Alhamdulillah..
Berada di Sabah untuk hari yang ke-empat. Ke mana pula kita hari ni? Entri kali ni saya kurangkan menaip, tapi banyakkan berkongsi gambar. Biar gambar pula berbicara. Gitew.. hihi..
7.30 am - Ranau - Kota Belud - Kudat
Perjalanan hari ni adalah ke 'The Tip of Borneo - Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Alhamdulillah semalam hujan lebat selebatnya. Maka hari ni kami berpeluang sekali lagi untuk melihat puncak Gunung Kinabalu dengan jelas. Terasa sedih di hati melihatkan kesan gempa ke atas gunung. Banyak kawasan yang runtuh dan dapat dilihat dari jauh. Sungguh besar kuasa Allah. Sekiranya Dia mengkehendaki sesuatu itu berlaku, maka berlakulah ia..
9.30 am - Kota Belud
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam bypass from Ranau - Kota Belud - Kudat. Sepanjang perjalanan di Kota Belud, kami dapat lihat kesan banjir lumpur. Sungai yang dahulunya dijadikan tempat pembiakan ikan-ikan sungai oleh masyarakat setempat, kini telah bertukar menjadi sungai yang besar dan berlumpur.
Kami sampai di persimpangan antara Kudat dan Kota Marudu pada jam 9.30 am.
Sampai di Tg Simpang Mengayau lebih kurang jam 11.00 am. Cuaca panas terik, tapi angin laut bertiup kuat jugak.. jalan masuk ditutup sementara sebab tanah runtuh, jadi lencongan dihalakan ke dalam ladang kelapa sawit. Mula-mula tu was-was juga. Tapi tawakkal sahaja lah..
Jalan masuk ke kawasan Simpang Mangayau melalui Ladang Kelapa Sawit
Subhanallah!! Cantiknya pemandangan
Tempat wajib bergambar
Di sini lah pertemuan Dua Lautan iaitu Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Boleh nampak dengan ketara perbezaan warna air laut di situ.
Untung juga bercuti semasa bukan cuti sekolah. Masa sampai tadi kami berdua je.
Masa dah nak gerak balik barulah ada beberapa orang pelancong sampai.
12.00 pm - Kudat - Kota Belut - KK
Cuaca semakin panas. Malam ni kami akan bermalam di Kota Kinabalu pula. Perjalanan ke KK juga akan melalui pekan Kota Belud.
Sempat singgah Bavanggazo Rungus Longhouse Kudat. Aunty tu adalah wanita suku kaum Rungus. Masyarakat Rungus sekarang tidak lagi tinggal di rumah panjang tradisional. Kebanyakannya tinggal di rumah panjang yang diperbuat daripada batu bata. Bayaran masuk RM3.00 seorang. Kraftangan agak mahal di sini..
Ingat nak singgah tengok pembuatan Gong.
Tapi ada tiket masuk juga. RM5.00 seorang. Tak jadi lah masuk. hihihi..
Perjalanan diteruskan. Kami sampai di pekan Kota Belud lebih kurang jam 2.30 pm. Letihnya badan. Kalau anda teringin nak ke Simpang Mengayau, tapi tak larat nak drive sendiri, boleh naik flight ye dari KK ke Kudat.
So, singgah isi perut di KFC dulu. Mengikut pemerhatian, Kota Belud ramai Muslim. Banyak juga kedai makan yang di miliki orang Islam. Selesai makan, sambung perjalanan Kota Belud ke KK.
Sampai di KK, hujan lebat. Jam menunjukkan jam 4.00 pm. Jalan agak jammed. Lebih kurang jam 5 pm, kami singgah pula di Pasar Besar KK untuk mencari ikan bilis. Tapi tak sempat membeli sebab pasar akan ditutup jam 6.00 pm. Misi ikan bilis akan disambung esok!
Bersiar-siar di kawasan penjaja ikan dan hasil laut.
Harga sangatlah murah disamping semuanya segar bugar.
Hujan masih renyai-renyai.
Melewati pasar Philipine, terus ke Pasar Malam Kg Air untuk mencari cenderahati untuk dibawa pulang. Mutiara Sabah memang murah. Anda perlu tahu, yang mana mutiara campuran, dan mutiara asli. Harga mutiara asli lebih tinggi, tetapi still berbaloi lah. Rambang mata hakak tau!
Dah penat berbelanja, singgah makan di gerai di belakang Pasar Philipine. Kami memilih menu Lobster Masak Butter, Sotong Bakar Sambal, Umai dan kerabu mangga.. Umai sangat sedap sebab isi ikan fresh, tapi yang lain-lain saya bagi 3 bintang sajalah.
Selesai makan, badan pun dah melekit dan penat. Jom rehat. Kami bermalam di University Condo Apartment (UCA) yang terletak di Menggatal, KK.
Penat tetapi seronok. Tamatlah penjelajahan kami untuk hari yang ke-empat. Ke mana pula esok? Tunggu next entry ya..
Good Nite.. xoxo..
4 comments:
Assalam...buat sahabat..amat menarik...moga Allah kurniakan kebahagiaan buat kamu ber2:))
Bro assoy.. terima kasih tak terhingga atas doanya.. aminnnn.. :-)
memang tak lupa di ingatan la landskap di Sabah tu huhuuu
sangat mengujakan
Betul tu. Thanks padin masih sudi singgaj blog anna. Dh jarang sgt update blog ni..
Post a Comment