Monday, October 04, 2010

Lebaran 1 Malaysia || Jamuan Hari Raya KTF 2010

Assalamualaikum..

Seems, dah lama Anna tak menjenguk blog kan? Sibuk dengan aktiviti kolej dan urusan study sampai tak sempat nak buka blog. Apatah lagi nak BW. Thanks for U all yg tak jemu2 menziarah Anna even Anna tak sempat jenguk U all. Cayang U all tau~~

Update aktiviti: Majlis/ Jamuan

Lebaran 1 Malaysia,
Dewan Sri Berlian, KTF UTM
2 Oktober 2010 (8.30pm)

Apa yang menarik untuk dikongsi...~~

1. Semua juadah disediakan sendiri oleh warga kolej. Aktiviti REWANG telah diadakan bermula 1 Oktober, jam 9.00mlm. Selain dapat menjimatkan kos, aktiviti ni dapat merapatkan silaturahim.
2. Daripada tak pandai masak, dh pandai masak. Ngeeeee~~~
3. Penat tapi puas hati. Pecah rekod sendiri tak tido lebih dari 24 jam. Bermula dari kul 10am (1st Oct) until 12.30 pm (2nd Oct). Mata dah jadi mata panda, badan dah tenat sgt.
4. Anna jadi penasihat protokol. Ada kecacatan sedikit. Maaf ye sebab terlepas pandang.
5. Pertama kali Anna berada di pasar pagi selama 3 jam++. Membeli barang keperluan untuk memasak. Lagi kesian kat Kak Jue sebab walaupun penat+letih+ngantuk, sanggup drive jugak..
6. Setelah juadah terhidang, rasa bangga jugak kan. Dah macam caterer dah kitorang ni. Sapa2 nak order untuk jamuan, bolehlah berbuat demikian,,, Hehehe..
7. Selepas jamuan tamat, bergotong-royong mengemas dewan dan mencuci segala peralatan yang dah digunakan. Sakit pinggang basuh periuk besar. Bukan satu, tapi empat. Huhu..
8. Balik ke bilik dah 2 am (3 Oct). Kepala dah ting tong.
9. Anna demam.. Uwaaaa... Sakit bangat kepala ni. Macam ada ketul batu! Berat.
10. Dah rehat sepanjang hari, makan ubat, alhamdulillah.. dah OK. Pastu bersemangat upload gambar2 dalam FB untuk tatapan adik2 JKM dan AJK yang sangat rajin bagi menjayakan majlis.
11. Dah terlebih rajin, edit2 gambar pulak untuk update blog tersayang ni. Jom usya gambar lak.. =)



Hiasan dewan bertemakan 1 Malaysia: Ada ketupat gergasi, tanglung gergasi dan 'kolam' gergasi. Juadah: Mee kari, Bihun sup, Nasi Impit dan kuah kacang, Lodeh, Nasi Goreng Cina, Roti Jala, Agar-agar dan buah Tembikai.


a: 1 Malaysia (Jjing, Anna, Ranjeni)
b: With my fren, Hana from Somalia
c: Ni lah Pengarah Program, Cik Nabilah Najib
d: Bersama Mantan Pengatua KTF, Dr Mohad Anizu
e: Bersama Pengetua Baru KTF, Puan Marzilah A.Aziz


K.A.M.I : Pengetua KTF, Mantan Pengetua KTF, Pembantu Felo KTF, JKM KTF, dan semua AJK yang terlibat.



Acara makan-makan sempena Hari Raya dah tamat. Next program: SAHABAT iaitu sambutan birthday warga KTF. Aik.. makan lagi. Heheheh~~


3 comments:

Lin said...

wah..sama la kita KTF..hehehe

sweetsal said...

bersemangat betul anna memasak, sampai tak tido2 ke..mesti makanan semua sedap2 ni..hehe

CIK TOM said...

wah sedappnye...nak jugak..bz nye anna..rindu anna...