Saturday, August 21, 2010

4 Sains 3, SMK Taman Universiti 1

Assalamualaikum....

Sejak akhir2 ni Anna sangat busy. Nak blogwalking pun sekejap2 je. Nak update entri lagi la tak sempat. Sorry for those yg tagged Anna untuk join contest and GA. Ada terhutang dengan Ellen untuk join GA, Kasih Suci untuk join GA, and Kak Ros untuk Contest Anak Merdeka. Seyes, Anna nak je join, tapi dek kerana kekangan masa, Anna perlu selesaikan perkara yg lebih penting.. Maaf sangat2 ye..

*******************************************

Actually, semalam Anna dan kawan2 sekuliah telah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 1. Setelah plan program yang mengambil masa lebih kurang dua minggu, maka tiba masanya untuk kami jalankan. Disebabkan kesuntukan masa, kami cuma dapat meluangkan masa selama lebih kurang dua jam sahaja dengan adik2 yg sangat sporting ni.

Untuk pengetahuan U all, pihak pentadbir sekolah sangat baik. Mereka memberi kerjasama yang sangat terpuji. Sangat senang nak deal untuk jalankan program. Pengetua sekolah yg dipanggil BONDA sangat peramah, prihatin dan baik hati mengalu2kan kedatangan kami....

Program dijalankan selepas rehat. Bagi yg muslim, tak kemana la diorg. Kan berpuasa. Diorg sgt excited bila tau kami nak buat program untuk diorng. Mana taknye, tak payah ikuti matapelajaran. Lagipun, adik2 ni semua baru lepas exam sehari sebelum kami datang. So, we are at the right time.. :)

Aktiviti dimulakan dengan ICE BREAKING. Modul yg simple digunakan sebab tak nak delay masa. Selepas tu PEMBAHAGIAN KUMPULAN. FYI, majoriti pelajar kelas (4 Sains 3) ni student Chinese. Mula2 tu diorg yg Cina ni cam blur2 and susah nak bagi kerjasama.. Tapi, bila dah jalankan LDK 1 & 2, mmg nampak perubahan. Diorg suke, kami pun suke.. Sebab ape, setiap perjalanan program ni perlu divideokan. Hehehe.. *Nampak tak Anna yg macam makcik jual gelang emas, pakai tudung coklat tu..?* Kuikuikui..

Antara gambar yg di snap sewaktu diorang sibuk buat tugasan yg diberikan~

Setelah hampir sejam lebih kami bersama mereka, mereka dah mula mesra. Sibuk nak bertanya itu ini. Feedback yang sangat positive. Daripada pengamatan Anna, mereka kurang berinteraksi bila berlainan bangsa, tetapi setelah diorg mix around dalam kumpulan yg berbilang bangsa, diorg sendiri yg mengaku hubungan diorg makin baik. Selain itu, ada yang pendiam b4 ni pun dah berani tampil ke depan untuk bentangkan tugasan yang diberikan. Syabas adik-adik...!

Bila dah selesai, mestilah ada penyampaian hadiah. Walaupun pemberian dari kami ni tak seberapa, tapi mereka sangat hargai tau. Suke betul dapat hadiah. Hehehehee.. Ape2 je la adik2..  Aktiviti yang tak terlepas daripada tentatif program adalah BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI. hehehe.. Jom tgk gambar kat bawah ni...;


Tak ramai pun diorang ni.. 31 org je. :) Ceria kan harimu..~ Fasi 6 orang

Selesai sudah aktiviti untuk hari ni. Semoga adik2 semua berjaya... Anna nak berkongsi satu cerita dengan U all..

"....... Seorang lelaki yg sedang sesat jalan, berada di empat persimpangan.

" Mana satu simpang yang harus saya pilih?" tanyanya kepada seorang yang kebetulan berada di situ.
" Kamu hendak ke mana? Ke mana destinasimu?"
" Saya tidak tahu... " jawab lelaki itu.
" Kalau begitu, apa dikisahkan simpang yang mana... Pilih sahaja mana-mana satu.."

Pengajaran: Tidak ada angin yg memihak kepada kapal yg tidak ada pelabuhan untuk dituju. Sebaliknya, dunia akan menyediakan jalan kepada org yg mempunyai tujuan dalam hidipnya. Tanpa panduan wahyu, manusia akan sibuk mencari. Namun, mencari sesuatu yg mereka sendiri tidak pasti, apakah mungkin ditemui..? Renung-renungkanlah ye... :)

******************************************************

Masa Anna handle adik2 ni, suara masih serak2 basah. Huhuhu. Dah seminggu demam. Kejap OK, kejap panas. Terutamanya time malam. Nape ea.. Ade ke istilah demam malam. Hehehe.. Mujur la jugak Pusat Kesihatan UTM dekat je dgn KTF. Jalan kaki je la gi ambik ubat.



Ubat selsema dah tinggal dua biji lagi, tapi selsema belum hilang. Ubat batuk dah habis separuh, tapi batuk lagi. Camno nih.. Kena gi refill ubat ke.. uhuk!

7 comments:

Mustaffa Khairul Azzam said...

wah...best bace en3 nie...teringin nak wat program lagi tapi masa tak mengizinkan dlm bulan pose nie...pas raye ade 3 program ngah dlm perancangan :)

PuanPepel said...

ala.........rindu utm..rindu dunia fasi..rindu ktf...rindu my studentz life~~

annazanariah said...

mus.. program seterusnya kat sekolah jugak ke? tu la, dalam bulan pose agak terhad la. tak boleh nak physically sgt. banyak indoor je la. Anna pun jeles kat mus sebab dapat join bnyk program. :)

merr... suatu masa nnt anna juga akan merindui situasi ini. tapi pernah je kot rasa.. sbb skrg dah tak bnyk sgt dah buat program. hehehe..

XYZ said...

bestnye anna =)

sweetsal said...

wow..bestnye jumpa budak2 sekolah..macam2 program anna buat ye..

btw: jaga kesihatan dan minum air suam banyak2..insyaAllah baik...

cikpia said...

wah!!! cerita yang last tu sangat best dan meaningful!!! sangat suka!!!!

annazanariah said...

miss.. mmg best. hehehe.. ada lagi beberapa program berbaki untuk sem ni.. :)

kak sal.. dengan program camni la dapat kenal bermacam2 jenis feel manusia kat muka bumi ni. samada nature or nurture. best sgt. hihi..
B4 ni kan banyak minum air masak tak kira masa, ni dah berpuasa mcm dehydrate lak tak dapat topup air dlm bdn. hehe..

sofia... suke ea.. tu la. tepuk dada, tanya iman.. jalan mana yg kita cari selama ni. jelaskan matlamat, tentukan lorong dan arah mana yg kita cari selama ni..