? Tepuk dada, tanyalah iman. Kalau buntu, tanya la ustaz / ustazah bagaimana. Hihihi..
Ada sesiapa yg nak buat perkahwinan seperti Nur Nadia SM Nasimuddin- Anak Pengasas NAZA? Bagi Anna tak perlu lah.. Tapi ye lah, masing2 ada pendapat tersendiri kan? Fikir2kan lah.~~~
Anna-cakap-lagi: Entri ni sekadar perkongsian bersama. Sharing is caring rite? Any comments are warmly welcome.. :) Wahhh.. dah nak masuk tengahari pun.. Stop dulu la.. Semoga dapat memberi ilmu kepada U all. Maafkan Anna kalau ada kekurangan dan kesalahan. Harap sama2 saling berpesan. =)
8 comments:
semua yang anna ckpkan ni betul..entry yang betul2 berinformasi..perkahwinan tue biarlah bersederhana dan berlandaskan syariat agama..
@ cik tom.. semoga kita semua sentiasa merendah diri dengan Allah~~
waa.. sungguh jauh oandangan anna(",)... sumenye btol... memilih pasangan mmg susah.. bukan perkara main2..
semua orang ada perkahwinan idaman masing. ade yang berbajet besar tu mereka buat majlis besar-besaran dan sebaliknya. besar atau kecil majlis itu xpenting janji mereka berkahwin dan dapat menghindari maksiat. namun begitu biarlah kena dengan adat orang melayu dan hukum agama islam itu sendiri. supaya majlis itu diberkati. semua orang ade pendapat mereka sendiri. jgn biarkan diri kita terpengaruh dengan barat n kristian.
adoyai!!!! terus rasa tergedik2 nak kawen................
Yezza.. saya setuju kak.. pernikahan bukan satu benda main2.. sekali sudah lafaz.. tiada lg undur.. hehe.. buku tu memg cpt habis.. nsib dpt jg sya beli.. 3 jilid skaligus.. huhu..
uikkk...bukan kebersihan...kecantikan tu kehendak agama ke...tp cantik tu subjektif le...
mmg betul...besederhana terbaik...
stuju dgn anna sederhana je ckp
Post a Comment