Showing posts with label Persiapan ke Bali. Show all posts
Showing posts with label Persiapan ke Bali. Show all posts

Saturday, March 02, 2019

Bali Day 8 - 26 Jan 2019 : Bali - Kuala Lumpur

"Sesuatu yang kau jumpa dalam perjalananmu... Ada kalanya lebih baik daripada apa yang kau cari.” -- Arena Wati


Alhamdulillah.. Selesai pengembaraan kami 8H7M di Pulau Bali. Pelbagai pengajaran, pengalaman dan ikhtibar yang boleh dijadikan pedoman dan panduan. 

Penerbangan ke Kuala Lumpur jam 7.00 ptg, kami masih ada masa untuk jalan-jalan meneroka keindahan pantai yang ada disekitar Kuta.


Oh ya, check out adalah jam 11.00 am. Actually, kami pun baru tahu, Peninsular Beach Resort ni hanya boleh ditempah untuk tempoh gandaan 7 malam sahaja. Dan ianyanya hanya untuk Members.. So masa kami nak check out ni, ramai lah tengah tunggu pak supir masing-masing untuk ke airport. So, you all kalau nak tengok keseluruhan bilik kami, boleh tengok dalam video di FB saya. 


Masukkan semua barang dalam kereta dulu. Then jom jalan-jalan!! Kami plan akan lunch di Pantai Jimbaran. Dengar cerita ikan bakar kat sana sedap dan segar dan yang penting halal. 


Air kotak wajib try.. Serius sedap sangat. Kami singgah juga di Krisna Wisata Kuliner, kat sini ada jualan makanan signature Bali dan bahagian atasnya ada Restoren - Bebek di Tepi Sawah. Bebek tu itik. So far, tak pernah lah pulak try kan. Kami beli Banana Chocolate. Tak pernah try lagi. Hopefully sedap lah ye.



Sampai di Jimbaran - actually ni adalah Pantai Kedonganan. Kat sini anda akan dapat lihat air laut yang seolah-olah dua warna. Cuacanya, Subhanallah... Panas terik! Walaupun angin laut kuat, tapinya sebab matahari tegak atas kepala, so memang hangus lah. Selama 7 hari kami di Bali, tak lah sun burn sangat, tapi lepas kami berjemur kat sini, memang teruk sun burnnye.. Hehehe..

Di sini juga nelayan kecil membawa pulang hasil tangkapan dari laut. So kalau baru 'mendarat', maksudnya hasil tangkapan tu sangat segar lah ye. Anda akan dapat lihat peraih dan nelayan meniaga hasil laut di sekitar jetty. 



Maaf ye sis dahaga sangat-sangat. Tak boleh nak tunggu-tunggu dah. Buat muka sedih sikit supaya MH belikan air kelapa.. Hihi.. Jom try kelapa Bali. Sebiji IDR12,000 sahaja. Walaupun penduduk di sini tak ramai sangat, tapinya ramai Muslim. Alhamdulillah..





Disebabkan orang terlalu ramai, dan nak tunggu Q punyalah panjang, so kami decide tak jadi lah lunch kat sini. Huhu.. Style kat sini, pengunjung perlu membeli ikan atau apa sahaja seafood yang di jual di tepi jetty, lepas tu bawa ke kedai ikan bakar untuk dibakar/di masak. Kedai-kedai di situ tiada jual ikan tau. Diorang charge untuk tolong bersihkan ikan/seafood and masak/bakar sahaja. Kalau nak duduk-duduk minum saje, tidak dibenarkan. Sudahnya kami hanya lunch roti aje. Gitu...




Alhamdulillah.. Walaupun Islam adalah minoriti, tetapi perkembangannya boleh nampak. Di kawasan masjid ini, ada kelas pengajian Al-Quran dan Kitab. Ada bilik-bilik kecil disebelah masjid, saya kira ianya dibina untuk kelas pengajian agama. Walaupun nampak dhaif, tapi jauh di sudut hati saya, sebak dan syukur atas Hidayah yang Allah berikan kepada mereka. Tapi kalau anda dapat lihat, ambulance tu Alphard okey. Maybe hasil daripada sumbangan. Wallahu'alam..

Selesai solat, kami terus ke Airport. Risau juga jalan petang-petang, Bandar Kuta ni macet. So better gerak awal sikit, tak kalut orang Utara kata.


Nak dijadikan cerita, luggage kami ngam-ngam 20kg untuk check in. So hanya beg sandang sahaja akan di bawa ke atas.

Kadang-kadang, dah rasa perancangan kita yang terbaik sehingga lupa Allah adalah Maha Perancang. Semasa kami nak check in Kastam, kami ditahan kerana membawa Tripod. Tripod GoPro tu panjangnya 90cm, tapi bila buka panjangnya sehingga 3 meter! Jadinya, terpaksalah masuk ke kargo. 

Then, apa lagi... Berlari lah pulak MH ke kaunter check in beg untuk check in tripod tu. Malangnya, beg kami yang sebelum ni dah ngam 20kg, dan berat tripod adalah 600gm. MH try cari juga orang Malaysia untuk tumpang luggage, tetapi malangnya tiada. Memang tiada harapan lah.. Dan akhirnya Tripod ini telah berpindah milik. Kami hadiahkan kepada pekerja kebersihan di Airport. Sekian wassalam..


Itulah dia tripod (actually bawa dua tripod, Tripod GoPro dan Vimble) yang telah banyak membantu kami untuk shooting gambar-gambar menarik sepanjang di Bali. Memang dah tertulis hanya untuk di gunakan di Bali. Baru je beli dah terpaksa bertukar warganegara. Hahaha.. Sis is redho..


Walaupun dengan rasa berat hati, kami terpaksa terima kenyataan. Alhamdulillah, urusan boarding semua berjalan lancar. Flight on time, cuaca baik, landing pun smooth je. Memang perjalanan kami kali ni memberi seribu satu makna.

InsyaAllah, April ni kami akan jelajah Kota Rome, Italy selama seminggu. Nampak gayanya kena beli tripod baru lah. 

OK, settle.. hope dapat jadi panduan kepada sesiapa yang nak travel ke Bali tanpa guna Travel Tour. Memang best! Try sekali, baru anda akan tahu. Challo!

Total belanja kami untuk hari kelapan:
1. Sarapan - IDR 44,000
2. Petrol - IDR 30,000
3. Shopping di Krisna - IDR 57,000
4. Pantai Kedonganan - IDR 3,000
5. Kelapa Bali - IDR 12,000
6. Alfa Mart - IDR 48,200

Baca juga catatan saya ke Bali kali pertama pada 2016 >> KBKK [27 Mac 2016 - Day 8: Bali - Malaysia] <<
Read More

Tuesday, January 29, 2019

Bali Day 4 - 22 Jan 2019 : Lovina - GitGit Waterfall - Handara Gate - Bedugul

“Better to see something once than hear about it a thousand times”


Alhamdulillah.. Hari ke-4 di Bali. Masih diberikan kesihatan dan kekuatan untuk menjelajah salah satu tempat yang Allah jadikan untuk kita explore dan berfikir. Bali adalah kepulauan yang majoritinya adalah penganut Agama Hindu, Islam Agama kedua terbesar dan seterusnya Kristian dan diikuti oleh Buddha. Sebab itu senibina di Bali ini banyak mengikuti tradisi dan kepercayaan Agama Hindu.

Namun begitu, tempat yang kami kunjungi pada hari ini, ramai saudara seIslam kita dan juga saudara baru. Alhamdulillah. Jom baca perkongsian saya untuk perjalanan kami untuk hari yang ke-empat ini.

Destinasi pertama adalah Lovina-Singaraja. Jarak perjalanan dengan kereta daripada Nusa Dua mengambil masa lebih kurang 3 jam. Ini mengambil kira laluan perjalanan kami adalah bukit bukau dan melalui tebing-tebing yang berliku. 

Plan asalnya kami nak melihat ikan lumba-lumba di Lovina, tetapi daripada info yang kami dapat daripada orang Bali sendiri, kalau nak tengok kena ada di sana seawal jam 5 pagi. Boat akan membawa anda ke lautan luas untuk melihat ikan. Dan kami juga dinasihatkan untuk tidak memandu sendiri di awal pagi disebabkan faktor keselamatan (jalan yang sunyi dan berbukit-bukit). So kami tukar plan sikit, kita tak pergi tengok ikan, tapi kami hanya pergi tengok pantai Lovina yang dikatakan cantik.

Perjalanan kami ditemani hutan hijau dan suhu sejuk (tak ubah seperti di Cameron Highland). Hanya ada beberapa chelet disediakan di kawasan ini, mungkin bukan tempat tumpuan sangat kan. Agak aje lah ni..

Setelah lebih kurang dua jam, kami ternampak signboard GitGit Twin Waterfall. So plan tetiba berubah. Memang kami bawa baju spare in case nak mandi laut atau mandi air terjun.  So MH cadangkan kita ke GitGit Waterfall saje lah. Memang ada dalam itinerary pun. Ok On!

Bayaran masuk IDR20,000 seorang. Dan nak turun ke air terjun tu anda akan melalui beberapa level anak tangga yang ada sebahagiannya agak berlumut dan jaraknya lebih kurang 500 meter jugak lah. So be carefull ya.



Dah sampai.. Actually, tempat ni adalah salah satu tempat tarikan pelancong untuk mandi dan ambik gambar. Masa kami sampai takde orang disebabkan mungkin masih awal pagi. 


Air terjun ini mempunyai ketinggian 35 meter dan merupakan air terjun tertinggi di pulau Bali. 


Cantik banget.. Dan sejuk.. grrrr.. Nanti tengok video saya di FB ya. We all spend sekejap je kat sini, ambik gambar dan terus gerak ke next destination, iaitu Handara Gate!



The Handara Gate is the main entrance of Handara Golf & Resort Bali. Handara Golf & Resort Bali is located in Pancasari Village Bedugul, the central highlands of Bali and nestled down inside the crater of an extinct volcano at an altitude of almost 1,400 meters (almost 4,000 feet) above sea level.--- Sumber Google

Untuk selfie kat sini kena bayar IDR20,000 seorang. Diorang bagi limit 10 minit sahaja setiap orang. Dan kena beratur tau nak ambik gambar kat sini. Pandai-pandailah korang adjust macam mana nak fully utilized masa yang diberikan.

Dah settle shooting baek punya, jom kita ke next destination iaitu Pura Luhur Danu Bedugul. Actually tempat ni kami dah sampai masa 2016. Tapi alang-alang dah lalu jalan ni, singgah lah sekali lagi.

Tapi sebelum masuk, kami lunch dulu di Restoren Hjh Marfuah. Restoren ni milik orang Lombok. Mereka berhijrah ke Bali disebabkan perkahwinan. So menu pilihan adalah Ayam Betutu dan Ayam Bakar Taliwang. Nyummy.. Tak sempat ambik gambar makanan. Lapar sangat dah. Hahhaa..

Settle makan, kami masuk ke Bedugul. Wahhh banyak perubahan. Ada beberapa spot ambik gambar yang baru. So saya share sikit ye.








We spend about two hours here. Just lepak dan enjoy the scenery. Alhamdulillah, cuaca pun baik, langit cerah.. Then singgah solat di Masjid Besar Al Hidayah atau dikenali sebagai masjid biru. Masjid ni special sebab takde aircond ataupun kipas. Udara sejuk yang kita rasa tu adalah semulajadi.. Nyaman sekali!



Oh ya, kawasan parking masjid ni ada jualan buah-buahan tau. Saya menyeru, beli lah sedikit membantu mereka. Kami membeli Salak Bali dari salah sebuah penjaja di situ. Saudara baru. Agama asalnya Hindu, pernah tukar agama kepada Kristian, kemudian kembali ke Hindu dan Alhamdulillah Allah bagi hidayah kepada mereka sekaluarga, mereka kembali kepada Agama yang benar, iaitu Agama Islam. Maha Suci Allah.

Perjalanan kami kali ini banyak menyedarkan kami bahawa tiada gunanya sombong dengan dilahirkan Islam jika jiwa tidak mencari akhlak dan tauladan menurut panduan Islam. Contohi akhlak Rasulullah dan kepimpinan baginda. Sayang kepada semua orang dan makhluk. Berdakwah selagi mana ada nafas. Tunjukkan Islam itu Indah. Tarik mereka kepada keindahannya... Ya Allah.. Sebak..

Perjalanan kami kembali ke Nusa Dua ditemani dengan sedikit bingkisan dan renungan. Ya Allah syukur aku dilahirkan Islam, syukur masih tetap berada di dalam Iman, sedangkan ada orang lain yang masih mencari-cari agama yang benar. Syukur Ya Allah..

Sampai sini dulu coretan perkongsian saya.. Sayu pulak rasa.. :(

Jangan lupa baca juga catatan perjalanan kami ke Bali pada tahun 2016 >> KBKK [23 Mac 2016 - Day 4: Tirta Gangga - Ubud - Kuta] <<
Read More

Sunday, January 27, 2019

Bali - Pendahuluan : 19 Jan 2019 - 26 Jan 2019

Wherever you go, go with all your heart...


Alhamdulillah.. Selamat tiba di tanah air tercinta, semalam 26 Jan 2019. Percutian (lebih kepada pengembaraan) kami berdua kali ini sangat bermakna, kerana pelbagai pengalaman baru yang kami tempuhi. Ada suka, tak kurang juga ada duka.. 

Insya Allah saya akan kongsikan pengalaman kami selama 8H7M di Bali, Island of Thousand God. Tapi bagi saya, pulau Bali ini memberi saribu satu makna buat kami dalam mencari makna kehidupan dan memahami setiap kejadian yang Allah ciptakan.

Berbanding tahun 2016, perancangan kami ke Bali kali ini tidaklah detail sangat memandangkan aktiviti yang kami rancang akan memakan masa yang agak panjang di sesuatu tempat. Kalau anda baca persiapan ke Bali pada 2016 di sini, anda akan dapat bayangkan betapa detailnya persiapan dan perancangan yang kami berdua lakukan, maklumlah first time kan. Untuk tahun ini, kami hanya plan awal dari segi penginapan hotel, tempahan tiket penerbangan Air Asia, tempahan tiket ke Bali Safari, permohonan permit memandu antarabangsa, pertukaran wang IDR yang mencukupi, serta peralatan atau barang yang ingin dibawa bersama.


Pastikan pasport masih valid 6 bulan ke hadapan dan dapatkan permit memandu antarabangsa kerana kami akan memandu sendiri di Bali


Wang IDR yang kami bawa adalah IDR7,500,000 (dengan kadar tukaran 0.292). Kami tukar note di Money Changer favourite kami di Chow Kit. Rate lebih murah di sana.


Jangan lupa print out dokumen yang diperlukan : Itinerary, slip pengesahan hotel dan slip pengesahan tempahan lain jika ada


Masih ingat dengan berita Anak Gunung Krakatau yang meletus pada 26 Desember 2018? Berita ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kami. Tiket penerbangan sengaja kami tangguhkan kerana masih ragu-ragu akan keselamatan sekiranya kami bercuti ke Bali. Cuma urusan penginapan sahaja telah diselesaikan lebih awal.

10 Januari 2019, kita digemparkan pula dengan Gunung Agung kembali meletus. Gunung Agung ni terletak di Daerah Karangasem, Bali. Tak habis debaran letusan Anak Gunung Krakatau, datang pula berita Gunung Agung yang sememangnya di Bali, tempat yang ingin dituju. 

Setelah kami mendapatkan beberapa maklumat daripada rakan di Indonesia dan juga kenalan di Bali, kami sependapat untuk meneruskan juga pengembaraan kami ke Bali. Tiket penerbangan Air Asia ditempah dua hari sebelum kami berangkat ke Bali. Tawakkal sangat besar.

Alhamdulillah, segala persiapan dilengkapkan lebih kurang seminggu sebelum penerbangan ke Bali. Dan segalanya berjalan lancar. Syukur...

InsyaAllah saya akan kongsi pengalaman saya dan Mr Hearthrob (MH) di Pulau Bali salama 8H7M. Mungkin boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi sesiapa yang gemarkan eksplorasi sendiri tanpa pakej tour. Dan saya akan kongsikan juga video-video yang menarik  sepanjang kami di sana.

Okey? 

Tunggu tau.. :)
Read More