Friday, June 11, 2010

Aduuhhhh...!! Panasnya...!!

Posted by annazanariah at 6/11/2010 06:16:00 PM
Panasss.....!!!

Hmm.. semenjak kat rumah ni, rasanya Anna jarang luangkan masa untuk ber'blog'.. huhuhu. Maklumlah, bukan senang nak adjust masa spend time with family. Dalam masa dua minggu ni nak bermanja2 dgn family jek rasanya. 

OK lah, berbalik kepada tajuk entri. Apa yg panas sebenarnya ek? Apa yang U all rasa bila kawan baik tikam belakang? Panas hati? sabar... sabar.... Apa yg U all rasa bila dah lebih tiga minggu tak hujan kat kawasan U all tinggal..? Panas jugak kan? hmm.. Sebenarnya Anna nak share pasal rawatan yang Anna buat tadi. Tapi apa kaitan dengan panas lak? Sebenarnya rawatan tadi tu dah buatkan muka Anna panas. Wahhh~ Dasyat juga efeknya.. Rawatan apa agaknya tu? Jeng3...

Pernah dengar NAZA ANGGUN? Bagi yg pernah dengar, U all pernah dapatkan rawatan kat situ tak? Ok, biar Anna story ape tu Naza Anggun.. Actually NA ni adalah pusat rawatan resdung


Nape ye tiba2 Anna dapatkan rawatan resdung? Heheheh.. Sebenarnya Anna temankan kawan baik Anna tadi, tapi dah alang2 nak tunggu dia, Anna pun daftar juga untuk rawatan. Kebetulan ada promosi sepanjang cuti sekolah. Harga rawatan Resdung termasuk masker resdung ni juz RM8. Murah kan? Rugi lak kalau tak try. 
Kalau tak harga yang ditawarkan camni:


Layanan yg diberikan cukup bagus. Akak2 yg bertugas tu semua ramah2. Asalnya Anna cuak jugak, maklumlah 1st time.. So far, OK sangat. Masa yang diambil lebih kurang 45 minit. Sampai terlelap jugak Anna masa tengah pakai masker tu. Rasa panas tu jap je pun, kena lah tahan kan.. Seriously ckp, Anna sendiri geli tgk muka Anna pas kuar ulat2 resdung tu. Punyalah banyak.. Penuh muka. Euuuwww.. Uhuk! Tapi pas dah siap treatment, diorang siap sapu cream. Muka rasa bersih dan segar sgt... *boleh jadi promoter camni*.. Hehheh..

Anna nak share sikit info pasal resdung ni:

Simptom resdung atau sinusitis

  1. Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada Maxillary sinus.
  2. Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
  3. Sakit di bahagian belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian Ethmoid sinus.
  4. Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama.
  5. Pening kepala
  6. Hidung tersumbat
  7. Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan
  8. Demam atau rasa tidak sedap badan
  9. Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya
  10. Kurang deria rasa atau bau
  11. Kelesuan.

Sampai sini dulu entri untuk petang ni.. Semoga kita semua sihat sejahtera hendaknya. Selamat beramal.. ^_^

Nota Kaki: Kalau ada petua yang mudah diamalkan, boleh la kongsi2 ek..






0 comments on "Aduuhhhh...!! Panasnya...!!"

 

! Blue Crystal ! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal