Monday, November 08, 2021

Terpaksa Berpisah Sebulan Kerana Covid-19

 

Ni masa nak hantar furbabies ke Cat Boarding - 13 October. Hari Birthday Mr Heartthrob.

Disebabkan Covid-19, kami terpaksa berpisah sementara. Hampir sebulan, satu tempoh yang panjang. To be exact 23 hari. Pertama kali. Sebelum ni paling lama pun seminggu sahaja.

Eh jap, biar saya clarify. Cerita ni sebenarnya tentang furbabies kesayangan kami. Si Popoy dan Si Olive. Berpisah dengan mereka memang mendatangkan kerinduan. Mana tidaknya, memang rutin setiap hari pagi-pagi akan jenguk mereka di bilik atas, bersihkan litter box, bagi makan, bagi suppliment, main-main sekejap sebelum kami masuk SOHO. So, bila rutin ni takde, rasa tak lengkap pulak.

Seperti yang saya share sebelum ni, kami berdua diuji dengan Covid-19. Jadinya plan asal nak boarding dua ketoi ni 10 hari, bertukar menjadi 23 hari. Alhamdulillah, tempat kami boarding ni memang dah biasa berurusan dan owner dia memang sangat baik dan prihatin. Mana tak nya siap nak tolong hantarkan Apple Cider untuk kami supaya lekas sembuh. Terima kasih Kak Salina. Dulu masa Popoy didiagnose dengan FIV pun Kak Salina lah yang banyak guide kami apa nak buat. Alhamdulillah, dipertemukan dengan orang baik.


Ni masa kami jemput kat Cat Boarding

Disebabkan lama tinggal, Popoy & Olive seolah-olah tak kenal kami. Biasanya kalau nampak je kami datang nak jemput, terus bising nak balik. Tapi berbeza kali ni, siap kena pujuk nak ajak balik. Halah... halah anak bertuah! Merajuk sakan ye.

Masa dalam kereta pun tak banyak bunyi. Layan perasaan ke tu? Takpe, sampai rumah nanti upah wet food ya. 


Olive cepat pulak mesra kali ni. Tak merajuk lama macam last time kena tinggal. Popoy je masih muka garang. Merajuk lagi lah tu..

Di sebabkan Popoy masih merajuk, kita bagi masa sikit. Macam mana tahu dia merajuk? Bila panggil nama dia, kita kena jeling je. Bila nak pegang dia, dia nak gigit dan lari. Hahaha.. InsyaAllah, esok pagi okey lah tu. Ada caranya nak ambik hati balik. Jangan risau.


Esok paginya, dah okey. Masa masuk bilik mereka, masing-masing datang dekat siap panjat kaki.

Rezeki kami, diberikan hadiah untuk menjaga anak bulus. Walaupun mereka bukan manusia, tapi attached di hati tu sangat kuat. Banyak yang saya terfikir, sepanjang tempoh recovery dari Covid-19 tu. Antaranya, adalah kos penjagaan anak bulus kami ni. Bayangkan kalau tak ready dengan Emergency Fund, garu kepala jugak. Tempoh 23 hari bukan satu tempoh yang singkat. Kos sehari Rm15 untuk seekor. Ni antara yang paling berbaloi yang saya jumpa. Dengan penjagaan yang superb, saya tak risau langsung Kak Salina jaga furbabies kami. Masa kami hantar 13 Oktober tu, bawak makanan dua kilo je. Sebab ingat 10 hari memang konfem cukup. Sekalinya bila extend, kos kibbles kena tambah. Saya tak risau sebab kibbles yang disediakan Kak Salina memang yang berkualiti dan terbaik.


Total kos RM716.00

Apa yang saya boleh relate adalah, bayangkan jika kita sebagai individu yang ada tanggungan seperti anak-anak, ibu bapa yang semakin berusia dan uzur, dan mungkin adik-adik yang masih berada bawah tanggungjawab kita. Jika kita tak bersedia dengan manfaat Penyakit Kritikal, sekali didiagnose dengan Penyakit Kritikal, banyak kos akan terlibat. 

Antaranya, kita pasti nak anak-anak kita dijaga dengan baik oleh orang yang bertanggungjawab dan sayang anak-anak kita. Pasti melibatkan juga kos makan minum dan keperluan lain. Tiada yang percuma dah sekarang ni, kawan... Macam anak bulus kami, nak minta orang jagakan dengan baik, pasti melibatkan kos.

Kami pula bila diuji Covid ni, terpaksa mengeluarkan kos untuk beli suppliment, makanan yang membantu tingkatkan imunisasi, dan yang penting cost nursing. Maksud saya sepanjang kami tidak sihat, makanan hanya order dari Grab Food. Bayangkan jika seseorang itu terkena Penyakit Kritikal, saya pasti lagi banyak kos yang perlu diambil kira. Makanan pasti nak yang berkhasiat dan organik. Dan semestinya tidak murah. Nak beli segala vitamin dan suppliment lagi, dan maybe ada juga yang perlu support dari segi pampers, katil orang sakit, kerusi roda, tongkat dan sebagainya. Belum kira kos-kos rawatan dan ubatan di hospital lagi. Kalau tak ready memang boleh jadi stress.

Kes kami ni alhamdulillah hanya dua minggu sahaja diuji dengan sakit. Sekarang dah back to normal. Dah boleh memasak sendiri, jaga anak bulus sendiri dan settlekan semua urusan sendiri. Kalau kena Penyakit Kritikal? Yakin ke hanya dua minggu? Mungkin setahun, 10 tahun atau mungkin sepanjang hayat! Siapa yang akan menjaga anda? Menjaga anak-anak dan keluarga anda? Pernah kira berapa kos yang mungkin incurred? Tak boleh nak bayangkan. Betul?

Selepas puas berfikir tentang ni, saya rancang nak tambah lagi perlindungan Penyakit Kritikal saya. Kalau anda rasa RM1,000,000.00 tu dah banyak, fikir semula!

Rugi kalau tak fikir panjang. Tapi lagi rugi kalau tak ambil tindakan segera. Percayalah cakap saya. 

Okeylah, tidur yang cukup pun penting dalam proses menjaga kesihatan. Good night, kawan. Jaga diri, dan buatlah persediaan.

Pen off~

0 comments: