Siapa minat menari dan pandai menari? Yang pastinya Anna TIDAK pandai menari.. Tapi menari merupakan salah satu aktiviti yang menyihatkan tau. Tapi kena dengan cara yang betul la.. Takkan menari kat Aloha tu menyihatkan kot! Anna suka tengok J Lo dalam movie Shall We Dance yang mana dia memegang watak Paulina. Masa dia menari dengan Richard Gere tu, fuhhh.. step yang kemas..
Rasa cam teringin jek nak belajar menari. Hahaha.. Banyak kebaikannya selain dapat menguruskan badan. Lalalaaa~ Bercakap tentang menari, banyak jenis tarian yang ada kat dunia ni. Antara yang menarik perhatian, tarian tradisional masyarakat Melayu, tarian salsa, tarian cha-cha dan sebagainya.
Hmm.. agak2 kan, kalaulah pandai menari kan, best jugak kan.. tapi akhirnya Anna tewas dengan yang ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kenal tak?? Haaa.. ni la bubur cha-cha. Tak sure camne bubur ni boleh dapat nama. Yang penting sedap dimakan ketika masih panas ataupun makan sejuk bersama ais krim vanila.. Wahhh.. Balik rumah mmg heaven lah. Macam-macam dapat makan. Beriya-iya berazam nak kurus, tapi makan tak hengat jugak. Hihihi...
Kat tempat U all panggil apa? Ataupun Anna dengar sesetengah tempat bubur ni lain pulak rupanya.. FYI, lebih sedap kalau di tambah sweet corn, sweet potato dan yam. Pastu nak lebih bahan lagi boleh juga guna fish eye sagu tu. mmg superb! =)
Tapi ingat, tak boley makan banyak2, banyak kolestrol ni..
Esok menu apa plak ye nak try? Sekali sekala balik kampung... heheh..
1 comments:
mmm nyummy...
Post a Comment