Sunday, December 19, 2010

Kesesakan Lalu Lintas di Broga Hill

Assalamualaikum dan selamat petang! U all buat ape petang2 ni? Kalau ada pisang goreng sedap jugak kan? Heheh..entri kali ni juz nak share pengalaman pertama kali naik Bukit Broga..



Persediaan simple je tapi kalau nak tengok sunrise perlu merancang perjalanan dengan baik lah. Nak set timing cun-cun matahari naik kan.. Kami pergi bertiga: Anna-Dina-Ina. Asalnya ramai lagi nak join, tapi masing2 ada hal pulak last minit. 

Anna pun tak merancang nak naik Broga Hill ni, tapi dah diorang ajak, OK je. Berbeza dengan pengalaman b4 ni kat Gunung Ledang, Broga tak perlu upah ranger untuk guide, memadai kita sendiri buat persediaan mendaki. Bawa bekal roti dan mineral water dah cukup.

Kami bertolak dari rumah (Kajang) seawal 5.30 pagi. Singgah bersolat di Masjid berdekatan yang mana lebih kurang 500 meter lagi sebelum masuk ke persimpangan Bukit Broga. Usai solat, kami meneruskan perjalanan. Kawasan parking kereta merupakan ladang kelapa sawit. Agak luas lah. Setelah warm-up lebih kurang, kami pun memulakan pendakian. Masa tu, jam menunjukkan lebih kurang 6.20am. Masih gelap. So, disarankan untuk membawa lampu picit ye. Kalau terlupa, takpe sebab ada orang yang menjual lampu picit kat kaki bukit tu. Pendakian bermula dengan jalan tanah gambut yang agak landai, namun lama-kelamaan semakin bertambah darjah kecuraman tu. 

Untuk pengetahuan U all, semasa kami mendaki ada sekumpulan kanak2 bawah 12 tahun turut mendaki dengan diiringi orang dewasa lah. Dan jangan tak sangka, uncle yang bertongkat juga boleh turut sama mendaki. Agaknya uncle tu dah biasa kot. Mungkin penduduk sekitar je.

Beberapa minit kemudian, kawasan mendaki semakin mencuram. Tiada lagi kawasan luas, yang ada cuma laluan untuk seorang demi seorang pendaki. Dengan kehendak Allah juga, hujan renyai mula turun. Masa ni kami berbelah bahagi nak teruskan atau berpatah balik. Ada sebahagian pendaki dah mula menuruni bukit (samada patah balik atau memang dah lama sampai). Dengar cerita, ada juga yang turut mendaki malam dan berkhemah di atas bukit. Finally kami decide nak teruskan. Baju dah basah dengan peluh dan hujan. hehehe.. semangat betul!!

Memandangkan hari cuti, maka berlakulah kesesakan. Dengan bertembung dengan pendaki yg nak turun lah, ada yang berhati-hati melangkah, jadi perjalanan agak lambat. Niat nak tengok sunrise tak kesampaian. Kami sampai atas dah jam 7.40am. Hujan makin lebat, tanah basah semakin menyukarkan pergerakan, sebab licin.. Gambar pun tak sempat snap banyak.. Huhu.. sedih. Takpe lah, next time boleh pergi lagi..

Kami sampai di kaki bukit semula lebih kurang jam 8.30am. Perut pun dah lapar, jadi kami bercadang nak singgah pasar pagi beli sarapan. Lupa nak bgtau, bayaran parking pun ada tau. Nyonya tuan punya tanah kot yang jaga pagar kuar tu. Sempat dia mintak duit parking RM 2.00. Hehe.. Sure banyak dia dapat setiap hari. Banyak betul kereta....

Sampai sini dulu.. Gambar tak cantik la sebab susah nak bergambar dalam hujan.. Nak snap banyak2 pun tak dapat. Jom gi lagi. Siapa nak ikot???

7 comments:

Kasih Suci - Mama Damia said...

ooo dah jejakkan kaki kat bukit broga ea...xpe2...awal tahun nnt i plak nk p jln2 kat sana...kalau xde aral melintang la...hehehe

annazanariah said...

@kasih... wahh.. u nak gi ngan sape? nak ikut.. ehehhe..

sweetsal said...

akak yg dok dkt broga hill tak pernah sampai lagi..huhu

afiff edogawa said...

bukit broga?? hmm.. xpenah dgr la.. mcm best je..

Azuan said...

tak pernah sampai lagi...tapi gunung ledang pernah pergi le..

Azuan said...

tak pernah sampai lagi...tapi gunung ledang pernah pergi le..

Anonymous said...

[url=http://vtyupdr.com]irPHneUNcRkShlQWU[/url] - NisRY - http://iluubcb.com