Wednesday, August 18, 2010

Tip Menolak Permusuhan

Posted by annazanariah at 8/18/2010 02:05:00 PM
Assalamualaikum.... dan salam SATU MALAYSIA.. :)

Alhamdulillah, dah masuk hari ke-8 umat Islam menjalani ibadah berpuasa. Ada yang terasa lambat masa bergerak, ada yang rasa cepatnya dah lebih seminggu dah berpuasa... U all rasa camne? Bagi Anna macam cepat je kan, sedar2 dah tinggal lagi 3 minggu nak beraya. Semangat nak beraya dah berkobar2. Sebabnya BAJU RAYA dah ada, KUIH RAYA dah tempah, TIKET BALIK KAMPUNG dah beli.. Lalalalala~



Dalam kesibukan kita seharian, tak terlepas daripada berlaku perselisihan faham dan tidak sependapat. Samaada sesama rakan sebaya, majikan, keluarga mahupun jiran tetangga. Perasaan tidak puas hati ni jika dibiarkan akan menjadi nanah di dalam diri kita. Ye lah, mula2 sikit je, tapi kalau dah setiap hari ade je yg tak kena, lama2 bersarang dalam hati kita kan? Dalam istilah kaunseling 'UNFINISHED BUSINESS'. Maksudnya perkara yang terpendam (yg tak elok) terus dibiarkan tersimpan kat lubuk hati tanpa diselesaikan atau diluahkan. Lama2 akan menjejaskan emosi, perasaan dan tindakan seseorang itu.... Lepas tu mula la anggap kawan baik dah jadi musuh, jiran belakang rumah jadi musuh ketat, majikan jadi orang yg paling kita menyampah. Huhuhu... Ish... ishh.. Ishhh.. tak baik tau camtu..

So, hari ni Anna nak  berkongsi sedikit info tentang TIP MENOLAK PERMUSUHAN.. InsyaAllah, kalau kita selalu ingat dan amalkan, kita tidak akan mencipta MUSUH. Bak kata pepatah, kawan biar seribu, musuh pula jangan dicari. Betul tak? OK, tipsnya.... ;

1. Maafkan, tanpa mengira pihak siapa yang benar atau salah.
2. Jika tidak mampu memaafkan, cepat berlalu dan diam, tanpa membalas.
3. Kenangkan detik-detik manis atau kebaikan yang pernah dilalui bersama 'musuh' kita tu.
4. Muhasabah hubungan kita dengan Allah. Mungkin Allah mendidik kita melalui kerenah musuh kita itu.
5. Sedarlah, kita hanya hamba, penuh kekurangan dan kesalahan. Kita layak disakiti, disalahtafsir dan sebagainya....~




Camne? Agak2, mampu tak kita nak aplikasi tips tu semua... InsyaAllah, kalau kita betul2 nak, boleh.. Anna pernah terbaca satu buku bertajuk Law of Attraction, penulis Micheal ape ntah. Lupe.. hehe.. Memetik kata2 beliau, "apa yang kita fikirkan akan menghasilkan getaran dan isyarat yang menarik perkara tersebut.. Jadi jika kita berfikir positif, kita akan sentiasa berada di dalam getaran yang positif... Begitu juga sebaliknya.."

Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib... (Surah Fussilat: 34).

Wallahu 'alam...

9 comments on "Tip Menolak Permusuhan"

kasih suci on August 18, 2010 at 2:44 PM said...

betul tu..Kasih setuju sangat2...kawan biar seribu, musuh jangan sesekali di cari...tips tu sangat berguna dan perlu diaplikasikan dalam hidup kita seharian..bile takde musuh, hidup pon bahagia..betul tak cik Anna?hehehe

AISHA SAAD on August 18, 2010 at 2:50 PM said...

heyy im future counselor insyallahh.
unfinished business??
GESTALT eh?
lemah laa theory. hoh.

newayy musuh mmg ade kat mana2 and kejap jekk if nak dpt.
so, try our best to avoid it.
insyallahhh

annazanariah on August 18, 2010 at 3:08 PM said...

kasih suci... betul tu, bahagia je kalau takde musuh. tapi perlu diingat, musuh dalam diri kita juga perlu dikawal.. hihihi..

aisha saad... nice to know u.. Betul la tu Gestalt by fritz perls.. :)
kalau unconditional positive regard dah masuk dalam rogerian PCT. Jom kita terima dan maafkan je semua kesalahan kan.. semoga kita hidup bahagia..

ejum on August 18, 2010 at 4:04 PM said...

ia mungkin cara terbaik...
mmg bagus kalau kite elakkan lar bemusuh :)

annazanariah on August 18, 2010 at 10:23 PM said...

betul tu ejum.. :)

sweetsal on August 19, 2010 at 11:18 AM said...

wow..hebatnye anna..betui tu anna, musuh jgn dicari, biarlah kita bersahabat secara ikhlas, tak elok simpan dendam, elok kita bermaaf-maafan kan..

mrsboan on August 19, 2010 at 3:24 PM said...

good info..thanks for sharing...kalo hidup ada musuh tak best..mesti mcm ada 'sesuatu' yg tak kena...mohon dijauhkan semua tu..amin

Tomato Gurl's Life on August 19, 2010 at 6:06 PM said...

setuju2..berkawan biar berjuta tomato...musuh jgn di cari...thanks dear :)

Anonymous said...

whats up annazanariah.blogspot.com admin discovered your blog via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have discovered site which offer to dramatically increase traffic to your website http://xrumer-service.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer best services to increase website traffic Take care. Jeremy

 

! Blue Crystal ! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal