Sunday, August 29, 2010

Murni Ramadhan di KTF: Kenangan Terindah

Assalamualaikum...~

Alhamdulillah, hari ni dah 19 hari umat Islam berpuasa. Kemeriahan untuk berhari raya semakin terasa apabila masing-masing sudah sibuk keluar mencari baju raya, kuih raya, perabot raya.. hhihihi.. macam2 lagi lah nak beraya.. Ketibaan Hari Raya mmg dinanti2kan. Namun, dalam sibuk kita bergembira shopping untuk raya, ingatkah kita pada yang tidak berkemampuan untuk menyambut hari raya sesempurna orang lain? Adakah kita sedar, definisi hari raya bagi setiap org adalah berbeza? Sedarkah....?

Tadi, Anna berkesempatan untuk berbuka puasa bersama golongan yang kurang berkemampuan. Mereka ini daripada empat buah kampung yang dipilih daripada Daerah Kulai. Majlis berbuka puasa ni adalah penutup bagi program MURNI RAMADHAN 6 2010. Sepanjang bulan Ramadhan, pelbagai usaha dilakukan bagi mendapatkan penajaan dan sumbangan bagi membantu golongan kurang berkemampuan. Program MR-6 ni anjuran JKM KTF.. Alhamdulillah, ramai yang sudi berkongsi rezeki dengan mereka. Walaupun gerak kerja yang diakukan agak ad-hoc, namun segalanya dipermudahkan oleh Allah..

Majlis dimulakan jam 5.30 pm dengan acara Khatam Al-Quran. Pada jam 6.00 pm penduduk kampung tiba dengan menaiki bas UTM. Mereka berkumpul di dalam dewan sementara menunggu waktu berbuka puasa.. Setelah ucapan daripada Pengarah Program, Pengetua Kolej dan Penggawa Kampung, acara penyerahan sumbangan kepada penduduk kampung pula. Sumbangan adalah dalam bentuk barangan keperluan dapur dan juga wang tunai. Setelah itu, video kekejaman Israel terhadap Palestine pula ditayangkan.. Subhanallah..!!! Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak berada dalam keadaan seperti di sana. Sayu sangat hati tengok kekejaman dan kejahatan mereka! Video selama 30 minit tersebut tidak sempat dipertontonkan sehingga tamat memandangkan azan bakal berkumandang...


************************************************************


Alhamdulillah... kenyang.. Menu utama Nasi Beriyani dengan ayam masak merah, daging kurma, dalca dan acar nenas. Menu tambahan, kuih muih dan jejemput bilis. Tidak tergambar kegembiraan dan kesyukuran di wajah orang-orang kampung dapat berbuka bersama kami. Setelah menjamu selera, bersolat berjemaah di Dewan Sri Alam, KTF. Mereka berangkat pulang jam 9.00 pm.

Sedikit gambar sebagai pelengkap story.. hehhehe...


A: Macam biasa, nak bergambar sebelum makan. Masa ni baru jam 6.30 pm
B: Selepas makan. Bergambar dengan kekenyangan
C: Takde motif pun gambar ni. Saje2..
D: Bergambar kenangan bersama Pemb. Felo dan adik JKM
E: Bee dan Ranjeni, antara org kuat majlis ni. Baru makan lepas semua selesai. Semangat 1 Malaysia!

****************************************************

Tiba-tiba terkenang pertama kali MURNI RAMADHAN ni di adakan di KTF. Pengasasnya adalah Saudari Masayu binti Shafie. Miss u lot sis. Tanpa kak ayu, mungkin KTF takde acara tahunan Ramadhan seperti ini. Walaupun pengurusan dan perjalanan program agak berbeza dengan yang asal, namun matlamat dan objektif tetap sama. 

Murni Ramadhan 1, kak ayu organize bersama kawan2nya, Murni Ramadhan-2 lah kak ayu membawanya ke dalam KTF. Masa tu Anna 1st year dan kak ayu JKM. Mmg best. Demi mencari sumbangan yang banyak, kami design kad raya, cetak dan jual sendiri. Lepas terawih gi ke kolej2 lain untuk jual. Waktu ofis hour kami kutip sumbangan di kalangan student dan lecturer. Waktu petang kami kutip di kalangan student KTF. Selain tu, kami juga mengumpul pakaian daripada pelajar dan pensyarah untuk diberikan kepada golongan susah tersebut. Sumbangan yg kami dapat juga digunakan untuk menampung keperluan kami berbuka di rumah mereka. Masa ni lah digunakan sebaiknya untuk menginsafkan diri kita. Kalau U all nak tau ceritanya boleh BACA SINI..

MR-3, Anna and team lak organize memandangkan kak ayu dah grad. Masa ni Anna JKM KTF.. Pengalaman semua tu masih tersimpan kemas dalam memori ni. Sangat mahal dan penuh bermakna~~~ Semoga MURNI RAMADHAN ni terus diadakan setiap tahun di KTF..


Gambar Kenangan MURNI RAMADHAN 2..

Adik2 comel tu dari Kampung Pok dan Kampung Tiram Duku, Gelang Patah



Antara sumbangan yang terkumpul untuk diagihkan



" KETAHUILAH bahawa pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia, maka ia tidak akan berkembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan), dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, mereka yang melakukannya peroleh pahalaberganda-ganda."

Sedikit yang mengingatkan lebih baik daripada banyak yang melalaikan
Mensyukuri sedikit nikmat mengundang limpahan berkat~~~



14 comments:

Anonymous said...

waa....bestnye dpt join program tu...sy pn aritu dpt berbuka pose dgn family yg susah under kolej...hehe...slmt ari raya anna

annazanariah said...

mmg best.. selamat hari raya jugak untuk diea.. :)

Anonymous said...

seronoknye dpt join program cam ni..skali skali nak rase gak..heee

CIK TOM said...

bestnyer join program amal camni...nak join jugak..;)

annazanariah said...

misyamissyou.. jom la dtg sini.. :)

cik tom... best sgt2 tau. experience sgt penting.. :)

Mario said...

wah...bagus bagus...tapikan....kadang2 bila time2 gini je kita kita ingat kat dorang ek...tp org kata...baik ada dr takde...ntahlaa...

NuSaNa NoSa 91 said...

bersyukurlah dgn segala nikmat yg kita ada sblm ditarik blek.. hu3~
btw, terasa nk join gk program amal cmni.. ^_^

XYZ said...

sonokan? dpt join program gini =)

annazanariah said...

mario... hmm.. betul tu, mungkin juga dengan kesempatan Ramadhan ni yg buatkan org lebih mengingati mereka. Tapi ada juga yg sentiasa mengingati mereka tidak kira masa dan musim. terpulang kepada individu.. =)

annazanariah said...

keen... betul, bersyukur atas nikmat setiap hari.. dengan tayangan video palestine tu sekurang2nya mereka juga akan terasa masih ada lagi org yg lebih susah dan menderita daripada mereka..

annazanariah said...

miss... betul, seronok... selain dapat meringankan beban mereka, kita sendiri dapat grab experience untuk anjur program.. =)

cikpia said...

seronoknya dapat membantu meringankan beban camtu.....

Stellar Wealth Advisors said...

Alhamdullillah...akak tumpang gembira bila dgr program ni diteruskan..rasa hati lapang je bila baca blog ni...
lepas akak grad, selain berbuka dengan keluarga dah takde program seumpama ini bila dah masuk alam pekerjaan...rasa sedih, rindu bila mengenangkan kenangan-kenangan berbuka dengan keluarga yang susah..teringin sekali nak melawat keluarga2 yang pernah akak lawati terutamanya nenek yg tinggal dekat skudai..rumah yg sangat kecil...tak sampai hati untuk membagaikan keadaan rumah nya usang tu..sangat kecil..hidup, makan minum bersama2 ayam peliharaan dan kucing2..bila banjir, rumah ygn kecil itu pasti ditenggelami dgn air..akak ingat masa tu ada sil bersama akak walaupun ada kenangan kelakar, namun ia tetap sebuah pengalaman dan kenangan paling sukar dilupakan dan tak mampu nak luah dengan kata2. Ia memberi kesedaran kepada kita agar sedar kedudukan kita di muka bumi Allah ini dan sentiasa bersyukur dengan apa yg telah Allah berikan kepada kita. Sekelip mata sahaja Allah boleh menarik apa yang telah Dia berikan jika kita lupa padaNya. Semoga Allah memanjangkan umur nenek dan diberi peluang menikmati kehidupan seperti kita.

Anna, jika berkesempatan..anna bukukan lah pengalaman2 peserta murni ramadan.. mungkin boleh berkongsi bersama dengan mahasiswa2 lain..sekurang2nya dapat memberi manfaat kepada yang tidak berpeluang mengikuti program ni.

Mudah-mudahan program seumpama ni, tidak hanya memberi kesan dan kesedaran pada bulan ramadhan sahaja.

Sil said...

saya rase mcm saya ade lg gambar kenangan kita berbuka puasa kt umah nenek tu. kelakar pulak diingatkn bila ayam dia terbang dalam rumah time kita nak berbuka. mase tu ade kak ayu, kak som, ka juita, nenek tu n saya kt umah tu. kecik sungguh rumah tu dan sayu melihat keadaan nenek itu. kalau tiada rombongan kita yang melawatnya, hanya ada kucing dan ayam sahaja peneman hidup beliau seharian. tatkala kita hidup senang janganlah dilupakan pada yang susah.