Showing posts with label Takaful. Show all posts
Showing posts with label Takaful. Show all posts

Tuesday, September 18, 2018

ADILKAH FARAID: Sebuah Perkongsian Daripada Tuan Zul Ariff Ismail

Assalamualaikum..



Artikel Asal di FB Ariff Ismail

Berikut adalah tulisan asal daripada Tuan Ariff Ismail:

Assalammualaikum & Selamat Pagi,
Seperti yang saya janjikan, saya akan berbicara berkenaan soal faraid. Sebelum itu mari kita baca ayat dari surah An Nisa:

“Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka dia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam daripada harta yang ditinggalkan jika orang yang meninggal itu mempunyai anak dan dia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat (banyak) manafaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
- Surah An-Nisa :11


Cuba kita fahami ayat diatas, bagaimana penceritaan dalam Al Quran yang sangat rapi berkenaan faraid. Jom kita baca hadith di bawah berkenaan tuntutan belajar berkenaan faraid:
Sabda Rasullulah s.a.w:
“Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada orang lain, Sesungguhnya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau bilau. Sehingga ada dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah mereka.”
- Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud


Dari sini juga kita lihat, betapa baginda Rasullullah, menekan kan pentingnya kita memahami dan menyampaikan ilmu berkaitan faraid. 
Mengapa kiraan faraid di sebut begitu, mengapa lelaki mendapat lebih dari perempuan, adakah islam menindas wanita? Adakah islam tidak mementingkan hak wanita? Jawapan untuk ini, islam sangat memartabatkan Wanita. Islam mengangkat tinggi hak hak wanita.
Mengapa lelaki mendapat lebih, sedarkah anda tanggungjawab yang harus di galas seorang lelaki? Kita adalah wali bagi setiap saudara wanita kita, keperluan dan kelangsungan hidup mereka selepas kematian suami adalah tanggungjawab kita.
Mengapa kita salahkan faraid itu tidak adil? Sedangkan kita sebagai muslim yang tidak menjalankan tanggungjawab. Kita yang tidak menunjukan indahnya islam kepada bukan islam. Sampai ada yang bukan islam salah faham dan berfikir islam itu tidak adil kepada wanita.
Sedarlah wahai saudaraku, bahawa hak yang jatuh pada kita bukan milik kita 100%, kita perlu alirkan kepada tanggungjawab yg dipikul. Sebagai contoh jika mati adik beradik lelaki kita, dan sudah mempunyai keluarga, tahukah anda kelangsungan hidup mereka adalah tanggungjawab kita. Bukan kita menggunakan hak yang kita dapat untuk kelangsungan hidup kita sendiri.
Sekiranya kita mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem faraid ini dikhuatiri akan berlakunya:
-Memakan Harta Anak Yatim.
-Memakan Harta Saudara-Mara.
-Memakan Harta Baitulmal.

Saya sangat tidak bersetuju dengan cara cara sesetengah pihak yang menghentam faraid itu tidak adil dalam mempromosi kan product mereka sendiri. Oleh itu, lakukan kajian, sebelum membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan. 
Apa pulak peranan hibah dalam kehidupan kita? Nantikan posting seterusnya.
-az ariff-

-o-o-o-o-o-o-o-o

Adakah anda telah fahami dengan betul, apakah peranan Faraid dan Hibah bagi seorang Muslim? Jangan kerana kejahilan kita dan keegoan kita dalam memahami peranan faraid dan hibah ni, membuatkan kita menyampaikan salah faham dan kekeliruan kepada orang lain. Islam ini indah. Setiap kaedah dan cabang ilmu sudah pasti akan memberikan manfaat kepada Umat Manusia. Pasti!
Read More

Sunday, September 16, 2018

Terima Kasih Allah, Terima Kasih AIA Public Takaful

"Pelan Takaful adalah satu topik yang bukan seronok untuk didengar. Akan tetapi, jika anda duduk dengan seorang Pakar Takaful, anda bukan sahaja yakin Takaful adalah PELAN TERBAIK, malah anda akan merasakan yang anda perlu dan wajib mewujudkan Pelan Takaful untuk melindungi diri anda, keluarga, harta, tanggungan, dan perniagaan anda..."


Alhamdulillah, setiap daripada kita Allah telah aturkan rezeki masing-masing. Begitu juga dengan latihan dan dugaan. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Selagi mana kita yakin dan percaya, yakin dan pasti Allah permudahkan semuanya. Anda dah baca tulisan saya berkaitan Memerlukan vs Diperlukan? Kita ambil takaful juga kerana dua peranan ini.

Saya teringat satu kisah tentang Rasullullah SAW dengan Arab Badwi dan Unta..

Rasullullah bertanya kepada seorang Arab Badwi mengapa beliau meninggalkan unta tanpa ditambat, jawab Arab Badwi, "Aku tawakkal kepada Allah..". Rasullullah SAW kemudian bersabda.. "Tambat unta kamu, kamudian bertawakkal kepada Allah". (Hadis Riwayat Al-Tarmizi & Ibnu Majjah). Di sini, jelaslah sistem TAKAFUL boleh dijadikan satu ikhtiar sebelum kita berserah kepada Allah. 

Seseorang itu sentiasa terdedah kepada musibah dan malapetaka seperti kemalangan, sakit, kematian, kecurian, kebakaran dan banyak lagi yang akan mengakibatkan kita menggunakan sumber kewangan kita dengan banyak dan sekaligus akan menjejaskan aliran kewangan dan simpanan kita. Sistem Takaful ini adalah sistem bantu-membantu yang mana ianya sangatlah digalakkan dalam Islam.

Jom saya kongsikan satu kisah yang saya kira boleh menjadi testimoni terbaik saya untuk tahun ini (klik pada gambar untuk besarkan):
















Apa yang anda perlukan bila sakit dan dimasukkan ke hospital? sudah tentu rawatan yang terbaik dan selesa. 

"Dengan medikal kad AIA Takaful yang saya dapatkan dari Perunding Takaful AIA Anna Suhaimi telah banyak membantu saya dan keluarga membayar banyak bil hospital tanpa ada sebarang masalah. Allhamdulillah semua bayaran yang sepatutnya telah ditanggung oleh Medikal Kad AIA Takaful. Sebagai ibu kepada pesakit, saya rekomen anda hubungi Perunding Takaful AIA Anna Suhaimi sekarang..."

Read More

Saturday, July 21, 2018

Memerlukan VS Diperlukan

The purpose of life is not to be happy. It is to be useful, to be honorable, to be compassionate, to have it make some difference that you have lived and lived well. – Ralph Waldo Emerson



Dalam kehidupan kita, pasti tidak terlepas dari saling memerlukan dan diperlukan. Setiap yang hidup di muka bumi ini ada fitrah kehidupan masing-masing. Namun ianya tidak dapat hidup sekiranya bersendirian. Segala peraturan dan ketentuan Allah SWT itu sangat sempurna dan kita sebagai makhluk yang diciptakan olehNya tidak dapat lari dari prinsip ini sekiranya mahukan kebahagiaan dan kesejahteraan.

Allah Yang Maha Bijaksana menciptakan manusia dengan pelbagai rupa, saiz, warna, kelebihan dan kekurangan agar mereka masing-masing melengkapi antara satu sama lain. Apabila hakikat ini dilupakan, maka wujudlah sifat sombong dan angkuh yang membawa kepada pergaduhan dan pertelingkahan. Sebaliknya, jika kita dapat mendalami bahawa kita semua sebenarnya saling memerlukan, maka akan aman damailah hidup manusia.

Menyedari hakikat ini, marilah kita sama-sama merenung dan mengubah sikap, memperbaiki keadaan dengan masing-masing menghormati orang lain sebagaimana mereka menghormati dan mengasihi diri sendiri.



Saya terpanggil untuk menerangkan konsep MEMERLUKAN dan DIPERLUKAN dalam takaful. Ramai yang beranggapan mencarum dalam polisi Pelan Medikal adalah sesuatu yang merugikan. Sebabnya mereka beranggapan, sekiranya tidak ditimpa musibah maka tidak dapat menggunakan Kad Medikal. Di sini, jelas yang mereka membayar polisi takaful dengan niat ingin menggunakan manfaat tersebut. Tiada salahnya di sini, kerana mereka MEMERLUKAN pelan perlindungan ini.

Namun, apa yang selalu mereka tidak nampak adalah konsep DIPERLUKAN. Takaful merupakan salah satu cara menguruskan risiko dengan menabung bersama-sama di dalam tabungan tabbaru'. Contoh, sekiranya salah seorang daripada peserta takaful ditimpa musibah, kita bersama-sama membantu untuk meringankan bebanan serta menguruskan risiko yang dihadapinya. Ianya satu perbuatan yang mulia di mana peserta takaful memberi bantuan dan sedekah tanpa mengetahui siapa yang dibantu. Pahala berjalan 24/7 tanpa gagal. 

Jika diberi pilihan antara dua iaitu;

a) Berpeluang menggunakan Kad Medikal dan Pampasan Penyakit Kritikal, disebabkan ditimpa musibah, terpaksa keluar masuk hospital dan menerima rawatan berpanjangan.

b) Diberi kesihatan yang optimum dan kecergasan berpanjangan, maka memiliki Kad Medikal adalah sebagai satu langkah menghadapi risiko dengan 'peace of mind'. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Jadi, anda memilih A atau B? Sekiranya A, anda kategori MEMERLUKAN, sebaliknya sekiranya pilihan B, anda kategori DIPERLUKAN. Alangkah besarnya nilai sekiranya kita DIPERLUKAN untuk kelangsungan hidup orang lain kan? Kenapa perlu berkira untuk membantu orang? Sebagai ganjaran, Allah hadirkan kesihatan yang baik buat kita. Bersyukurlah kerana tidak perlu menggunakan Kad Medikal.

Tepuk dada tanya diri sendiri.. 

Jangan cakap saya tak payung ye... :)





Read More