Sunday, January 27, 2019

Bali - Pendahuluan : 19 Jan 2019 - 26 Jan 2019

Wherever you go, go with all your heart...


Alhamdulillah.. Selamat tiba di tanah air tercinta, semalam 26 Jan 2019. Percutian (lebih kepada pengembaraan) kami berdua kali ini sangat bermakna, kerana pelbagai pengalaman baru yang kami tempuhi. Ada suka, tak kurang juga ada duka.. 

Insya Allah saya akan kongsikan pengalaman kami selama 8H7M di Bali, Island of Thousand God. Tapi bagi saya, pulau Bali ini memberi saribu satu makna buat kami dalam mencari makna kehidupan dan memahami setiap kejadian yang Allah ciptakan.

Berbanding tahun 2016, perancangan kami ke Bali kali ini tidaklah detail sangat memandangkan aktiviti yang kami rancang akan memakan masa yang agak panjang di sesuatu tempat. Kalau anda baca persiapan ke Bali pada 2016 di sini, anda akan dapat bayangkan betapa detailnya persiapan dan perancangan yang kami berdua lakukan, maklumlah first time kan. Untuk tahun ini, kami hanya plan awal dari segi penginapan hotel, tempahan tiket penerbangan Air Asia, tempahan tiket ke Bali Safari, permohonan permit memandu antarabangsa, pertukaran wang IDR yang mencukupi, serta peralatan atau barang yang ingin dibawa bersama.


Pastikan pasport masih valid 6 bulan ke hadapan dan dapatkan permit memandu antarabangsa kerana kami akan memandu sendiri di Bali


Wang IDR yang kami bawa adalah IDR7,500,000 (dengan kadar tukaran 0.292). Kami tukar note di Money Changer favourite kami di Chow Kit. Rate lebih murah di sana.


Jangan lupa print out dokumen yang diperlukan : Itinerary, slip pengesahan hotel dan slip pengesahan tempahan lain jika ada


Masih ingat dengan berita Anak Gunung Krakatau yang meletus pada 26 Desember 2018? Berita ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada kami. Tiket penerbangan sengaja kami tangguhkan kerana masih ragu-ragu akan keselamatan sekiranya kami bercuti ke Bali. Cuma urusan penginapan sahaja telah diselesaikan lebih awal.

10 Januari 2019, kita digemparkan pula dengan Gunung Agung kembali meletus. Gunung Agung ni terletak di Daerah Karangasem, Bali. Tak habis debaran letusan Anak Gunung Krakatau, datang pula berita Gunung Agung yang sememangnya di Bali, tempat yang ingin dituju. 

Setelah kami mendapatkan beberapa maklumat daripada rakan di Indonesia dan juga kenalan di Bali, kami sependapat untuk meneruskan juga pengembaraan kami ke Bali. Tiket penerbangan Air Asia ditempah dua hari sebelum kami berangkat ke Bali. Tawakkal sangat besar.

Alhamdulillah, segala persiapan dilengkapkan lebih kurang seminggu sebelum penerbangan ke Bali. Dan segalanya berjalan lancar. Syukur...

InsyaAllah saya akan kongsi pengalaman saya dan Mr Hearthrob (MH) di Pulau Bali salama 8H7M. Mungkin boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi sesiapa yang gemarkan eksplorasi sendiri tanpa pakej tour. Dan saya akan kongsikan juga video-video yang menarik  sepanjang kami di sana.

Okey? 

Tunggu tau.. :)

2 comments:

Hai saya Adibah! said...

Tak sabar nak baca full story! 😍

annazanariah said...

Alhamdulillah.. InsyaAllah ana try tulis sebaiknya.. Excited nk share tp nak menulis tu mcm kekok sikit. Hihi..