Assalamualaikum~ Hope U all sihat. Anna, alhamdulillah, sihat.. Cuma selsema masih tidak berkurangan. Rasa sangat tak selesa. Malam ni, sambil2 rehat before start buat kerja, anna nak mencoretkan sesuatu..
RINDU... Apa yang U all faham tentang rindu? Subjektif kah? Atau mmg ada definisi yang tepat.. Anna tergerak untuk update tentang rindu ni masa dalam bas balik dari fakulti tadi. Anna akan merindui...
* Kawan2 seperjuangan yang sama2 stress dalam mengejar impian dan cita2.. sama2 gembira bila lect cakap kelas batal, sama2 senyum lebar bila dapat gred A+, nangis bila tak capai target.. =)
* Pakcik driver bas (pakcik hindustan-bas KTR).. Setiap kali naik bas dia mesti dengar lagu2 hits hindi. kuikuikui.. cool la pakcik!
* Makanan kat Meranti.. terutamanya kat temu kunci.. we love your food.. Sekarang dah banyak kedai makan baru. Yang stay dari 1st year degree dulu pun temu kunci dan noraini lah..
* Adek2 JKM.. dah berapa batch ye anna kenal.. sayang kamoo semua.. U all mmg banyak bagi kenangan untuk kak anna tau. Ada yang nakal, ada yang masih malu2, ada yang mmg macam adek beradek betul.. tak lupa juga ada yang mungkin tak menyenangi kak anna. heheh.. ada kan? ada kan?
* Kak Mala dan Kak Ina (Berlian Minimart). Yang ni pun dari 1st year masuk lagi. Kalau jumpa akak2 ni mmg tak habes sembangnye.. Lepas satu episod, episod lain pulak..
* Pembantu felo dan felo serta pengetua KTF. Saat2 bekerja bersama, sure ada masam manis, pahit tawar semua la kan.. Tapi kita semua dah macam family. Buang yang keruh ambil lah yang jernih.
* Lecturers yang best dan pelbagai ragam.. ada yang tegas, firm, strict, ada yang cool, mesra, sangat bertimbang rasa.. macam-macam la..
* Klinik Kaunseling.. Hmm.. yang ni mmg best la.. Praktikal? Dah hampir dua bulan la Anna kat sini. Mmg susah nak dapat client melainkan kawan-kawan yang sudi datang. Anna tau, ramai yang memerlukan khidmat bimbingan & kaunseling, tapi mungkin masa yang tidak bersesuaian dan juga ambil masa untuk develop trust!...
* Banyak lagi la kenangan yang satu persatu tercatat dalam memori ni. Semoga Anna dan rakan-rakan seperjuangan semua dapat grad on time... InsyaAllah~~~~ =)
2 comments:
rindu itu adalah anugerah Illahi.. =)
memang sukar nk mendefinisikn rindu ni..lain orang lain maknanya kan..huhu
saya nak ajak join new segment di blog saya...ianya sangat mudah..tentang luahan hati y ingin share dengan rakan2...mai r lawat blog saya ek..saya ada 2 blog tapi bg segment ini, ini link blognyerr...
http://enjoyurblogbaby.blogspot.com/
if xley juz click pada pic saya pada comment ni n click pada enjoyurblogbaby!!!
tq..:-))
Post a Comment