Showing posts with label Study. Show all posts
Showing posts with label Study. Show all posts

Sunday, January 24, 2016

Hari Kreativiti & Inovasi 2015: Suatu Pencapaian

ALHAMDULILLAH.. Usaha keras yang membuahkan hasil.. Memetik kata-kata Dr Azizan Osman.. "Jangan berhenti belajar. Semakin banyak kita belajar dan menuntut ilmu, semakin luas ruang kekayaan serta kejayaan hidup".



Hari Kreativiti dan Inovasi 2015
21 April 2015




Big in size with small idea vs small in size with BIG idea






Barisan Finalis. Berdebar tunggu keputusan :)
Penyertaan kami berdasarkan konsep 'Perbelanjaan Berhemah'





Alhamdulillah.. we did it! Team The Champs!



Sedikit perkongsian:

Jangan takut untuk mencuba walaupun saingan kita terdiri dari pelbagai bidang dan kepakaran, kerana pengalaman itu lebih penting. Menang dalam pertandingan adalah suatu bonus, tetapi jangan lupa kemenangan sebenar.. BERANI MENCUBA! 

Pengalaman semasa 'defend' project proposal sedikit sebanyak mengajar untuk menjadi lebih yakin, berusaha menambah kemahiran dan pengetahuan dan juga kemahiran perundingan. Bukan senang untuk yakinkan panel.. :)

Kumpulan kami membawa pulang RM2000 diiringi trofi dan juga sijil.

Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Nota KakiTangan: Jangan berhenti belajar dan 'upgrade' kemahiran dan pengetahuan. Cabar diri untuk go extra mile. Tidak semestinya terikat dengan tugas hakiki, tidak boleh terlibat dengan aktiviti lain. It's a value added.

Hopefully ada kesempatan lagi untuk menyertai aktiviti seumpama ini~

xoxo










Read More

Wednesday, May 04, 2011

Berakhir Sudah | Gembira @ Sedih?

Dengan nama Allah yang Maha Besar....,

Alhamdulillah, malam ni diberi kesempatan untuk mengadap lappy dan menulis di blog yang tersayang..  Memang diakui sudah terlalu lama Anna tak menulis di blog. Rasa cam tak tau nak mengarang ayat camne.. Adeh!



Setiap perkara di dunia ni pasti ada pasangannya. Ada siang dan malam, ada timur dan barat, ada gelap dan terang, ada lelaki dan perempuan, ada pertemuan dan perpisahan, dan ada gembira ada sedih. Semua elemen ini adalah sebagai pelengkap antara satu sama lain. Tidak dijadikan sesuatu itu tanpa tujuan dan manfaat kepada insan.



Tanggal 28 April 2011, segala kepayahan, kepedihan dan kesusahan telah berakhir. Pada pagi itu, perasaan berdebar-debar, hati jadi tak keruan. Perasaan bercampur baur. Sedih? Gembira? Takut? Semuanya ada... Namun apa yang dah tersirat dan tersurat harus diterima....



Petang Khamis itu, segalanya berakhir.. Ya! Berakhir. Semua kenangan bagaikan menari-nari ditubir mata ini. Kenangan manis, kenangan pahit, kenangan susah dan senang bersama bagaikan ditayangkan kembali. Air mata bergenang. Namun, bersyukur kerana inilah jalan yang telah dipilih... Suka atau tidak, harus dilalui dengan tabah...



Malam itu, Anna termenung sendirian sambil mengemas bilik yang bakal ditinggalkan beberapa minggu lagi. Hati sebak. Terlalu banyak kenangan. Ya, 5 tahun... Masa yang agak panjang...



Dan akhirnya, di blog ini ku luahkan segalanya..... 

Berakhir sudah.....

Gembira?

Sedih?

Takut?











Apa-apa pun, alhamdulillah, syukur Ya Allah... Akhirnya hambaMu ini telah berjaya mengharungi kesusahan dan kegembiraan dalam mencari Ilmu di muka bumi ciptaanMu ini. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan selama-lamanya....~

Sedih meninggalkan rakan-rakan Sarjana, adek2 dan warga KTF, rakan-rakan IPF, pensyarah-pensyarah, Pengetua KTF... Sob.. Sob.. Sob..

Gembira kerana telah melangkah satu lagi fasa kehidupan--- mencari pekerjaan. Gembira kerana dapat membanggakan kedua ibu bapa... Syukur..

Takut untuk melangkah ke dalam dunia pekerjaan, tapi itulah realiti yang perlu dihadapi..

So, apakah perasaan yang sebenrnya.....
Read More

Sunday, March 20, 2011

Persis Mutiara Emas (PMe '11) | 19Mac2011


Persis Mutiara Emas (PMe '11) merupakan program motivasi pelajar yang dianjurkan oleh kaunselor pelatih UTM. Anna menjadi salah seorang fasi yang menyampaikan pengisian untuk adek2 di Bukit Saujana, JB. 

Alhamdulillah, pihak KRT Bukit Saujana memang sangat ramah dan banyak membantu. Kami disambut dengan ramah dan mesra.

Program start kul 8am sampai kul6pm. Makan tak perlu bimbang sebab kami dihidangkan dengan minum pagi, lunch, minum petang. Pastu apa yang menarik perhatian Anna, kerjasama antara AJK KRT Bukit Saujana tu memang bagus. Anak2 mnyertai program, kaum ibu dan bapa bergotong-royong memasak. Ada salah seorang ibu kat situ mengatakan 'berkat air tangan ibu...'.. Tersenyum Anna. Even program hanya sehari, tetapi rasa dekat dengan adek2 semua. Kami dikejar masa. Kalau ada peluang untuk berjumpa lagi, mungkin lagi mesra dengan adek2 semua.. 

Bergambar mmg wajib la kan..

Bergambar bersama AJK KRT Bukit Saujana & Kaunselor Pelatih UTM

Akak2 fasi: Miss Masoumeh, Miss Ame, Miss Atefeh, Miss Anna

Adek2 yang datang dengan harapan untuk berjaya

Bergambar beramai-ramai setelah program tamat


InsyaAllah, jika ada kesempatan, boleh berjumpa lagi..

Read More

Monday, March 07, 2011

Saya akan merindui saat ini..




Assalamualaikum~ Hope U all sihat. Anna, alhamdulillah, sihat.. Cuma selsema masih tidak berkurangan. Rasa sangat tak selesa. Malam ni, sambil2 rehat before start buat kerja, anna nak mencoretkan sesuatu..

RINDU... Apa yang U all faham tentang rindu? Subjektif kah? Atau mmg ada definisi yang tepat.. Anna tergerak untuk update tentang rindu ni masa dalam bas balik dari fakulti tadi. Anna akan merindui...

* Kawan2 seperjuangan yang sama2 stress dalam mengejar impian dan cita2.. sama2 gembira bila lect cakap kelas batal, sama2 senyum lebar bila dapat gred A+, nangis bila tak capai target.. =)

* Pakcik driver bas (pakcik hindustan-bas KTR).. Setiap kali naik bas dia mesti dengar lagu2 hits hindi. kuikuikui.. cool la pakcik!

* Makanan kat Meranti.. terutamanya kat temu kunci.. we love your food.. Sekarang dah banyak kedai makan baru. Yang stay dari 1st year degree dulu pun temu kunci dan noraini lah..

* Adek2 JKM.. dah berapa batch ye anna kenal.. sayang kamoo semua.. U all mmg banyak bagi kenangan untuk kak anna tau. Ada yang nakal, ada yang masih malu2, ada yang mmg macam adek beradek betul.. tak lupa juga ada yang mungkin tak menyenangi kak anna. heheh.. ada kan? ada kan?

* Kak Mala dan Kak Ina (Berlian Minimart). Yang ni pun dari 1st year masuk lagi. Kalau jumpa akak2 ni mmg tak habes sembangnye.. Lepas satu episod, episod lain pulak..

* Pembantu felo dan felo serta pengetua KTF. Saat2 bekerja bersama, sure ada masam manis, pahit tawar semua la kan.. Tapi kita semua dah macam family. Buang yang keruh ambil lah yang jernih. 

* Lecturers yang best dan pelbagai ragam.. ada yang tegas, firm, strict, ada yang cool, mesra, sangat bertimbang rasa.. macam-macam la..

* Klinik Kaunseling.. Hmm.. yang ni mmg best la.. Praktikal? Dah hampir dua bulan la Anna kat sini. Mmg susah nak dapat client melainkan kawan-kawan yang sudi datang. Anna tau, ramai yang memerlukan khidmat bimbingan & kaunseling, tapi mungkin masa yang tidak bersesuaian dan juga ambil masa untuk develop trust!...

* Banyak lagi la kenangan yang satu persatu tercatat dalam memori ni. Semoga Anna dan rakan-rakan seperjuangan semua dapat grad on time... InsyaAllah~~~~ =)

Read More

Thursday, January 20, 2011

Bermulanya Tugasku

Assalamualaikum..~

Update cepat-cepat ni.. Hehehe..

Alhamdulillah, esok cukup seminggu Anna menjadi kaunselor pelatih.. Even masih baru, namun ada beberapa perkara dah dipelajari. Sepanjang 4 hari ni Anna baru dapat seorang klien, tapi bukan buat sesi, juz pre-session.. Dalam tersenyum, hati tetap berdebar. Layakkah diri ni menjadi kaunselor? Namun, Anna gagahkan juga hati ni untuk kuat menghadapi cabaran... Phewww~ Takut pun ada, bila klien yang datang meletakkan harapan yang tinggi. Semoga Allah permudahkan segala urusan..

Hari Isnin: Lapor diri di Klinik Kaunseling & Psikoterapi.. Takde apa2 yg menarik untuk diceritakan..
Hari Selasa: Membantu supervisor menyiapkan dokumen COPPA (sila google kalau nak tau). Tujuannya adalah untuk mendapatkan MQA dalam beberapa perkara..
Hari Rabu: Perbincangan bersama rakan sejawatan bagi membangunkan klinik dan juga merancang program2 yang relevan. Sebelah petangnya, klinik dikunjungi oleh seorang klien (staff UTM). Juz pre-session dan buat appointment.
Hari Khamis: Cuti... ngeeeeee~
Hari Jumaat: Semoga lebih ramai orang yg sudi datang klinik.. Jom.. Jom.. jangan malu2.. Datang ye... =)

OK lah, jom tengok gambar lak.. hehe..


Ni kat ruang tamu KKP


Antara ruang yang patut U all datang tengok sendiri.. hehe..


Read More

Friday, January 14, 2011

Kaunselor Pelatih




Salam.. Hye.. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan2ku.. Anna dah dapat tempat untuk menjalani Latihan Praktikal iaitu di Klinik kaunseling & psikoterapi.. Mungkin ada yg belum familiar atau tak pernah dengar yg UTM ni ada klinik kaunseling. Ye kan? kan? 

Ok, skrg Anna nak promote la sikit klinik ni.. Kami yg ada kat sana bukan doktor perubatan yang ambik medic tu, tapi boleh la dikategori sebagai doktor jiwa. huiihh.. Takut lak dengar. Jgn salah faham.. Actually kami sebagai kaunselor bertugas sebagai medium untuk proses tolong bantu untuk create awareness kat diri individu. Bukan senang tau.. Jgn ingat kami ni penyelesai masalah tau.. Salah konsep tu.. Penyelesai sesuatu masalah adalah diri individu yang menghadapinya itu sendiri.. 

Satu lagi konsep yg telah disalah faham adalah: org yg jumpa kaunselor adalah org yang bermasalah.. selalu dengar ayat ni "Eh, you kaunselor ye, nanti saya ada masalah boleh la jumpe you kan.."

No.. no. no.. Kami bukan peti untuk anda menyimpan masalah.. Sebenarnya kami adalah pendengar yang baik. U all boleh datang jumpa kami even taktau pun apa masalah yang U all ada.. Jumpa kami, kita borak2, finally U all akan dapat sumthing.. Apa tu? hehe.. kena lah datang jumpa dulu baru tau..

U all boleh datang untuk berbincang tentang planning masa depan, cita-cita, nak kongsi kegembiraan dan sebagainya. Selain itu, kalau U all nak buat ujian personaliti pun boleh.. Juz buat appoitment OK..

Hmmm.. kalau nak tau lebih banyak info, sila berkunjung ke blog praktikal Anna.. Boleh klik SINI..

sekian~

Read More

Sunday, January 09, 2011

Kesibukanku telah mengabaikanmu~

Salam....

Kembali ke dunia kesibukan. Sekarang dah mula semester baru iaitu semeter terakhir Anna. Mudah-mudahan.. Walaupun sem ni hanya ti3a subjek, tapi kesibukannya seperti 10 subjek. huhuhu..

Siapa yang telah Anna abaikan tu? Cian pulak kan? Actually blog kesayangan ni la. Dah jarang sangat nak menjenguk. Rasa segan lak nak pergi bersapa mesra dengan kawan-kawan blogger yang suatu ketika dulu sangat mesra.. Maafkan Anna ye.. Apa boleh Anna buat sekarang, curi masa sedikit untuk update blog.

Semester ni adalah semester yang memerlukan Anna bagi full komitmen kepada latihan praktikal sebagai Kaunselor Pelatih.. Selain itu, Anna juga perlu siapkan portfolio kaunselor dan juga writing Thesis bab 4-5. Hmmm.. Tapi, semuanya dah ditentukanNya. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan Anna bila mana bahan kajian Anna dah siap hampir 40%. Tunggu collect data je skrg sebelum mulakan writing. 

Selain tu, Anna juga diamanahkan untuk menjadi penasihat beberapa program dan projek di kolej kesayangan ni. KTF, GO!!!! Seperti yang U all pernah baca, Anna salah sorang AJK untuk Seminar dengan Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.. Selain tu, penasihat untuk Kelab Usahawan, Biro Usahawan & Kerjaya, disamping penasihat Lawatan ke Istana Budaya. Hope kita sama-sama belajar bagaimana untuk melancarkan segala perancangan dan strategi...

Coming event yang perlu hadir pun terlalu banyak. So, harap kamu, kamu, kamu & kamuuuuuu faham ye... hehehe...

Ok lah, jom lunch! Lapoooo.. Daaa...


anna-kata: tertarik dengan satu petikan from one of JKM KTF (Mira): 
A christian guy asked a muslim: Why do your girls cover up their body and hair?The muslim guy smiled and got two sweets, he opened the first one and kept the other one closed. He thrown them both on the dusty floor and asked the christian: ...If I asked you to take one of the sweets which one u will choose? 
The Christian ......replied:... The covered one.
Then the muslim said that's how we treat and see our women :)
Read More

Friday, January 07, 2011

Seminar Sehari Bersama Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah



Assalamualaikum dan selamat pagi. Harap kita semua ceria-ceria selalu dan diberkati Allah swt.. Dah baca tajuk entri pagi ni? =)


Seminar Sehari Bersama Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Topik: Transformasi Syarikat Menjadi Organisasi Terbilang & Memperkasa Budaya Kerja.
Tarikh: 12 Feb 2011
Masa: 9.00 am - 5.00 pm
Tempat: Dewan Sri Alam, Kolej Tun Fatimah, UTM Skudai

TENTATIF SEMINAR

8.45 pg: Pendaftaran peserta
9.20 pg: Bacaan Doa dan alu-aluan penganjur
9.30 pg: Sesi 1- Analisis Kendiri
10.30 pg: Rehat dan perbincangan tidak formal
11.00 pg: Sesi2- Masalah & Cabaran untuk Transformasi
1.00 tgh: Rehat dan Solat Zohor berjemaah
2.15 ptg: Sesi 3- Langkah bijak pekerja cemerlang
3.30 ptg: Sesi 4- Merealisasikan Transformasi Diri
4.30 ptg: Memperkasa Budaya Kerja Terbilang
5.30 ptg: Majlis Bersurai


FORMAT PELAKSANAAN SEMINAR

Kursus ini akan disampaikan dalam bentuk: Syarahan, penerangan dengan menggunakan LCD projector, perbincangan, kaunseling peribadi, doa-doa harian.


Siapa yang disasarkan?

1. TERBUKA kepada usahawan, usahawan siswa dan kontraktor
2. TERBUKA kepada jabatan kerajaan
3. TERBUKA kepada orang perseorangan, pertubuhan dan persatuan
4. TERBUKA kepada Staff sokongan atau akademik UTM
5. TERBUKA kepada Pengarah Urusan, Pengarah, Wakil Syarikat yang ingin menjadikan pekerja mereka, pekerja yang produktif dan komitmen.


Anda berminat? TEMPAT ADALAH TERHAD!!! Untuk 300 orang sahaja. Tarikh tutup pendaftaran pada 24 Januari 2011

:::BAYARAN::: RM185.00/ seorang (Termasuk nombor bertuah, fail seminar, nota, sijil dan makan & minum). MURAH SANGAT kan? Kalau kat luar agak2 berapa? Woahhhh... Cepat2lah grab peluang ni tau.. Bagi yang belum bekerja, sijil ni amat berharga untuk memikat hati bakal majikan anda! InsyaAllah~




:::BERMINAT??:::

Sila hubungi Anna sendiri untuk maklumat lanjut di:

012-4202446 (sms/call)
sitizanariah_307@yahoo.com (facebook dan e-mail)



Jom.. jom... Rugi kalau lepaskan peluang sehari bersama Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
Read More

Friday, December 31, 2010

Selamat Datang 2011.. Selamat Tinggal 2010






Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ini merupakan entri terakhir untuk tahun 2010. Esok, kita bakal memasuki tahun baru 2011. Dikesempatan ini, Anna nak mintak maaf banyak2 atas segala kesalahan dan kekhilafan yang telah dilakukan samada secara sengaja atau tidak sengaja..

Apa azam baru? Atau azam baru adalah meneruskan azam lama yang dah bertahun2 masih belum tercapai? Namun, bagi Anna lebih baik ada azam daripada tiada azam atau perancangan masa depan.. tak gitu??? Hehehe..

Seelok2nya kita perlu menyatakan apakah azam atau perancangan kita. Jika untuk mencapainya mengambil masa yang panjang, seelok2nya adakan juga beberapa azam jangka pendek. Pastikan azam jangka pendek itu tercapai sedikit demi sedikit...

Sebagai contoh, nak grad dengan 1st class dan dapat anugerah diraja semasa konvo. Itu adalah azam jangka panjang. Jadi untuk merealisasikannya perlukan azam jangka pendek. Seperti dapatkan dean's list setiap semester, menyertai aktiviti2 yang dianjurkan di universiti dan meluaskan networking. InsyaAllah, sekiranya tidak dapat anugerah diraja pun, kita gain a lots of experiences kan? Pengalaman sangat penting, sebab kalau nak bayar berjuta pun untuk beli pengalaman, memang tak dapat la... Huhuhu~ erk.. melalut lak kan..

Anna sendiri dah menyenaraikan semula beberapa azam tahun 2010 samada yang dah tercapai atau belum tercapai. Yang dah tercapai, alhamdulillah.. Tapi yang belum tu, InsyaAllah akan usaha untuk mencapainya tahun 2011.. Nampaknya ada azam baru bertambah untuk 2011 ni.. jeng3.. Apakah azam tersebut?? Rahsia la... =)
Read More

Friday, December 03, 2010

Hobi Baru

Wahhh.. bersemangat betul sejak menemui hobi baru ni.. Bermula petang semalam (2 Dec) Anna nak mengasah bakat dalam kemahiran baru ni. Kuikuikui...Maklumlah, kraftangan mmg fail, tapi kalau keras-tangan mmg bereh! Tapi apapun, Anna percaya kat mana ada kemahuan kat situ ada highway (merosakkan peribahasa sikit sebab nak menggambarkan betapa luasnya jalan yang ada kalau kita nak buat sesuatu tu)...

Nak tau ape hobi baru Anna ni.. Adeh! Baru try pertama kali dah cop jadi hobi. Ape2 je lah kan. Yang penting puas hati sangat2 bila dapat tengok hasil 'keras-tangan' ni.. hehe. Nak tau ape? Scroll bawah lagi..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ni ha... takde la cantik.. 1st time buat kan...


amacam? cun tak? sangat berbangga la kalau Anna boleh buat camtu. Heheh.. Ni kes salah upload gambar la.. Yang ni bukan Anna yang buat. Kat bawah ni baru betul2.. Jom tengok, kasi komen2 sikit. Kata2 pembakar semangat ke.... =)



ha... yang ni baru betul2 hasil kerja-tangan Anna... Yang basic ni pun ambik masa lebih kurang 5 jam nak siap. Tu pun sebelah lengan baju je.. Jap lagi baru nak sattlekan lagi sebelah. Memang agak tidak kemas di situ ye. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Huh! Excited nak buat design lain lak pasni. Siap la baju2.. Jadi mangsa eksperimen pasni... Lalalalala...

Pen off!


Read More

Thursday, November 25, 2010

Super Duper Happy!




Alhamdulillah.. Akhirnya berakhir sudah sem ni. Semoga penat lelah diberkati Allah. Even sem ni hanya dua paper yang ada final, tapi cabaran yang ada mengalahkan sem lepas yg empat paper.. Semoga dapat mengekalkan CGPA la kot! One more sem to go! Tak sabar rasanya nak grad. Pastu mulalah melangkah satu fasa baru dalam hidup. Hidup berdikari. Sampai bila la nak bergantung kepada biasiswa 'pa&ma' kan.. hehehe..

Even after the years of active parenting are over, and children have left home for good, parent are STILL PARENTS... =)



tgh susun planner : holiday, hometown, wedding invitation, movies!
Read More

Friday, November 12, 2010

Lega dah sattle..

Alhamdulillah~ Selesai satu paper FINAL EXAM pagi tadi. Subjek Human Development. Soalan tahap kapal selam!. Berpinar2 mata ni jawab plus ngan mengantuk tak cukup tido. Huhu.. Apa2 pun sangat lega lah. Yang lepas, lepas la kan. Skrg fokus untuk satu lagi paper (25 Nov 2010) dan prepare untuk present paper.. 

Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku. Aku tahu segala halangan dan cabaran ni adalah terbaik buat diriku. Hanya Engkau yang mengetahui susun atur perjalananku. Aku merendah diri meminta pertolongan dariMu Ya Allah~~


InsyaAllah, malam ni bertolak balik kampung. Bercuti selama seminggu. Rehat kat rumah sambil study. Pasni kembali sibuk dengan urusan perkuliahan dan aktiviti kolej. Tak sabar lak nak tunggu sem depan. Hehehe..

K lah, yuk ikut balik KEDAH JELAPANG PADI! =)




Read More

Thursday, November 11, 2010

Group Project | Sociology of Education


Assalamualaikum~

Entri yang pertama Anna masukkan video. Kehkehkeh.. Hope berjaya lah. Enjoy watching!

 Our Group Project for this sem.
Sociology of Education
Barisan Fasilitator yang comel:
Sis Ziela, Anna, Anis, Adda, Zizie & Farah

Pelajar yang terlibat: Pelajar Kelas Tingkatan 4 Sains 3, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 1. Thanks a lot to my beloved brother sebab tolong banyak untuk edit video ni. Hehehe.. 
Read More

Saturday, November 06, 2010

Cerita Hujung Sem | Part II

Salam 1 Malaysia

Hope U all semua sihat la ye.. Ni sambungan daripada PART I ke ea? Entah la, tak tau nak letak tajuk ape.. Alhamdulillah, berkat doa ibu bapa, rakan2, pensyarah.. akhirnya siap juga thesis. Rasa cam dah pindahkan seketul batu yang selama ni terbeban dalam kepala! Lega sgt alhamdulillah..




Tapi masih ada lagi perkara yang rumit perlu diselesaikan.. Dua paper untuk final exam. Memandangkan carry mark tak begitu bagus, final ni mmg kena pulun habes.. Banyak topik lagi yg belum cover. Kadang2 terlalu banyak nak dibaca sampai jadi malas. Oooohhh... Helpp meeee!!!



Next week Anna akan bercuti selama seminggu kat kampung. Jumpa parents mmg buatkan hati tenang. Ye lah, tanpa mereka.. Anna tak sampai la ke sini.. Terima kasih untuk keduanya sebab menyayangi diri ini.. Jumpa adik2 yang kebetulan dah bercuti. Bestnya.. Rindu.. Rindu.. Rinduuuuu...




Hmmm.. Rasanya stop sini dulu la.. Rasa segan nak menempek kat blog U all setelah sekian lama menyepi. Maafkan Anna sebab terlalu sibuk sampaikan tak sempat BW kat blog U all.. Anna sentiasa ingat U all tau. still sayang semuanya.. InsyaAllah, ada kesempatan waktu nanti Anna akan kembali aktif.. Special thanks jugak untuk KAK SAL yang tak jemu2 melawat Anna even Anna tak sempat balas kunjungan pun... Siap komen2 entri lagi.. Love u much sis. Hope we can meet one fine day! =)


~ Pen off~

Read More

Sunday, October 31, 2010

Thesis oh Thesis!


Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan ku. Hanya padaMu ku memohon semoga diberi kekuatan untuk terus melakukan yang terbaik.

Draft thesis dah disemak, Alhamdulillah supervisor dah bagi green light untuk teruskan bab 4 dan bab 5. Cuma ada sedikit lagi pembetulan dan penambahbaikan. Hopefully minggu depan dapat siapkan dan hantar bab 1 hingga bab 3 dengan senang hati sebab final exam dah dekat. 1st paper 12 nov. Buku belum buka lagi untuk exam sebab masih mencari bahan untuk thesis tersayang ni.

Doakan Anna ye kawan-kawan. Semoga kita semua diberkatiNya, insyaAllah~~ =).. Maaf andai Anna tidak sempat membuat kunjung balas kat blog U all. Masa perlu digunakan sebaiknya. Lepas exam, Anna akan kembali aktifkan aktiviti BW. Hehhe.. Love U all!!
Read More

Saturday, October 30, 2010

Human Development

Assalamualaikum..

29 October 2010: Kelas terakhir untuk sem ni.. HUMAN DEVELOPMENT.. Thanks to our beloved lecturer Dr Nora Binti Mislan.. Hope soalan final exam tak susah macam test-test yang dapat markah rendah tu.. huhuhu.. Carry mark agak tidak memberangsangkan, tapi tetap enjoy with the food. Hhehe~~

Koey Teow Goreng + Satay + Kek Choc


Bergambar beramai2 setelah kekenyangan


Cuba teka yang mana satu our lecturer?? Hihi~~


Semoga berjumpa lagi dengan U all di hari menjawab soalan. Bagi sesiapa nak nak amik kelas Dr Nora lagi, sem depan beliau mengajar Personality Psychology... =)





Read More