Wednesday, May 04, 2011

Berakhir Sudah | Gembira @ Sedih?

Dengan nama Allah yang Maha Besar....,

Alhamdulillah, malam ni diberi kesempatan untuk mengadap lappy dan menulis di blog yang tersayang..  Memang diakui sudah terlalu lama Anna tak menulis di blog. Rasa cam tak tau nak mengarang ayat camne.. Adeh!



Setiap perkara di dunia ni pasti ada pasangannya. Ada siang dan malam, ada timur dan barat, ada gelap dan terang, ada lelaki dan perempuan, ada pertemuan dan perpisahan, dan ada gembira ada sedih. Semua elemen ini adalah sebagai pelengkap antara satu sama lain. Tidak dijadikan sesuatu itu tanpa tujuan dan manfaat kepada insan.



Tanggal 28 April 2011, segala kepayahan, kepedihan dan kesusahan telah berakhir. Pada pagi itu, perasaan berdebar-debar, hati jadi tak keruan. Perasaan bercampur baur. Sedih? Gembira? Takut? Semuanya ada... Namun apa yang dah tersirat dan tersurat harus diterima....



Petang Khamis itu, segalanya berakhir.. Ya! Berakhir. Semua kenangan bagaikan menari-nari ditubir mata ini. Kenangan manis, kenangan pahit, kenangan susah dan senang bersama bagaikan ditayangkan kembali. Air mata bergenang. Namun, bersyukur kerana inilah jalan yang telah dipilih... Suka atau tidak, harus dilalui dengan tabah...



Malam itu, Anna termenung sendirian sambil mengemas bilik yang bakal ditinggalkan beberapa minggu lagi. Hati sebak. Terlalu banyak kenangan. Ya, 5 tahun... Masa yang agak panjang...



Dan akhirnya, di blog ini ku luahkan segalanya..... 

Berakhir sudah.....

Gembira?

Sedih?

Takut?











Apa-apa pun, alhamdulillah, syukur Ya Allah... Akhirnya hambaMu ini telah berjaya mengharungi kesusahan dan kegembiraan dalam mencari Ilmu di muka bumi ciptaanMu ini. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan selama-lamanya....~

Sedih meninggalkan rakan-rakan Sarjana, adek2 dan warga KTF, rakan-rakan IPF, pensyarah-pensyarah, Pengetua KTF... Sob.. Sob.. Sob..

Gembira kerana telah melangkah satu lagi fasa kehidupan--- mencari pekerjaan. Gembira kerana dapat membanggakan kedua ibu bapa... Syukur..

Takut untuk melangkah ke dalam dunia pekerjaan, tapi itulah realiti yang perlu dihadapi..

So, apakah perasaan yang sebenrnya.....

13 comments:

Nurul Izzati Atan said...

as salam kak anna,...bace post kak anna nie membuat diri ini perasaan satu perasaan yg tak blh diungkapkan sama ada gembira?..takut?,..smu sudah berakhir,....

secara peribadi nya,..zati nak ucap tahniah di atas jerih perih yg diharungi,..kekdg terserempak ngan k.anna kat kampus ni selalu ckp,..(Ya Allah cekalnya dia menuntut ilmu,...mudahkan urusan kami Ya Allah),...insyaAllah zati nak contohi k.anna one day,...mohon doanya kak,....

alhamdulillah,...tak dinafikan setiap pertemuaan ade perpisahan,...=_=,..(sedih,..=(),...best of luck utk menempuh ke alam perkerjaan dan seterusnya,....ilmu Allah tu luas,..semakin kte timba makin kurg,...so jgn jemu tok tuntut lagi,...hehehe,..proud with u sis!!,...TAHNIAH & LUV U!!!....(^_^)

CIK TOM said...

tahniah dah habis...maybe perasaan bercampur baur..gembira dah habis belajar tapi sedih nak tinggalkan kawan2...

hope all da best for u!

.::NiK's WiFeY n MoMmY::. said...

tahniah sayang... dah habes blaja ye... =))) kak lin pun penah rasa mcm anna rasa.. dah last2 days masa kat utp, kak lin and my besties round balik utp tu.. and pegi kat tempat2 yang penah kitorg jelajah, especially kolej lama.. lecture hall mula2 kitorg masuk.. and tak lupa amik gamba! :)

kak lin doa kan rezki lapang untuk anna .. dapat keje elok2.. and terus berjaya ye :)))

diha said...

gonna miss kak anna..^_^

annazanariah said...

@ N I A--- luv u too sis... sangat senang dapat kenal dengan zati.. insyaAllah sama2 kita berdoa semoga dapat berbakti kepada Agama Allah dan bangsa kita.. ketabahan dan kecekalan tak datang sendiri kalau kita tak berusaha untuk kearahnya. jadi, sentiasa berada dalam aura yg positif, insyaAllah... gonna miss u dear.. sob.. sob.. sob..

annazanariah said...

@CIK TOM--- thanks sayang... even dah lama tak jumpa dalam dunia maya ni, cik tom still ingat anna.. sem ni mmg sntiasa cemas. nak buka blog mmg tak sempat.. tapi, seyez cakap, bila dah habis sangat LEGA... =)

annazanariah said...

@.::NiK's WiFeY n MoMmY::.--- dear kak lin, thanks atas doanya... skrg ni masa untuk berjumpa dgn lect2 n kwn2... bnyk jamuan perpisahan dalam minggu ni... mmg diakui perasaan GEMBIRA + SEDIH... huhu...

annazanariah said...

@ diha--- gonna miss u too sis.. study rajin2.. sentiasa ingat setiap langkah kita dalam mencari ilmu ni adalah jihad. ada pahala jika kita ikhlas.. amalkan ilmu yg dipelajari... =)

Belalang hijau Perisik said...

tahniah kerana berjaya mengharungi cabaran dunia study...5 tahun tentu bnyk kenangan yang d kumpulkan...

semoga lepas nih berjaya mengharungi dunia pekerjaan dan mungkin juga dunia perkah...perkahw...perkahwi...

xnak abiskanlah ayat last tu. anna sambung sendiri...hahahah

annazanariah said...

@ Belalang Hijau--- thanks a lot.. weeeee... banyak sgt2 kenangan.. saya putarrrrr lagi... saya cuba selesaikan... DUNIA PERKAHWINAN.. hehehe.. amin... insyaAllah.. doakan ye... =)

.:QiLaH:. said...

aslmkum k.anna...
sedey nyer...lepas nie dh x dpt jumpa lg...
dpt jumpa kat alam maya je...hehehe
rindu kenangan2 bersama ngan k.anna (^_^)

pape pon, best of luck ye utk masa akan datang...
smoga dipermudahkan utk mengharungi fasa kehidupan yg seterusnya (^_^)

annazanariah said...

@.:Qilah:.--- w'salam... insyaAllah, qilah sentiasa di hati kak ana.. kak ana pun doakan qilah sentiasa brjaya dunia dan akhirat~~

MEKAR said...

salam. tahnia. semoga dipermudahkan segala urusan adik itu :-)