Assalamualaikum..
....Di saat kita mengeluh dengan kesukaran hidup dan dugaan berat, masih ramai lagi di luar sana yang lebih susah, lebih sengsara kehidupannya daripada kita... Syukur lah kita masih diberi kesempatan olehNya untuk terus bernafas hingga ke malam ni. Esok belum tentu...
Malam ni Anna juz nak share satu artikel menarik tentang WANITA. Anna copy paste je dari FB sahabat. Harap dapat memberi manfaat untuk kita semua.
*****************************
Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak
ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret
puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si
wanita ini berkata:
‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’
Sebenarnya
beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah
membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya
turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:
- Suaminya
- Ayahnya
- Saudara Lelakinya
- Anak Lelakinya
Keempat-empat
golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang
dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?
Itu
baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang
yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang
‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang
terlibat kerana dosa seorang wanita:
Sahabat
Sahabat yang
menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita
membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang
membuka aurat.
Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung
dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan
bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:
Tegur dengan tangan jika terdaya.
Tegur dengan mulut jika terdaya.
Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.
Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?
Orang yang melihat
Sesiapa
sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa
penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya
sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat
kali ganda.
Jurufoto
Jurufoto yang mengambil gambar wanita
bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan
bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan
seumpamanya.
Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya. **tiba2 teringat pernah update blog letak gambar artis tak bertudung.. camne ni.. Kena cari balik la**
Mana-mana
sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja
penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya
dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua
orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup
aurat.
Penjual/ penyebar
Orang yang menjual majalah,
gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang
tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya
turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram
untuk dijual dan disebarkan.
Pembeli/ pembaca
Orang yang
membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan
memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini
akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah
golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan
dosa-dosa mereka.
Inilah antara orang yang akan menanggung dosa
kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai
ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan
menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat
dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol,
mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita
itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap
sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.
Nauzubillah…
Setelah
membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang
telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…
Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah…
3 comments:
wuuuuu... takutnye.. dah banyak beli majalah yang ada artis2 tak bertudung nie.. kadang2 cuma nak certain info je..ermmm..
hmm.. kak anna pun musykil apa sepatutnya kita nk buat kan.. sekarang ni dok tgh proses buang gambar2 member yg tidak menutup aurat daripada fb kak anna.. =)
penjual, jurubaca, cameraman pun kene jugak ea..hmm..sbg teladan..
"Binatang pun pandai berkasih sayang. Manusia?".
Post a Comment