Showing posts with label Tangani Stress. Show all posts
Showing posts with label Tangani Stress. Show all posts

Sunday, January 24, 2016

Jom SKYTREX Shah Alam!

Tak ada plan nak ke mana cuti hujung minggu?

Jom ke Shah Alam.. Beriadah sambil menikmati keindahan alam di SKYTREX Adventure Park..

Entri yang dah lama terperam.. :)

19 December 2015

Rombongan Pengurusan Bakat & Pembangunan Kerjaya (PBPK) Bank Rakyat ke SKYTREX Shah Alam

http://www.skytrex-adventure.com

.
.
.
.
.



Seperti yang dijanjikan, kami berkumpul di masjid biru Shah Alam lebih kurang jam 11 am. Sebelum memulakan aktiviti, elok isi perut dulu. Nyummy.. Macam-macam ado. Nasi goreng sotong, megi goreng, bergedil daging, ayam panggang, nugget, sandwich dan lain-lain. Jaga-jaga, jangan makan banyak sangat, nanti 'emergency' kat atas trex plak. Memang spoil lah.

2.00 pm: Usai solat di masjid biru, kami mula bergerak ke lokasi SKYTREX. Kalau korang nak ke sana, lagi best kalau pergi dengan team yang ramai, contohnya team kami 13 orang. Sebenarnya ada kuota setiap sesi. Satu sesi maksimum 25 orang. Kami pilih trex yang paling tinggi iaitu EXTREME CHALLENGE. RM 55 seorang (belum include GST uoll). 

2.30 pm: Sesi briefing sebelum mulakan aktiviti. Ada charge lain lagi yang uoll kena spend. Untuk transport dari main entrance ke tapak aktiviti, setiap pengunjung perlu bayar RM3. Pengunjung juga boleh sewa loker untuk simpan barang peribadi. Kadar sewaan bergantung kepada saiz loker yang dipilih.

6.30 pm: Akhirnya berjaya juga kami semua lakukan cabaran! Yeay! Actually hujan turun semasa kami berada di trex, so aktiviti terpaksa ditunda. Menurut polisi, pengunjung akan diberi dua pilihan. Pertama, tunggu sehingga hujan berhenti dan sambung balik (ditempat yang stop tadi), atau pilihan kedua just let go. So kami decide untuk tunggu hujan berhenti. Alhamdulillah hujan berhenti setelah lebih kurang 30 minit. Sekiranya hujan tidak berhenti sehingga waktu tutup operasi, kami akan diberi tarikh baru yang mana ditentukan oleh pihak pengurusan Skytrex. 

KOMEN tentang SKYTREX:

Aktiviti yang agak mencabar. Sebab uoll akan cabar keberanian untuk berada di tempat yang tinggi sambil melengkapkan cabaran-cabaran yang ada susah ada senang. Paling mencabar cabaran turun tangga (tak ingat cabaran nombor berapa). Masa tu tangan dah menggigil. Tak tahu nak cakap lah dia punya letih tu. But, overall memang best. Psst.. Kalau nak lagi extreme uoll boleh try ESCAPE PENANG. Yang tu pun saya dah join. Memang terbaik!!

Transport yang disediakan untuk mengangkut pengunjung


Safety is No 1! Me and Mr Heartthrob..


Ok, that's all~ xoxo



Read More

Sunday, August 16, 2015

Sabah Day 3 (11 Ogos 2015) - Ranau

Assalamualaikum..

11 Ogos 2015 tarikh yang sangat bermakna! :)

It's my birthday.. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan pengembaraan di dunia dalam mencari keredhaanNya.. Birthday tahun ni disambut sederhana di SABAH! Tetapi kenangan yang tercipta sangat luar biasa tau..

So, hari ketiga di Sabah, ke mana kah kita? Jom...

7.30 am - Kampung Lohan

Abaikan muka bangun tido tu. :P


Kami bersarapan dulu di kedai makan Kak Nora di Kg Lohan. Kedai ni direkomen oleh kakak ipar. Katanya nasi kerabu sedap di sini. So, pagi ni kami try lah. Kami memilih nasi lemak biasa dan kopi panas sebagai sarapan. Harga OK-OK lah. tak terlalu mahal, tp tak juga murah. Kemudian, kami 'tapau' Nasi Kerabu untuk lunch nanti. hehehe.. Senang, tak payah fikir lunch nak makan apa.


10.15 am - Poring Hot Spring, Ranau

Perjalanan dari Kg Lohan ke Poring disajikan dengan pemandangan perkampungan yang menghijau. Masih mengekalkan suasana tradisional dengan binaan rumah kayu dan terdapat kedai-kedai kecil di tepi jalan.

Kami sampai di Poring Hot Spring lebih kurang 10.15 am. Tak ramai orang pun. Mungkin sebab bukan cuti sekolah. Hanya ada sebilangan pelancong yang saya rasa dari Korea dan China. Bayaran masuk adalah RM3.00 seorang. Bagi sesiapa yang telah membayar masuk ke Kinabalu Park, tidak perlu membayar tiket masuk ke sini. Hanya tunjukkan tiket yang sama, tetapi mestilah pada tarikh yang sama ye. Kalau tak, jadi seperti kami lah. Bayar semula sebab kami ke Kinabalu Park semalam. :)

Wefie tu wajib...

Kalau nak tahu, Poring hot Spring ni bukan sahaja ada kolam-kolam air panas, tetapi ada juga Air Terjun, Kebun Rama-Rama dan tempat perkhemahan. 

Ada macam-macam jenis dan saiz kolam air panas

Sebelum mandi di kolam air panas tu, kami ambil keputusan untuk menikmati kehijauan bumi Allah ni dulu. So, jom ikut kami masuk hutan!


Actually kat sini anda juga boleh try naik Canopy Walk. Bayaran di kenakan RM3. Tapi kami memilih nak ke Air terjun sahaja. Destinasi kami Air Terjun Kipungit, 400 meter ke dalam. 


Alhamdulillah, tak sampai sejam pun kami dah sampai di sini. Air terjun tak tinggi tetapi airnya jernih, bersih dan sejuk. Rezeki kami, tiada orang di situ. So, bergambar dulu lah. Untuk mendaki terus ke air terjun Langanan, ianya akan mengambil masa kira-kira dua jam. So, pendakian terhenti setakat Kipungit sajalah. Hehehe. Tak sabar nak mandi di Kolam Air Panas.


11.40 am - Kami memilih untuk menyewa VIP Jaquzzi a.k.a Privacy Hot Spring Pool. Sewa yang dikenakan adalah RM20.00 sejam. Sangat selesa sebab ada tab jaquzzi, shower dan tandas. So, enjoy.. Masih ingat tentang Nasi Kerabu yang dibeli pagi tadi? Ha, ni lah masa terbaik untuk lunch. dah penat masuk hutan, dan mandi, so makan je kat dalam bilik ni. :)

1.15 pm - Sabah Tea Garden, Ranau

Perut dah kenyang, so kami teruskan perjalanan ke Sabah Tea Garden yang juga terletak di Ranau. Tak jauh pun. Untuk masuk ke kawasan ladang teh tu agak mencabar ye tuan-tuan. Jalannya bukan jalan tar, tetapi jalan yang berbatu dan agak mendaki. 


Disebabkan panas terik, jom singgah minum dulu di cafe. Kami memilih Pandan Teh Tarik Sejuk. Mahal juga harganya. Rasanya sedap. Teh Sabah ni adalah teh yang diproses tanpa bahan kimia. Malahan pokok teh juga tidak disembur racun kimia. Saya beli beberapa pek teh sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.

Untuk pengetahuan, di sebelah cafe ni ada rumah panjang tradisional Sabah. Sebagai tarikan pelancong, rumah panjang ini telah diubah suai menjadi tempat penginapan. Bayaran yang dikenakan hanyakah RM70 untuk satu malam satu bilik. mesti malam-malam sejuk kan. Ada dua buah rumah panjang di sini. Satu dibuat daripada kulit kayu pokok nibong, dan satu lagi daripada buluh.



2.00 pm - Kg Luanti Baru, Ranau

Bagi sesiapa yang suka Fish Spa, dan baru nak cuba Fish Spa, di sinilah tempatnya. Tagal Sungai Moroli, Kampung Luanti Baru, Ranau. Tagal dalam bahasa Kadazan-Dusun bermaksud "dilarang menangkap ikan". Ikan-ikan di sini sangatlah besar dan agresif. hehehe. Ikan-ikan ni akan membantu anda untuk membuang sel-sel mati di kulit anda. terpulang samada anda nak mandi atau rendam kaki sahaja. 

Sebenarnya geli.. Iskk.. Nak cuba, tapi acah-acah je. Bila kena 'kiss' dengan ikan-ikan tu terus melompat ke tepi semula. Tiket masuk adalah RM5.00 seorang, dan RM3.00 dikenakan bagi kamera/smartphone. Makanan ikan juga dijual di kaunter sebelum masuk tu. Satu pek RM1.00 dan terhad sorang satu pek sahaja. 

Untuk Fish Spa ni, ada peraturannya. Aktiviti spa hanya dibenarkan selama 15 minit sahaja. Memandangkan kami pergi diluar musim cuti sekolah, makanya kami ber'spa' selama sejam di situ. Rezeki kan..

Anda juga boleh try naik jambatan gantung di situ. 
Mr Hearthrob sangat berani ber'spa'. 
Walaupun kadang-kadang melompat juga..Love u. hihi


Selesai Fish Spa, kami terus balik ke rumah memandangkan malamnya ada hidangan istimewa untuk tetamu especially untuk 'Birthday Girl'. kihkihkih..

Ikan dan segala hasil laut tersangatlah murah ye di Sabah. Hidangan makan malam kami disediakan khas oleh Chef Marzuki dan Chef Syumai! Yeay.. Ikan kerapu masak stim, sotong celup tepung dan sambal kicap. Perghhh.. Thorbaik.. Thanks tuan rumah atas layanan yang diberikan..

Fuh.. seronok kan jalan-jalan di Sabah. Kita rehat dulu.. Esok sambung lagi cuti-cuti Malaysia di Sabah, Negeri di Bawah Bayu~

Pen Off.. Good nite.. xoxo..







Read More

Sabah Day 2 (10 Ogos 2015) - Kundasang

Assalamualaikum..

Dah baca entri sebelum ni? Kalau belum, boleh klik di arkib ye. :)

So, entri kali ni saya nak kongsi pengalaman saya dan Mr Hearthrob (MH) jelajah Kundasang! Alhamdulillah, cuaca cantik.. Membiasakan diri dengan perubahan waktu. Jam 6.00 am dah pagi terang. Matahari dah mula muncul. Dan rezeki kami dapat lihat puncak Gunung Kinabalu dari rumah! Teruja sangat! Sampai lupa nak ambil kamera. Tapi pemandangan tu sekejap cuma. Lebih kurang 10 - 15 minit lepas tu, puncak gunung dah ditutupi awan tebal.. Alaaa.. ruginya tak snap pic! Menurut kata abang ipar, rezeki lah tu dapat tengok puncak gunung. Bukan senang tau sebab selalunya ditutupi awan.. hmmm.. hopefully dapat tengok lagi nanti..

So, ke mana destinasi hari ni? Let's check it out!!

9.30 am - Pekan Kundasang

Memandangkan Abang Ipar dan isterinya mengajar (bukan cuti sekolah kan.. hihi), so kami berdua pun jelajah sendiri lah. Berpandukan beberapa panduan yang didapati daripada internet, ipar duai dan kawan-kawan, kami mengatur tentatif sebaiknya.

Sebelum memulakan penjelajahan, eloklah sarapan dulu ye kakak abang adik sekalian.. Kami hanya sarapan ringkas di KFC pekan Kundasang memandangkan kami berdua tidak familiar dengan kedai-kedai makan di situ..

Actually tak ingat samada kami bersarapan dulu atau singgah di Kinabalu Pine Resort dulu. ngeee... 

Berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu.. Sila jeles.. :P

Tak kisah lah kan. tapi yang pastinya pagi lagi lah. So after sarapan tu, kami ke Kinabalu Heritage Hotel. Keluar simpang daripada roundabout Pekan Kundasang tu, ambil simpang ke dua (pukul 12 lah tu kan).. Akan jumpa Masjid Kundasang. naik atas lagi akan jumpa resort TM, lepas tu baru jumpa Heritage Hotel. Ada jambatan gantung di situ ye. Boleh lah bergambar sekeping dua..  Kalau terus lagi naik atas, akan jumpa Kem Bina Negara. Tapi kami tak naik pun sampai sana.

11.30 am - Kinabalu War Memorial

Cuaca agak panas, tapi still dingin. Tempat seterusnya adalah Kinabalu War Memorial. Tempat ni dibina adalah sebagai memperingati tawanan perang tentera Australia dan British yang dipenjarakan oleh tentera Jepun. Boleh rujuk internet kalau nak tau carita lengkap (tentang perjalanan maut, kematian sebagai tawanan, ada yang survive dan banyak lagi). Lagi bagus kalau anda juga berkesempatan datang dan tengok sendiri. Tempat dia cantik jgk tau. :) 

Entrance fee RM2.00 seorang ya


12.20 pm - Kinabalu Park

Destinasi seterusnya adalah Kinabalu Park! Entrance Fee RM3.00 seorang. Sebelum pergi tak sure ada apa di sini. Tapi mujur abang ipar ada bagi tahu supaya naik ke Timpohon Gate. Di situ adalah starting point bagi pendaki Gunung Kinabalu memulakan pendakian. Actually ada dua gate. Pendaki boleh memilih untuk mula di Mesilau gate juga. Tapi jalan untuk ke Mesilau gate masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan jalan kesan daripada gempa tempoh hari.

So, kami hanya berpeluang untuk ke Timpohon Gate. Oh ya, di Kinabalu Park ni juga ada beberapa trail yang boleh dilalui. Terpulang kepada kemampuan dan minat masing-masing. Setiap trail tu jaraknya berbeza dan pemandangan juga berbeza. Ruginya sebab tak bawa kasut sukan. Jadinya kami terus naik dengan kereta ke Timpohon Gate. Malangnya tiada rezeki kami kali ini untuk naik ke platform untuk melihat kaki gunung dengan lebih dekat dan jelas. Kawasan tersebut ditutup buat sementara waktu berikutan gempa hari tu juga. 

Bargambar di platform Kiau (betul ke?) lepas tu terus ke starting point pendakian. Ada pintu gerbang "SELAMAT MENDAKI", dan juga ada notis ni pagar "..dilarang masuk, sebab ada maintenance.."


Di Kinabalu Park juga terdapat Natural History Gallery. Entrance fee RM2.00 seorang. Dalam ni boleh lah kalau nak tengok habitat yang ada di Gunung Kinabalu, replika struktur Gunung Kinabalu, batu-batuan yang ada di Gunung dan Lombong Mamut.


1.45 pm - Desa Dairy Farm

Perut pun dah lapar, so tempat yang seterusnya mestilah berkaitan dengan makanan dan minuman. Perjalanan dari pekan Kundasang ke Desa Dairy Farm, Mesilau ni agak mencabar lah. Mujur naik Avanza. Jalan yang menggabungkannya memang sengaja dikekalkan ciri tradisional. Jalan yang agak mendaki dan berbatu. Entrance fee adalah RM5.00 untuk seorang. Mahal jugak kan. Tapi OK lah jugak sebab pemandangan cantik. Orang kata seolah-olah berada di New Zealand. Hihi. No comment sebab belum pernah ke NZ.

Lunch kami: Wrap Rice KFC yang beli pagi tadi di Pekan Kundasang, Ice Cream Vanila Choc dan Susu Choc. Sebelum balik beli lagi susu dan yogurt yang sangat sedap.. try lah.. sedap..
Gambar magic: Mr hearthrob cuba mengapungkan diri.. kihkihkih..

Pengunjung juga boleh tengok cara diorang perah susu. Tepat pukul 2.30 pm, lembu-lembu dah ready. Memang susu semua segar dan dijamin bersih. Jadual aktiviti akan diberi selepas membayar tiket masuk tadi. So, kalau nak tengok cara packaging, perlu berada di situ pukul 8.00 am - 1.00 pm.


3.00 pm - Balik ke Ranau

Destinasi seterusnya ni kami terpaksa berpatah balik ke Ranau dulu. Sebab tempat yang akan di tuju ni akan di bawa oleh abang ipar.


5.30 pm - Kompleks Sukan Ranau

Kompleks Sukan ni terletak nun di atas bukit. Banyak fasiliti yang disediakan. Antaranya adalah trak balapan, gelanggang dan dewan. Tetapi yang menariknya di sini adalah Sukan PAYUNG TERJUN. Gayat tu sebab terbang terjun dari atas bukit yang tinggi.. 


Gambar 1: Nampak tak payung terjun di belakang kami?
Gambar 2: Kat belakang tu lah abang ipar dan isterinya
Gambar 3: Menghayati pemandangan petang


Dah puas tengok pemandangan, kami pun bergerak balik. On the way balik tu sempat kami tanya beberapa info tentang perjalanan esok pula.. Tak sabarnya..

Pada malamnya kami hanya menghabiskan masa di rumah, sambil menikmati suhu dingin di Ranau.. :)

Jom rehat.. Pen Off~~

NEXT : Sabah Day 3


Read More

Monday, January 28, 2013

3H2M Melaka: Bandaraya Bersejarah!

Hari Ketiga (26 Jan 2013-Sabtu) di Melaka. Seperti yang saya katakan di dalam entri sebelumnya, Melaka mempunyai tarikannya yang tersendiri. Melawat Melaka ibarat melawat Malaysia. Banyak maklumat tentang Malaysia yang boleh kita dapati di Melaka. Mana tidaknya, terdapat pelbagai jenis galeri dan muzium yang mampu memberikan informasi kepada pengunjung. 

Entri ini pula saya akan kongsikan antara tempat yang kami lawati. Begitu cepat masa berlalu.. Seperti biasa, sarapan pagi adalah mesti. Selesai bersarapan, kami bersiar-siar di kawasan sekitar. Kali ni kami ke Dataran Hang Tuah (10 minit berjalan kaki).


Terdapat arca Kesultanan Melayu Melaka dan Keris di kawasan dataran. Dari tempat kami berdiri, dapat dilihat dengan jelas bangunan Best Western dan bangunan sektarnya yang terdapat lukisan mural yang sungguh unik.


Ada lukisan Kapal Perdagang, 5 Sahabat zaman Kesultanan Melayu Melaka, Barang-barang dagangan seperti kain dan rempah ratus, Puteri Hang Li Po dan macam-macam lagi.. Sedar tak sedar, jam telah menunjukkan pukul 9.30 pagi. Kami kembali ke hotel untuk urusan check-out.

*****

Rehat cukup, perut pun dah diisi, jadi kami memulakan perjalanan dengan destinasi pilihan ramai, iaitu A Famosa dan St Paul's Church. Alhadulillah cuaca baik, memudahkan kami berjalan. Memandangkan Maritime Museum kami pernah kunjungi, jadi saya dan hubby hanya melewati tempat-tempat tumpuan sahaja. 


Ramai betul pengunjung dan pelancong dari Luar Negara. Suatu keadaan yang amat membanggakan sebagai rakyat Malaysia. 


Kalau nak diceritakan tentang sejarah, memang panjang. Eloklah kalau anda sendiri yang berkunjung ke Negeri Bersejarah ini. Malaysia juga tidak kalah dengan tempat menarik untuk dilawati. Bawalah ahli keluarga untuk bercuti bersama. Selain mengeratkan hubungan kekeluargaan, dapat juga meransang ekonomi Malaysia menerusi aktiviti perlancongan.

Selesai sudah sesi melawat Melaka. Walaupun masih banyak tempat yang boleh dikunjungi di Melaka, namun tiga hari dua malam telah penuh terisi dengan tentatif yang menarik. Mungkin bagi anda yang boleh bercuti lebih lama, bolehlah mengunjungi Perigi Hang Tuah, Fruit Farm di Sg Udang, Makam-makam pahlawan dan bangsawan serta banyak lagi.


Tepat jam 3.00 pm, kami bertolak balik meninggalkan Melaka. Tapi sebelum tu, mesti singgah Klebang! Dapatkan Coconut Shake special sebagai bekal sepanjng perjalanan sejam ke KL. 3 Hari 2 Malam di Melaka salah satu kenangan terindah dalam hidup saya.

Sesampainya kami di Bangi, lebih kurang jam 4.30pm, perut pula berkeroncong. Baru teringat kami tidak makan tengahari. Punyalah seronok berjalan sampaikan terlupa. Disebabkan tidak rajin nak masak, kami singgah di D'Rimba Laksa. Pekena Laksa Penang dan Cendol ketika perut lapar memang suatu tindakan yang bijak. 

Berakhir sudah percutian kami 3 hari 2 malam di Melaka. Ke mana destinasi seterusnya? Bergantung kepada rezeki. Sekali sekala memang seronok keluar bercuti. 

Nota kaki: Pelik pulak tiba-tiba rajin nak update blog. Kahkahkah... Daaaa....





Read More

Tuesday, May 22, 2012

Ketawa dan Kesihatan

 Hai all~~

Hari ni Anna terbaca artikel tentang KETAWA. Hmm.. menarik.. Jom kita sama2 baca dan memanfaatkannya..





***********************************
{Copy, Paste & Edited}

Kita akan ketawa bila merasakan sesuatu perkara itu lucu atau pun ketika kita sedang menonton cerita yang lawak. **Kadang2 teringat pun dah gelak.. Adnan Sempit mmg betul2 buatkan Anna gelak**

Saat berkumpul dan berbual bersama teman-teman dan keluarga juga boleh menimbulkan saat riang ketawa hingga boleh mengeluarkan air mata.

Namun, tidak ramai yang tahu ketawa merupakan satu perkara yang selain mengembirakan, ia juga baik untuk kesihatan kita! **Hoh? Betul ke? Jom kita baca lagi**

Menurut beberapa kajian yang dilakukan, individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. **OK la tu, boleh skip jogging.. Hahahaha**

Hal ini terjadi kerana apabila ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan meningkat dan kedua-dua kadar ini kemudiannya akan turun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

Jika kita sedar, kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa dan tidak hairanlah orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami tekanan dan kemurungan.


Antara fakta lain tentang ketawa:  

Ketawa 100 kali bersamaan dengan 15 minit senam berbasikal. 

Ketawa mampu mengeluarkan udara di dalam paru-paru dengan kelajuan sehingga 60 mph
17 otot wajah digunakan untuk tersenyum, manakala mengerutkan kening memerlukan 47 otot wajah. 

Ketawa 17 minit sehari dipercayai memanjangkan waktu hidup selama satu hari.
Seseorang yang selalu ketawa memiliki risiko penyakit jantung 40 peratus lebih rendah berbanding orang yang murung. 

Ketawa selama 10 hingga 15 minit boleh membakar banyak kalori. 

Ketawa boleh mengurangkan tekanan, melawan jangkitan dan mengurangkan kesakitan. 

Ketawa menggalakkan tumpuan kepada berfikiran perkara yang baik dari fikiran buruk. 

Antibodi yang paling kuat ditemui di dalam badan ketika ketawa sepanjang masa. 

Ketawa mengeluarkan kemarahan, ketakutan, kesalahan, kebimbangan dan ketegangan.

Mungkin ada yang tidak percaya dengan kenyataan ini tetapi, tidak salah untuk kita mencuba dan merasa sendiri nikmat ketawa itu.
Semoga ia membawa kebaikan kepada kita....

Pen Off~~
Read More