Budak 2 tahun tidak lagi ketagih rokok ~
Tentu u all pun dah baca story ni kan? Bagi yg belum berkesempatan nak baca, boleh la baca kat sini ye. Kita share info. Actually, story ni Anna baca kat UTUSAN MALAYSIA hari Rabu hari tu lagi dah.. Cume tadi tengah mengemas, ternampak balik keratan akhbar ni. So, Anna tergerak la nak share.... :)
gambar dari incik gugel
JAKARTA 8 Jun - Budak lelaki Indonesia berusia dua tahun yang mencetuskan kekecohan apabila video merakamkan dia merokok tersebar di Internet pada bulan lalu, berjaya mengurangkan lebih separuh ketagihannya.
Ardi Rizal kini hanya menghisap 15 rokok sehari berbanding 40 batang sehari sebelum ini, hasil daripada terapi 'tumpuan bermain' oleh pegawai kebajikan kanak-kanak Indonesia.
Dia diberi rokok seawal usia 18 bulan dan sejak itu jika tidak diberikan rokok, dia akan menghantukkan kepalanya ke dinding dan meragam, namun ibu bapanya menyatakan dia dalam keadaan 'sihat'.
Penggunaan teknik psikologi juga dipakai, yang mana Ardi yang suka menyanyi diberitahu yang dia tidak akan dapat menjadi artis terkenal jika dia terus merokok. -AFP
So, ape komen U all? Tentu dah penah tengok budak ni dalam You tube kan? Ish2.. camno tu.. Rokok tak bagi manfaat pun kepada tubuh badan dan psikologi melainkan ketagihan... Jadi elok lah dijauhkan. Bagi yang belum pernah merokok n ada niat nak try, baik jangan lah.. Huhuhu.. *cam iklan taknak merokok!*
Antara kandungan merbahaya yg terdapat dalam sebatang ROKOK!
sekadar gambar hiasan ^_^
0 comments:
Post a Comment