Tuesday, September 28, 2010

Haram Tudung Berbutang


Salam..


Anna nak share tentang hukum memakai tudung berbutang. Apa yang dimaksudkan dengan berbutang tu adalah berbutang di belakang leher. Lately, ramai yg share tentang artikel ni via facebook and e-mail. Anna tak nafikan Anna juga memakai tudung express ni, tapi mmg dari 1st try tak pernah pin kat belakang. Maybe sebab tak selesa, rasa cam tercekik. Sebab tu lebih suka yang scallop. Opsss.. dah melalut lak. Hehhe..

Ok, berbalik kepada topik utama, ada pendapat yang mengatakan pin kat belakang leher ni hukumnya haram sebab menyamai Sister di gereja. U all boleh google gambar sister2 ni ye. Banyak sangat. Mmg agak menyerupai sebab ketat dileher dan kembang kat bahu tu. Tapi hukum asal yang jadi haram sebab menampakkan bentuk badan (leher). Hmm.. Anna pun tak berani nak menjatuhkan hukum. Ilmu agama pun masih cetek. So, Anna pun mencari pendapat yg lebih sahih. 


Gambar sekadar hiasan. Sumber: Gooogle


Hasil pencarian tu, jumpalah artikel ni. Jom baca;

"...Pada pandangan Ustaz Love, kita tak boleh mudah2 menjatuhkan hukum berdasarkan satu dua hadis atau dalil yyg kita pelajari... Kerana kita bukan ahlinya yang mampu untuk mengistinbat (kaedah mengeluarkan hukum) hukum... 

Jika kita lihat di sekeliling, banyak lagi pakaian2 yg menyerupai kaum yahudi dan nasrani.. jubah hitam yg dipakai oleh imam, bukankah menyerupai jubah paderi kristian dan rabbi (sebut rabai) Yahudi? T-shirt juga adalah ciptaan orang bukan Islam... Jeans... kasut dsb..." Artikel selanjutnya klik SINI.



Apa pendapat U all sekarang? Semoga dengan ilmu dan maklumat  ni dapat dikongsi dengan org yg kita sayang, dan semua Muslimah di luar sana. Sebarang pendapat boleh lah tulis kat ruangan komen ye.. :)



Anna-cakap: Anna suka tudung express sebab cepat + mudah nak pakai. Tapi prefer scallop daripada yg biasa ni. Cuma agak mahal, that's why tak dapat buat koleksi. Satu lagi sebab tak jarang. Kain Lycra yang berkualiti lembut, sejuk dan tebal

3 comments:

Admin said...

Assalamualaikum..,

Berkenaan dgn isu penggunaan / pemakaian sesuatu barangan oleh orang Islam, yg menyerupai penganut agama lain, saya beri satu contoh yg berkaitan iaitu penggunaan "chop stick", kayu penyepit makanan yang biasa digunakan oleh kaum Cina kafir.

Adakah ini salah? Bagi saya tidak, selagi ia bukan digunakan untuk penyembahan patung atau berhala. Chop stick adalah alat yg digunakan utk menyuapkan makanan ke mulut, sebagai alternatif pada penggunan sudu garfu atau tangan.

Berbalik pada isu tudung berbutang di belakang. Perlu dilihat dgn skop persoalan yg luas. Kita kembali kepada asas pemakaian tudung.. Utk apa perempuan disyariatkan dlm agama Islam agar bertudung? Apakah cara bertudung yang dianjurkan oleh Islam? Apakah niat si pemakai tudung itu..? Ia bukan satu permasalahan yang mutlak kerana banyak lagi isu yang lebih berat seperti murtad, halal haram dalam sumber ekonomi dan sistem perundangan negara beracuankan Islam..

Lagipun pemakaian tudung berkenaan tidaklah menggambarkan saudari2 sekalian mengikut ajaran selain Islam, cuma pastikan pemakaian tudung berkenaan tidak memudaratkan si pengguna. Isu ini dibangkitkan oleh pihak tertentu agar penganut ajaran Islam ini sibuk memfikirkan hal2 yang agak remeh dan secara tak langsung (tak sedar) meninggalkan hal2 yg lebih penting dan berat seperti akidah, keimanan dan murtad.

cikpia said...

me kan baru blajar pakai tudung...... kadang2 pakai gak pin kat blakang kalau tak masukkan tudung dalam blouse ke pejabat. pastu terbaca pasal benda nie ritu, was2 gak.....

tapi dari ustaz love dan komen brader zaki nie, me rasa betoi la...... benda nie tak memberi kesan kat akidah kita kan.

ntah la, tak berani nak cakap, takut silap........ tapi kalau bley avoid, kita avoid la benda2 was2 camnie.............

annazanariah said...

thanks for all da comments..

for me, selagi benda tu tak menyalahi garis panduan agama islam, ok la. macam tudung yg pin kat belakang tu, kalau tak ketat ok la sebab nak kemas kan? tapi jgn pulak sampai ketat nampakkan saiz n bentuk leher. kan dalam islam mengharamkan pemakaian pakaian yg menampakkan tubuh badan.. selamat beramal~~~ :)