Sunday, January 27, 2019

Bali Day 2 - 20 Jan 2019 : Ubud, Tegalalang dan OKA Agriculture

"The journey changes you; it should change you. It leaves marks on your memory, on your consciousness, on your heart, and on your body. You take something with you. Hopefully, you leave something good behind.."


Hari kedua di Pulau Bali, yang disinonimkan dengan Pulau bagi pasangan bercinta dan Honeymoon.. Jom kita explore Bali!


Kenderaan kami di Bali - Daihatsu Ayla

Saya dan MH sekali lagi ke Ubud, Tegalalang. Pada percutian lalu, kami tidak berkesempatan untuk menikmati view indah tanaman padi bertingkat di Ubud. Parjalanan dari Nusa Dua ke Ubud mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Awal pagi seusai sarapan, kami terus keluar. Alhamdulillah, cuaca sangat cerah. Menurut cerita pak supir shuttle van (shuttle from hotel to tempat parking kereta), Bulan Januari adalah bulan kemuncak hujan. So saya berdoa moga-moga tak hujan.

Sebelum sampai ke tempat padi bertingkat Ubud, kami singgah dulu di Pasar Umum Ubud. Dikhabarkan cenderahati di sana bagus-bagus. Jom tengok dan cuci mata dulu.


Pilih cap lagi ke tu??

Kami tak beli apa-apa pun di Pasar Umum Ubud. Belum ada plan untuk beli cenderahati. Kami di situ dalam 30 minit sahaja. Cuaca panas terik. Oh ya, saya ada singgah beli Air Lemon dalam botol. Sedap! Iklan jap. Ok dah.. jom sambung..

Dalam perjalanan ke Ubud, kami melewati Green Kubu. Kawasan ni masih agak baru dibuka. Tiada entrance fee dikenakan cuma perlu bayar parking sahaja IDR2,000. Di sini ada hidangan signature Bali juga iaitu Bebek. Bebek ni adalah itik. Saya tak pasti cafe ni halal atau tidak. Kami singgah pun bukan sebab nak makan, just nak try 'Swing' je. Di Bali memang tengah famous swing dan juga bird nest sebagai tempat selfie.


Gayat juga mula-mula tu. 15 kali swing pada harga IDR25,000 seorang. Ada pekerja yang tolong swing nanti.


Kawasan ini juga ada beberapa spot untuk bergambar. Oh ya, ada sebahagian gambar di ambil menggunakan GoPro Hero 7 Black dan ada sebahagian menggunakan P20 Huawei. Tapi video diambil menggunakan GoPro. Saya akan share video swing ni di FB saya.


Kami spend time kat sini lebih kurang sejam juga lah. So next destination adalah Rice Terrace, Tegalalang. 


Nampaknya kali ini pun takde rezeki tengok padi menguning. Padi semua baru sahaja dituai dan ditanam semula. Dijangkakan pada bulan April ke atas baru boleh dapat view cantik macam kita tengok di Google tu. Huhu.. Takpe lah... Kat sini pun ada Swing dan juga Bird Nest tau. Nak bergambar perlu bayar lah. Disebabkan view pun tak berapa menarik, kami decide tak perlu lah bergambar di spot-spot yang disediakan tu.


Panas terik!


Mujur ada sunblock best. Bukan sahaja sunblock, siap ada moisturizer sekali tau. Thanks to Safiah Adibah Ani yang suggest sunblock ni. Kalau korang nak, sila contact beliau di FB beliau>> SAFIAH ADIBAH ANI


Lebih kurang sejam juga kami kat Tegalalang ni. Dah bergambar ala kadar, jom bergerak ke tempat seterusnya iaitu OKA Agriculture. Sebenarnya OKA ni kami pernah dah lalu masa 2016 dulu, tapi tak singgah pun sebab tak tahu apa tarikan utamanya. Sampailah cousin saya ke Bali few months ago, dia bagitau best tempat ni. So tarus saya masukkan dalam itinerary. Nak tahu apa yang best? jom tgk gambar..


Tiada entrance fee dikenakan. Tetamu akan dihidangkan dengan 12 perisa kopi dan teh. Dan ada extra kopi luwak (kalau nak, kena bayar). Kami tak try pun kopi luwak


Dah try, boleh lah beli kopi atau teh mana yang anda suka :)


Ni kedai jualannya. So kami hanya beli Mangosteen Tea dan Lemongrass Tea. Harga asalnya IDR150,000 setiap satu, tapi Mbak Shanti bagi diskon, IDR270,000 untuk dua teh tersebut


Tengah set up peralatan nak shooting










Too many pictures kalau saya nak spam!! Hahaha.. Memang puas hati lepak kat OKA ni. Korang pegi lah sendiri. Dan yang bestnya time kami masuk ni, hanya ada beberapa orang saja tetamu. Nak bergambar setiap pelusuk tempat ni tak menjadi masalah, tak perlu Q panjang atau tunggu-tunggu pun.

OK Ok dah lah tu. Sedar tak sedar, dua jam kami lepak kat sini. Jam pun dah menunjukkan jam 4.45 pm. Disebabkan kami belum solat, so kena cepat cari Masjid atau Musolla. Cari punya cari, memang tak jumpa. So final solution, cari tempat yang diyakini bersih, solat lah.

Ni pengalaman pertama saya solat atas tanah (rumput kering sebenarnya). Sebab Maghrib di Bali lebih kurang 40 minit awal daripada waktu di Malaysia. Mujur ada beli air mineral. 


Syukur Allah izin kita bersujud kepadaNya

Perut pun dah lapar, jom cari makan. So kami pilih Ikan Bakar Wong Solo cawangan Kuta. Memandangkan kami perlu mencari pakej untuk ke Nusa Penida esok. Jom tengok menu apa yang kami pilih:



Promote sikit


Nasi Ayam Penyet + Air Melon Jus


Nasi Ayam Penyet + Alpukat

Rasa sedap, berbaloi dengan harga. Yang penting kenyang. Kami ada buat video masa makan ni. Nanti saya kongsikan. Selesai makan, kami ke bandar Kuta untuk mencari pakej Tour Nusa Penida. Alhamdulillah, survey punya survey jumpa pakej yang sesuai dan masih ada kekosongan untuk esok. Ngam!

So dah settle semua, jom balik rest and ready untuk explore Nusa Penida esok! Yeayyyy...

So total belanja kami untuk hari kedua:
1. Petrol - IDR100,000
2. Groceries - IDR94,500
3. Salak Gula - IDR40,000
4. Parking Ubud Market - IDR5,000
5. Parking Green Kubu - IDR2,000
6. Swing - IDR50,000 (untuk 2 org)
7. OKA Teh - IDR270,000 (untuk 2 item)
8. Nusa Penida Tour - IDR1,600,000 (untuk 2 org)
9. Dinner Wong Solo - IDR118,500
10. Tol Bali-Mandara - IDR12,000
11. Sewa Kereta - IDR1,260,000 (untuk seminggu)

>> Baca juga catatan perjalanan kami tahun 2016>> KBKK [21 Mac 2016 - Day 2: Taman Ujong Water Palace] <<

2 comments:

Hai saya Adibah! said...

Husband diba minum kopi luwak tu. Terus berpusing pening kepala. Huhu diba mmg x berani nak minum.

annazanariah said...

Ye ke. Mujur diba tak minum. Kami berdua ni dh slowly kurangkan kopi. Beralih kpda tea pulak.. 😘