Tuesday, January 31, 2012

DIA Yang Menentukan

Posted by annazanariah at 1/31/2012 01:25:00 PM 0 comments



Ku temukan Dia di setiap sujudku..
Sesungguhnya kita hanya pinjaman sementara di dunia ini,
Tiba masanya kita akan di ambil kembali,
Cuma cepat atau lambat hanya
DIA yang menentukan..
Semoga amal kita akan diterimaNya.. 
Allah Tuhanku dan Tuhanmu... 
 
 
Ya Allah, ampunkan kekhilafan kami, ampunkan dosa kami~~ =(

Wednesday, January 11, 2012

Pendakian Gunung Dato' Rembau

Posted by annazanariah at 1/11/2012 08:09:00 PM 2 comments
Salam sejahtera semua...

Mood meng'update' blog dah kembali.. =)

Entry ke-2 untuk tahun 2012.

Subjek: Pendakian Gunung Dato', Rembau

Tarikh pendakian-- 31 December 2011 (last day 2011).

Perjalanan bermula pada jam 5.30 pagi (berkumpul di Phileo Damansara II). Dijangka sampai pada jam 8.30am di kaki Gunung Dato'.

Alhamdulillah, kami sampai lebih kurang jam 9.00 pagi di kaki gunung. Bayaran dikenakan sebanyak RM5 bagi setiap pendaki. Sebelum ni Anna membayangkan kaki gunung ni ada air terjun, tetapi agak hampa sebab air terjun yang mengalir tidak seperti yang dibayangkan. Tapi hajat untuk mendaki still berkobar2 even dah lama tak beraktiviti lasak.



Sebelum memulakan pendakian, perlu mendaftar. Team Sipak. yeay! hahaha...

Selepas warm-up lebih kurang yang diketuai oleh Hazwan a.k.a Semut, kami mula bergerak untuk mendaki. Pendakian kali ni ada guiders yang ala2 Saif Ali Khan.. Naufal... Menurutnya pendakian ke puncak mengambil masa lebih kurang dua jam.


Pendakian bermula, cabaran bermula..




Fuhh.. Sempottt... Tu la, weekend malas nak excersice.. camni la jadinye.. baru mendaki 10-15 minit dah mengah.. Huhu...



Check point yang entah keberapa puluh... Yang penting enjoyyyy! Hehehe..




Meh nak kenalkan pendaki team Sipak ni: Dari kiri, belakang--- Naqi, Gharib, Lukman, Jeck, Syah, Faizal, Bard, Anna, Dylla, Deeba.. Pls Deeba, jgn nak excited sgt ye. hohoho... Anugerah Puteri Gunung Dato' mmg boleh bagi kat Deeba la.. Seronok betul dia..


Ha... kan dah sempoottt... =)





Setelah lebih kurang dua jam setengah, maka sampailah kami ke puncak GD! Evan masa tu dah tengahari, tapi still rasa sejuk sebab awan berkabus bergerak..


 Perjalanan turun hanya mengambil masa satu setengah jam... masa turun tu dah menggigil lapar.. So far, GD mmg best, Anna je takde cukup masa nak cite panjang2. Ada masa U all pegi lah ye.. Mengagumi ciptaan Allah sambil beriadah.. Syokkkk~~

Sampai jumpe lagi.. Daaa.....


Selamat Tahun Baru 2012

Posted by annazanariah at 1/11/2012 08:21:00 AM 3 comments
Assalamualaikum~




Hari ni 11012012... Rasanya masih belum terlambat untuk Anna wish Selamat Tahun Baru untuk semua penduduk di muka bumi ini..

Syukur masih diberi peluang untuk bernafas di bumi yang indah ini. Jangan lupa kewujudan kita ni di atas rahmat dan kasih sayangNya. Jadi usahlah berasa sombong untuk melangkah di atas bumi ciptaanNya...

Bagi mereka yang telah melaksanakan semua azam tahun lepas, tahniah.. Bagi yang masih belum berpeluang, diharapkan terus berusaha pada tahun ini. Keazaman tanpa usaha, ikhtiar dan doa tidak akan membawa ke mana..

Anna juga berharap U all mendoakan Anna mencapai impian tahun baru 2012 ni.. Hehehe..

Nanti Anna kongsikan apakah impian2 tu (banyak Oooo00)... =)
 

! Blue Crystal ! Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal