Friday, July 16, 2010

Memiliki Batu TIGER EYE

Assalamualaikum...

Finally, Anna berpeluang juga memiliki gelang Batu TIGER EYE. Before ni teringin, tapi bila cari, takde yang berkenan. Nak yg simple dan muat2 dengan pergelangan tangan je.... 



Gambar kat bawah ni Anna pinjam dari album Pakcik Gugel...~


Kalau U all gugel, ada banyak bentuk lagi tau. Then ada juga kaler len sikit..

Sedikit pengenalan tentang BATU TIGER EYE


BATU TIGER EYE juga dikenali sebagai batu mata harimau ini tergolong dalam keluarga Quartz. Batu ini diberi nama kerana warna dan jaluran cahaya yang meliputinya apabila dipandang seolah-olah seperti mata sang harimau yang sedang merenung tajam. Warna dominan bagi batu ini ialah kuning yang bercampur dengan hitam dan campuran coklat serta oren.

Kekerasan skala mohs bagi batu tiger eye ialah pada bacaan 7 yang banyak dijumpai di negara afrika selatan, russia, australia barat, negara jerman dan china. Tiger's eye sesuai dipakai oleh semua golongan dan berbagai peringkat lapisan masyarakat. Khasiat dan kekuatan yang menjalarinya dipercayai menjadikan pemakainya akan digeruni lawan dan dihormati kawan, segala perintah dan kata-kata sipemakainya akan mudah diterima dan dipatuhi orang. Batu ini juga dipercayai menjadi senjata menangkis perbuatan sihir dan jahat.


****************************************************************


Before ni Anna tak tau pun fakta ni, juz minat sebab cantik. Ada orang cakap sejuk pakai batu ni. Any comments? 




Nampak cam besar kan? Actually kecik je ni. Takde bajet la nak beli yg besar. Hohoho....~



Kalau U all nak tau tentang jenis2 batu yang diciptakan oleh Allah, boleh klik SINI. Subhanallah.. Setiap apa yang diciptakanNya itu mempunyai rahsianya. Semuanya tidak sia-sia penciptaannya di sisi Allah swt. Wallahu'alam~

2 comments:

Aku said...

sejuk macam air-cond ke?keh..keh..

annazanariah said...

heheh.. boleh tahan kelakar cik daisy ni..
sejuk cam ais je kowt~