Wednesday, September 22, 2010

Resipi Dodol Pak Ngah || Meletop!

In The Name of Allah~
Assalamuaikum w.b.t..


Hari ni Anna nak kongsi resipi DODOL PAK NGAH yang meletop (my father la, sebab beliau anak ke-2, so pangkat pak ngah). Actually dodol ni resipi turun temurun dan warisan daripada zaman moyang. Dah turun ke nenek, sekarang ayah pula mengusahakannya. So, dari kecik la Anna tidak akan terlepas daripada makan dodol setiap tahun. Tapi DODOL PAK NGAH ni seasonal tau. Hanya ada masa musim perayaan: Aidilfitri dan Aidiladha

Ayah ada cakap, dulu sekotak tepung dah cukup. Lepas tu, 2 kotak, tapi tahun lepas, up lagi jadi 3 kotak. Wow.. Sambutan menggalakkan. Walaupun perusahaan secara sendiri dan sambilan, tapi dah sampai ke seluruh malaysia tau dodol ni. Asalnya tahun ni ayah cakap tak nak buat, disebabkan masalah kesihatan, tapi lastly tak sampai hati sebab regular customer frust kalau tak dapat. SO, nak tak nak, buat la jugak. Tapi dalam kuantiti yg sedikit cuma. Sebab tu la Raya Ke-6 kami adik beradik kacau dodol lagi untuk buat makan2 dan bagi jiran2 dan kawan2. Atas tunjuk ajar ayah, alhamdulillah.... Hasilnya, success! U all nak tengok step-by-step tak? Masa yang diambil lebih kurang 5-6 jam. Sebab tu la kualiti dodol ni ada umpphh. Boleh tahan sampai 3 minggu tak berkulat, sentiasa lembut dan liat (tak jadi keras), rasa yang tak berubah. Hehehe.. Promote nampak.. Laaaalaalalaaa~~

OK, ni antara pic yg Anna snap. Maaf kalau kualiti tak berapa bagus.

Bahan-bahan Utama:


a: gula merah
b: santan
c: tepung pulut (perlu dibancuh terlebih dahulu)




Antara step pembuatan DODOL:


1: air gula merah dipanaskan dahulu
2: masukkan tepung pulut yang dah dibancuh dan ditapis tadi
3: dah panas, masukkan santan
4: control api (tu la ketua chef, yg dok berdiri tu adek anak no-2)



5: dah mula pekat
6: masa ni aroma yang wangi dah mula tersebar. huhu..
7: kaler dah berubah. makin susah nak kacau!
8: ayah cakap masa ni tinggal lagi dua jam nak masak. Ada beberapa tips yg diberikan supaya tau bagaimana rupa dodol yg dah masak.



9: dah tak sabar punye pasal, time ni pun dah ambik sikit. nyummy.. sedap. U all pernah makan dodol yg belum masak??? Jangan jeles ye. Rasanya lain sikit. Lemak manis berkrim gitu.
10: Dah masak akhirnya. (3.30pm - 8.40pm). Penat kacau bersilih ganti. Fuhh~~
11: Ready to serve. Panas2 lagi.. Sedap!
12: Duta Produk... Hehehe... Adek Anna yg 1st. Hafiz.


Itu lah sedikit sebanyak kenangan raya tahun ni. Kepada rakan2, kalau nak rasa DODOL PAK NGAH, silalah datang bertandang di rumah time raya ye. Datang waktu lain tak ado k..  Kalau nak tempah untuk juadah pagi raya, sila tempah sebulan awal. Kalau lambat melepassss.. Kuikuikui. Tapi kalau nak untuk special occasion or event boleh je, cuma kena tgk kesesuaian waktu la. Maklumlah, ayah kan bekerja. Atau kalau nak resipi boleh contact Anna atau adek Anna tu.. Adios!


Anna-cakap: Rugi kalau resipi tradisional dilupakan. Jangan sampai suatu hari nanti, generasi akan datang tak tau dan tak kenal DODOL.

8 comments:

diana said...

raya tahun ni saye tak merasa lagi makan dodol..
betul2 kecewa yang tramat sangat..
banyak rumah tak de dodol..
susah nak buat agak nye..
malam nanti nak beli la..
terliur tengok dodol kat sini..

Badrul Hafiz said...

eh, ada muka saya la di sini.. hehehe

sweetsal said...

anna, bestnye dodol, teringat kt arwah ayah n mak, tiap kali raya mesti kacau dodol dr kul 9 pg smpai 5 ptg..kesian sungguh smpai nk pengsan kacau dodol..thn ni tak merasa lagi..huhu

Tomato Gurl's Life said...

fuyoo..mantap..anna, cik tom nak dodol boleh??raya tahun ni xmkn lg dodol..

.s.o.f.i.a. said...

a'ah la..... baru teringat tahun nie tak makan dodol time raya!!!! adoyai!!!

Norazizah Hashim said...

Yummy, suka makan dodol. Mcm2 perisa ada, tapi tetap suka yang asli.

sayyidah eda said...

Xda sukatan ke? nak cuba buatla.

N.A.T said...

sedapnya dodol cair ... Nat cari dodol yang no 9 tu huwaaaaaa ..
sapa leh bagi?