Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 53

Posted by annazanariah at 8/31/2010 02:55:00 AM
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Begitulah laungan keramat yang begitu bersemangat. Setiap kali merdeka, tentu ramai yang terfikir, merdekakah kita? Sejauh mana kita meletakkan erti kemerdekaan di dalam diri kita? 

Biila kita menyebut tentang kemerdekaan, ia adalah merupakan suatu pengertian yang telah menjadi sifat atau fitrah semulajadi manusia. Iaitu dengan lain-lain perkataan, kemerdekaan adalah sesuatu yang menjadi keinginan semua manusia di dunia ini. Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak menginginkan kemerdekaan. Bahkan ia lebih menjadi suatu perkara yang dicita-citakan oleh setiap manusia. Cuma yang berbeza dalam pengertian setiap manusia di dunia ini adalah memahami apakah erti kemerdekaan itu dan bagaimana bentuk kemerekaan itu serta bagaimana pula usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai kemerdekaan itu.

Anna rasa, tak perlulah nak buat entri panjang2. Tentu U all boleh google je kalau nak tau tentang sejarah penubuhan Malaysia, Pencipta Jalur Gemilang, Tahun-tahun Pemerintahan Perdana Menteri Malaysia, Pencipta Lagu Negaraku dan sebagainya..

Juz pagi ni Anna nak share tentang Senarai Perdana Menteri Malaysia.


Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
BAPA KEMERDEKAAN
1957-1970

Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein
BAPA PEMBANGUNAN
1970-1976

Tun Hussein bin Dato' Onn
BAPA PERPADUAN
1976-1981

Tun Dr. Mahathir Mohamad
BAPA PEMODENAN
1981-2003

Tun Abdullah Ahmad Badawi
BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN
2003-2009

Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak
BAPA TRANSFORMASI
2009-kini


Semoga perjuangan dan ideologi mereka akan diberkati Allah dan seterusnya mendatangkan kebaikan kepada semua..



Kenangan: RAKAN MUDA WAWASAN DESA IPT
24, 25 dan 26 Ogos 2007
Batu Pahat, Johor

* Bergambar beramai2 dengan YB Dato' Noraini ~ Kibarkan Jalur Gemilang!


2 comments on "Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 53"

.s.o.f.i.a. on August 31, 2010 at 10:45 AM said...

salah la.....

Tun Abdullah Ahmad Badawi = bapa mertua khairi
he he.....

salam merdeka sist!!!

annazanariah on August 31, 2010 at 2:42 PM said...

cik pia... hehehe.. pandai2..

salam merdeka juga dear.. :)

 

! Blue Crystal ! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal