Thursday, February 02, 2012

Cerewatnya seorang WANITA




Apakah kaitan cerewet dengan wanita? Wanita sering juga dikaitkan dengan CEREWET, KEKWAT, KALUT.. macam2 la kan.. Hari ni juz nk share tentang mengapa WANITA perlu cerewet, tapi dalam konteks mencari PASANGAN HIDUP.
*
*
*
*
*

"...Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calonnya. Kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan mampu memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya.

Yang harus cerewet adalah wanita. Kerana dia memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbing dengan baik. Kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum..."

*
*
*

Anna tidak mengatakan wanita tidak perlu menguatkan Iman kerana mengharapkan bimbingan calon "Imam" sahaja, kerana konsep Iman terlalu luas untuk dibahaskan. Dalam Al-Quran juga mengatakan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya. Jadi, bersesuaianlah dengan hadis yang mengatakan pilihlah pasangan itu dari EMPAT PERKARA.. Apakah empat perkara tersebut? Jom kita berkongsi Ilmu..

*
*
*

Bagi lelaki, janganlah diturutkan sangat piawaian yang menghendakkan calon pasangannya mestilah pandai memasak, menjahit, bersolek dan 1001 syarat lagi. Jika ada, itu satu bonus untuk kemaslahatan diri anda.. Bagi wanita, janganlah mencari yang hensem, kaya, terkenal, sahaja.... tetapi carilah calon yang boleh menjadi Imam, jika tidak di masjid sekalipun , mampu menjadi imam untuk isteri dan anak-anak.. Wallahu'alam

*
*
*

Allah humma yassir wala tu assir..

Sekian~

Pen off~~ =)

0 comments: