Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberikan kemudahan dan kelancaran dalam perjalanan business yang serba mencabar. Sedar tak sedar dah genap setahun saya bersama AIA Public Takaful. Tempoh setahun ini boleh dikategorikan sebagai tempoh yang singkat, dan mungkin boleh juga dikatakan sebagai tempoh yang agak panjang.
Kenapa saya kata tempoh yang singkat? Kerana saya merasakan masih banyak lagi sisi perniagaan yang saya belum mahir. Apabila seseorang itu komited dengan apa yang sedang dilakukan, maka semakin dahaga dia dengan ilmu dan kemahiran. Begitu juga saya.
Tetapi, tempoh setahun juga boleh dikatakan tempoh yang agak panjang kerana selama setahun ini banyak pencapaian yang bagi saya amat baik yang telah saya perolehi. Baik dari segi kewangan mahupun ganjaran dalam bentuk hadiah, pengiktirafan dan trip percutian bertaraf 5 bintang!
Oleh itu, saya rasa wajar untuk saya dedikasikan ucapan terima kasih saya buat:
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat Mr Mior (UM KL Imtiyaz Ar Raudhah), Mr Zeck (UM KL KZ Empire Group), Mr Faizal (AUM KL KZ Empire Group), team Ar Rudhah dan team KZ Empire! Tanpa anda, siapalah saya di sini hari ini.
Dan yang paling penting, sekalung penghargaan buat mak dan ayah serta keluarga yang sentiasa memberi sokongan padu tanpa berbelah bahagi.
Tidak lupa juga dedikasi khas buat Mantan Boss sy, Puan Hanita yang banyak memberi tunjuk ajar serta membimbing saya sepanjang saya berkhidmat dengan Bank Rakyat. Ilmu tu semua dapat saya praktikkan dengan baik di dalam business ini. Kepada kawan-kawan di Bank Rakyat, anda semua awesome sebab kita still contact each other and sentiasa support saya. Thanks atas doa kalian..
Semoga kita semua terus berjaya..
Setiap daripada kita ada impian, dan setiap daripada kita pasti akan mengejar impian..
Namun, apa yang membezakan impian seseorang itu antara satu sama lain adalah sejauh mana keyakinan dia dalam menggapai impian, dan apakah usaha dan tindakan yang dilaksanakan bagi mencapai impian tersebut..
Tapi, percayalah.. selagi mana kita istiqomah, cepat atau lambat, pasti akan tercapai jua.. InsyaAllah..
Jom kongsi dengan saya, apa IMPIAN anda? :)
xoxo
1 comments:
Thiss was lovely to read
Post a Comment