Thursday, July 01, 2010

Melawan Kesepian

Assalamualaikum pembuka bicara....~






*** Entri ni hanyalah luahan perasaan penulis. Kalau U all tak baca pun tak jadi masalah. Mungkin akan membosankan dan memeningkan U all je.. Ni sesi luahan perasaan. Main taip ikut suka hati...***







Jam dah menunjukkan pukul 4am. Mata masih tak dapat lelap. Banyak perkara yang difikirkan. Hari ni dah bermula perkiraan 1 haribulan. Dah memasuki bulan Julai,,,, ohhh.. cepatnya masa berlalu. Namun, adakah kenangan2 lalu juga turut berlalu...? Hati ni jadi sebak tiba2.. Diriku berharap agar kedatangan bulan Julai ni dapat memperbaiki lagi diri ke arah positif. Kenapa? Sebelum ni negatif kah... Bukan.. Bukan.. Sebenarnya hati ni seakan2 berbalik2.. Ya Allah, lemahnya imanku, betapa sikitnya ilmuku, betapa tipisnya kesabaranku..~ Engkau tetapkanlah hatiku ini. Tabahkan diriku untuk mengharungi ujian dan dugaan.


Entah kenapa, malam ni suasana berubah rentak. Keriangan dalam hati ni seakan2 terbang entah kemana.. Puas sudah berfikir, namun jawapan masih kabur. Adakah perlu salahkan diri sendiri? Atau berpunca daripada salah insan lain....? Namun bukan niat untuk mencari kesalahan sesiapa, cuma mencari kepastian di mana harus diperbetulkan.... 


Masa.. Kenapa dengan masa? Ya, semua orang dikurniakan 24 jam sehari. Begitu jua diriku.. namun, di mana salah aturan sehinggakan masa menjadi sangat terhad. Kenapa diriku sekarang sudah tidak mengendahkan siang atau malam?


Ohhh hati, bersabarlah dalam melawan kesepian. Kesepian yang dicipta oleh diriku sendiri. Mengapa bersedih? Tak perlu bersedih jika orang tidak menghargai dirimu, tetapi bersedihlah jika dirimu tidak berharga lagi.. Ya Allah.... padamu hambaMu berserah, meminta pertolongan,,, tenangkan hati yang resah tidak keruan.


Kepada si dia.. teruskanlah usahamu untuk terus berjaya. Jangan menoleh kebelakang. Melangkah dan berlarilah sekuat hatimu demi mengejar cita2mu. Diriku di sini akan sentiasa mendoakan yang terbaik. Sebagai balasan, doakanlah supaya diriku ini sentiasa bersabar dalam mengharungi setiap dugaan. Sesungguhnya tiada yang lain dapat menggantikan tempatmu di hatiku.. Hanya dirimu bertakhta selamanya. 


Pagi yang hening sedikit sebanyak mententeramkan jiwa, namun masih terasa kejanggalan yang berlaku... Mengapa? Mengapa....? Andai dirimu terbaca coretan ini, fahamilah bahawa setiap yang tersurat perlu ada yang tersirat... 




Apabila kau ingin berteman... janganlah pandang kepada kelebihannya kerana mungkin dengan satu kekurangan kau akan menjauhinya...
Andai kau ingin berteman... janganlah diuji ilmunya kerana apabila dia buntu, kau akan menyisihkannya...
Andai kau ingin berteman... terimalah dia seadanya kerana dia hanya seorang teman yang hanya manusia biasa....~

2 comments:

Kasih Suci - Mama Damia said...

kenapa dear? sedih je bunyinye..anything to share? watever it is, Kasih tahu Anna kuat untuk menghadapi segalanya...kalau perlukan seseorg untuk meringankan beban fikiran, apa gunanya seorang kawan kan..Kasih sentiasa bersedia untuk mendengarnya...smile ye (",)

annazanariah said...

hukhukhuk.. nothing serius.. juz sedih kebelakangan ni.. nothing to worry k.. chill!